Bagaimanakah cara menghijrah dara saya daripada pelayan kepada Dropbox?

Artikel ini menyediakan langkah-langkah asas untuk menghijrah data anda daripada pelayan kepada Dropbox.

Bahagian dalam artikel ini:

Sebelum penghijrahan

  1. Beritahu pasukan anda tentang penghijrahan dan minta mereka elakkan mengubah fail semasa peralihan.
  2. Buat keutamaan fail-fail anda, dan pertimbangkan menghijrah fail aktif yang anda guna setiap hari sebelum menghijrahkan fail arkib anda.
  3. Anda boleh pindahkan data anda secara berkelompok. Jadualkan penghijrahan semalaman, pada hujung minggu, atau pada masa yang pasukan anda kurang mungkin mengakses fail.
  4. Pastikan komputer anda mempunyai ruang yang cukup. Perlu diingat bahawa Dropbox menyimpan salinan fail anda pada pemacu keras setempat secara lalai.

Perhatian: Jika data anda pada pemacu luaran yang tersambung kepada pelayan, anda boleh memindahkan folder Dropbox kepada pemacu luaranyang sama. Anda juga boleh membebaskan ruang pada pemacu keras setempat anda selepas penghijrahan dengan penyelarasan terpilih.

Menghijrah data anda

  1. Pasang Dropbox pada komputer pelayan anda. Pastikan anda mengakses pelayan secara langsung dan bukan log in dari jauh.
  2. Daftar masuk ke aplikasi Dropbox desktop dengan kelayakan akaun pentadbir Dropbox Business anda. Folder Dropbox kosong akan kelihatan pada pemacu utama komputer anda.
  3. Jika data anda pada pemacu luaran yang tersambung secara fizikal dan anda tiada ruang yang cukup pada pemacu dalaman anda, anda boleh:
  4. Di dalam folder Dropbox, anda boleh mula menyediakan folder anda .
  5. Daripada komputer pelayan, salin atau pindahkan folder yang anda ingin selaraskan ke Dropbox ke dalam folder baru yang anda cipta.

Perhatian: Pastikan anda log masuk ke komputer pelayan berterusan sehingga penghijrahan selesai. Jangan log keluar, tukar tetapan, atau matikan komputer semasa proses penghijrahan. Aplikasi desktop ini akan menyelaras hanya apabila anda log masuk. Anda boleh semak status penyelarasan pada bila-bila masa menggunakan aplikasi desktop.

Selepas penghijrahan

  1. Jemput pengguna ke folder kongsian yang mereka perlukan. Setelah pasukan anda memasang aplikasi Dropbox dan mendaftar masuk, satu salinan semua folder yang anda kongsi akan diselaraskan ke folder Dropbox mereka. Mereka boleh membuka fail ini sama seperti sebarang fail lain pada komputer mereka. Sebarang perubahan yang dilakukan oleh ahli pasukan terhadap fail akan diselaraskan ke Dropbox dan mana-mana ahli pasukan folder kongsian yang lain.
  2. Tetapkan izin folder kongsian untuk pengguna anda. Anda boleh membenarkan ahli-ahli pasukan anda menyunting atau melihat fail di dalam folder kongsian.
  3. Nyahpaut akaun anda daripada komputer pelayan jika anda telah selesai pemindahan awal dan tidak mahu terus menggunakan Dropbox pada komputer ini.

Perhatian: Jika anda memilih untuk terus menjalankan Dropbox pada komputer ini, kongsi hanya folder di dalam folder Dropbox ini melalui aplikasi Dropbox. Menggunakan fungsi pelayan untuk berkongsi folder dalam folder Dropbox melalui rangkaian tempatan boleh menyebabkan pelbagai isu penyelarasan dan tidak disokong.

Soalan-soalan Lazim

Bagaimanakah cara menyelaraskan data saya ke Dropbox secepat yang boleh?

Kelajuan pemindahan bergantung pada sambungan internet dan lebar jalur anda. Kami syorkan anda memulakan proses pemindahan pada waktu malam, atau sebelum hujung minggu, supaya kerja pasukan anda tidak akan terganggu.

Jika anda ingin menyelaraskan data dengan lebih cepat, anda sentiasa boleh meningkatkan tetapan lebar jalur anda, yang akan membolehkan Dropbox menggunakan lebih banyak lebar jalur internet anda.

