Anda boleh mengalihkan folder Dropbox anda ke mana-mana lokasi pada pemacu keras atau pemacu keras luar anda menggunakan aplikasi desktop Dropbox.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.
Sila beri perhatian sebelum anda bermula
- Gunakan pemacu keras yang sama: Jika anda memutuskan untuk mengalihkan folder, pilih lokasi pada pemacu keras yang sama seperti sistem pengendalian anda. Dropbox tidak akan berfungsi dengan betul jika folder Dropbox tidak boleh diakses, yang mana boleh berlaku jika ia terletak pada pemacu keras luar yang boleh terputus sambungan.
- Gunakan sistem fail yang disokong: Memindahkan folder Dropbox ke pemacu dengan sistem fail yang tidak disokong untuk sistem pengendalian akan menjana mesej ralat. Sila semak syarat keperluan sistem bagi sistem fail yang disokong untuk sistem pengendalian anda.
- Elakkan sistem fail rangkaian: Dropbox tidak serasi dengan sistem fail rangkaian, kerana ia tidak menghantar mesej apabila fail berubah. Apabila Dropbox mula-mula dilancarkan, ia akan membuat imbasan fail menyeluruh, mengesan perubahan, dan menyelaraskannya. Bagaimanapun, Dropbox selalunya akan menunggu "acara pengemaskinian fail," yang mana hanya akan dihantar oleh pemacu yang bersambung secara fizikal.
- Isu dengan pemacu luar: Jika anda mengalihkan folder Dropbox ke pemacu luar, folder Dropbox mesti tersedia apabila komputer anda dimulakan semula dan sebelum aplikasi desktop Dropbox dilancarkan. Jika aplikasi desktop Dropbox bermula sebelum pemacu itu dicucuk dan ini dikesan oleh komputer, anda akan mendapat ralat. Kemudian Dropbox akan memberi anda peluang untuk mendaftar masuk semula ke akaun Dropbox anda atau keluar jika ia tidak menemui folder Dropbox anda.
- Jika pemacu luar terputus sambungan daripada komputer semasa Dropbox sedang berjalan, ada kemungkinan kecil—namun bahaya—di mana aplikasi ini akan mula menghapuskan fail sebelum menyedari bahawa seluruh pemacu telah pun dicabut.
- Media boleh cabut: Kad SD, atau sebarang peranti yang dianggap sebagai "Media boleh cabut" oleh sistem pengendalian anda, bukanlah lokasi yang disokong untuk folder Dropbox. Dropbox berfungsi paling baik apabila ia dihos pada pemacu dalaman utama komputer anda, ataupun pada pemacu keras luar yang bersambung secara fizikal. Dropbox hanya boleh menyediakan sokongan secara langsung apabila folder dihos pada pemacu dalaman utama komputer anda.
Sila pertimbangkan kemungkinan masalah ini semasa memilih lokasi baru untuk Dropbox. Rujuk sumber untuk sistem pengendalian anda jika anda ada pertanyaan lanjut.
Cara mengalihkan folder Dropbox
- Buka keutamaan apl desktop Dropbox anda.
- Klik tab Penyelarasan.
- Klik Alih… (Linux dan Windows), atau lokasi Dropbox (macOS).
- Pilih lokasi baru untuk folder Dropbox anda.
- Benarkan Dropbox mengalihkan folder anda dan kandungannya ke lokasi baru.
Jika anda sudah menyambungkan akaun Dropbox anda, anda akan melihat kedua-dua akaun Dropbox anda disenaraikan. Pilih tab yang betul sebelum mengalihkan lokasi folder Dropbox.
Folder Dropbox anda akan mengekalkan nama yang sama seperti sebelum ini, dan tidak boleh dinamakan semula semasa proses pengalihan ini. Dropbox tidak akan menyelaraskan folder anda jika ia telah dinamakan semula atau dialihkan secara manual melalui sistem pengendalian anda. Jika Dropbox hilang jejakan folder Dropbox anda, ia akan cuba untuk menyelaras semula folder itu sepenuhnya menggunakan lokasi terakhir yang diketahui.
macOS: Alihkan folder Dropbox kembali ke lokasi lalai secara manual
- Buka keutamaan apl desktop Dropbox anda.
- Klik tab Penyelarasan.
- Klik menu juntai bawah di sebelah lokasi Dropbox.
- Pilih Other…
- Buka senarai Aplikasi .
- Klik menu juntai bawah Aplikasi, dan pilih pemacu keras anda.
- Buka folder Pengguna .
- Pilih nama pengguna komputer anda (ia mungkin mempunyai ikon "utama" di sebelahnya).
- Klik Pilih.
- Sahkan langkah itu dengan mengklik Alih.
Windows: Alihkan folder Dropbox kembali ke lokasi lalai secara manual
- Buka keutamaan apl desktop Dropbox anda.
- Klik tab Penyelarasan.
- Di bawah Lokasi Folder Dropbox, klik Alih.
- Di dalam kotak teks di sebelah Folder:, taip “$Home”.
- Klik OK.
- Anda akan diminta untuk mengesahkan jika anda ingin mengalihkan lokasi folder Dropbox anda. Klik OK.
Saya tidak boleh alihkan folder Dropbox ke lokasi baru—apa yang harus saya lakukan?
Jika anda sedang mengalihkan folder Dropbox ke lokasi baru, anda boleh mendapat ralat jika mana-mana yang berikut adalah benar:
- Lokasi baru berada pada media boleh alih
- Terdapat fail atau folder sedang digunakan
- Terdapat masalah dengan tetapan konfigurasi
- Pemacu keras anda, atau destinasi untuk folder Dropbox, kekurangan ruang
- Anda menggunakan symlinks atau fail yang dirujuk
- Terdapat keizinan folder yang salah
Lokasi baru berada pada media boleh alih
Jika anda sedang memindahkan folder Dropbox anda, dan destinasi yang dipilih berada pada media boleh alih (seperti pemacu USB atau kad memori), Dropbox mungkin tidak akan dapat mencipta folder Dropbox.
Kami amat menyarankan anda memilih lokasi pada pemacu dalaman. Jika folder Dropbox terletak pada media boleh cabut, dan media ini tidak dicucuk, anda boleh melihat pelbagai masalah, termasuk:
- Penghapusan yang tidak diingini
- Prestasi penyelarasan tidak baik
- Masalah dengan atribut lanjutan
- Ketidakserasian sistem fail
Terdapat fail atau folder sedang digunakan
Dropbox tidak dapat mengalihkan sesetengah fail ke lokasi baru jika ia sedang digunakan oleh aplikasi lain. Untuk menyelesaikan masalah ini, tutup sebarang aplikasi yang sedang mengakses fail di dalam folder Dropbox anda sebelum cuba untuk mencipta folder Dropbox di lokasi yang baru.
Terdapat masalah dengan tetapan konfigurasi
Anda boleh membina semula tetapan konfigurasi anda dengan mendaftar keluar dan masuk kembali ke akaun Dropbox pada aplikasi desktop Dropbox. Ini akan memulihkan sebarang tetapan yang mungkin telah berubah tanpa menjejaskan atau membuang fail-fail anda.
Pemacu keras anda, atau destinasi untuk folder Dropbox, kekurangan ruang
Jika anda tidak dapat mengalihkan folder Dropbox ke lokasi baru, boleh jadi pemacu luar tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menampung semua data yang disimpan di dalam folder Dropbox anda. Untuk menyemak sama ada ini terjadi kepada anda, lihat baki ruang pemacu keras anda. Jika pemacu keras anda sangat kekurangan ruang cakera, anda perlu menyediakan ruang untuk memindahkan kandungan folder Dropbox anda dengan betul ke lokasi baru.
Anda sedang menggunakan symlink atau fail rujukan
Kami tidak menggalakkan anda menggunakan kaedah yang menambah fail rujukan (symlink, titik simpang, atau folder berangkai) ke folder Dropbox. Selain mengganggu dengan mencipta folder Dropbox di lokasi yang baru, fail rujukan boleh menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi, prestasi penyelarasan tidak baik, masalah keizinan, dan percanggahan penggunaan ruang.
Terdapat keizinan folder yang salah
Jika anda tidak dapat mengalihkan folder Dropbox ke lokasi baru, kemungkinan anda sedang mengalami isu keizinan. Secara khusus:
- Folder dalam Dropbox anda tiada keizinan yang betul
- Destinasi di mana anda cuba untuk memindahkan folder Dropbox anda tidak mempunyai keizinan yang betul
Jika salah satu daripada ini adalah benar untuk anda, ikut langkah-langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah keizinan fail. Jika langkah-langkah ini tidak berkesan, hubungi pembikin perisian yang anda gunakan pada komputer atau pemacu keras luar anda untuk menyelesaikan masalah dengan lebih lanjut.
Klik sistem pengendalian anda di bawah untuk melihat arahan: