Jika anda menaik taraf kepada versi terkini macOS baru-baru ini, dan anda telah memasangkan aplikasi desktop Dropbox pada komputer anda, kami syorkan supaya anda mengemas kini kepada versi terbaru Dropbox untuk mendapatkan pengalaman terbaik.
Selepas mengemas kini peranti, anda akan nampak satu pemberitahuan yang berkata “Dropbox Ingin Menghantar Pemberitahuan Kepada Anda”.
Mengklik Benarkan akan memastikan anda kekal sedia maklum tentang semua aktiviti fail anda.
Anda boleh mengubah keutamaan pemberitahuan anda pada bila-bila masa dengan membuka Keutamaan Sistem dan mengklik Pemberitahuan.
Apabila anda mencucuk peranti mudah alih anda kepada komputer anda selepas mengemas kini kepada versi terkini macOS, anda akan nampak satu pemberitahuan yang berkata “’Dropbox’ ingin mengakses fail pada cakera boleh alih.”
Mengklik OK akan menjamin Dropbox memuat naik foto dari peranti mudah alih anda secara automatik. Ketahui lebih lanjut mengenai Muat naik kamera.
Selepas mengambil tangkapan skrin atau rakaman skrin pertama, anda mungkin akan nampak satu pemberitahuan yang berkata “’Dropbox’ ingin mengakses fail di dalam folder Desktop anda.”
Mengklik OK akan membolehkan semua tangkapan skrin dan rakaman skrin anda untuk disimpan secara automatik ke folder Dropbox yang bernama Tangkapan skrin.