Penting: Penghijrahan boleh jadi lama. Penyelarasan fail adalah proses yang kompleks yang melibatkan beberapa tugas di belakang tabir:

  • Mula-mula setiap fail dicincang dan dimampatkan. Ia kemudian dipindahkan, disulitkan dan disimpan pada pelayan kami.
  • Status penyelarasan Dropbox memaparkan kelajuan agregat kB/s yang merangkumi pelbagai langkah berikut.
  • Setelah fail anda dipindahkan ke pelayan kami, sebarang kemas kini atau perubahan kepada fail akan menyelaras lebih pantas kerana kami hanya menyelaraskan perubahan.

Apa yang saya boleh lakukan semasa penghijrahan? Bolehkah saya menggunakan fail serta-merta selepas ia menyelaras ke Dropbox?

Setiap perniagaan berbeza. Sesetengah pasukan mendapati lebih baik untuk memindahkan fail arkib dahulu. Bagi yang lain pula, lebih baik untuk bermula dengan fail-fail aktif. Mana-mana pun, kami cadangkan anda memindahkan fail anda secara berkelompok. Apabila satu kelompok fail selesai memuat naik, mulakan kelompok yang baru.

Penting:

  • Elakkan menyunting mana-mana fail di dalam folder yang sedang diselaraskan ke Dropbox atau komputer ahli pasukan.
  • Dalam keadaan tertentu, Dropbox tidak dapat menyelaras fail yang terbuka dalam aplikasi tertentu. Jika fail dibuka dalam aplikasi lain, tutup aplikasi dan Dropbox akan menyambung penyelarasan.
  • Apabila folder menunjukkan bulatan hijau dengan tanda rait untuk semua ahli pasukan, anda boleh bekerjasama dengan selamat di dalam folder itu.

Bolehkah saya meniru struktur fail pelayan saya dalam Dropbox Business?

Jika anda mempunyai sejumlah besar data, kami cadangkan anda menyediakan struktur fail dalam akaun Dropbox Business anda dahulu. Gunakan folder kosong dan label sebagai pemegang tempat untuk data anda. Setelah berkongsi folder kosong ini bersama pasukan anda, anda boleh mula memindahkan data ke dalam folder.

Perhatian: Dropbox tidak membenarkan anda berkongsi folder yang terkandung di dalam folder kongsian lain. Untuk lebih banyak tip mengenai menyediakan struktur folder, lawat artikel ini.

Apa akan terjadi jika saya tiada ruang pemacu keras setempat yang cukup untuk menyelaras kepada Dropbox?

Jika anda tiada ruang yang cukup pada pemacu keras setempat, anda ada dua pilihan:

Guna penyelarasan terpilih:

  1. Pindahkan folder secara berkelompok.
  2. Tunggu folder menyelaras kepada Dropbox sehingga menunjukkan tanda rait hijau.
  3. Kenakan penyelarasan terpilih kepada folder tertentu.
  4. Ulang proses ini sehingga anda telah menyelaraskan semua fail anda kepada Dropbox.

Gunakan Dropbox dengan pemacu luaran.

  1. Jika aplikasi Dropbox telah dipasang dan telah mencipta folder Dropbox pada pemacu utama, laksanakan langkah-langkah di dalam artikel ini.
  2. Jika anda memasang Dropbox buat kali pertama, pilih Pilihan Maju dan tetapkan lokasi folder Dropbox pada pemacu luaran anda.
  3. Setelah Dropbox mencipta folder pada pemacu luaran anda, seret dan lepaskan folder anda ke dalamnya.
  4. Anda boleh cuba cadangan untuk mencipta struktur fail berikut. Oleh kerana anda memindahkan fail dari satu folder ke folder lain pada pemacu yang sama, kandungan folder tidak akan memakan ruang tambahan pada pemacu utama anda atau pemacu luaran ini.

Penting:

  • Apabila folder Dropbox berada di pemacu luaran, pemacu luaran hendaklah bersambung sepanjang masa Dropbox berjalan. Pemacu juga perlu diformat dengan betul untuk sistem operasi peranti yang bersambung. Anda boleh melihat keperluan sistem untuk konfigurasi dan sistem fail yang disokong.
  • Folder Dropbox tidak boleh dipasang pada pemacu Network Attached Storage (NAS).
  • Kami amat tidak menggalakkan kaedah-kaedah yang menambah fail yang dirujuk (symlink, poin persimpangan, atau folder rangkaian) kepada folder Dropbox. Menggunakan fail dirujuk akan menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi, prestasi buruk penyelarasan, isu izin, dan kejanggalan penggunaan kuota.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan