Hapuskan fail daripada peranti mudah alih

Dikemas kini Feb 27, 2024
person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.

Artikel ini akan membimbing anda berkenaan penghapusan fail Dropbox daripada peranti mudah alih. Pilih jenis peranti anda di bawah untuk mengetahui cara menghapuskan fail daripada peranti mudah alih.
warning icon

Penting: Tempoh pemulihan fail yang standard dan pilihan tidak terpakai kepada fail yang dihapuskan terus daripada ciri Hantar dan jejaki . Menghapuskan fail daripada Hantar dan jejaki ialah tindakan kekal, dan sebarang metadata atau analisis data yang berkaitan tidak boleh dipulihkan setelah fail itu dihapuskan.

Cara menghapuskan fail daripada peranti mudah alih

Terdapat dua cara untuk membuang fail daripada storan peranti anda. Anda boleh membuangnya daripada memori tempatan anda ataupun anda boleh menghapuskan fail tersebut daripada akaun Dropbox anda.

Membuang fail luar talian daripada peranti anda

Salinan luar talian fail anda dimuat turun ke telefon atau tablet anda bila-bila masa ia dibuka melalui apl Dropbox. Sebaik sahaja ia dibuka, anda boleh membukanya terus daripada telefon atau tablet anda, walaupun anda berada di luar talian. Fail disimpan terus ke memori telefon anda ke dalam ruang yang dipanggil cache. Untuk membuang fail daripada telefon atau tablet, anda hanya perlu mengosongkan cache anda daripada Tetapan.

Kosongkan cache anda pada telefon dengan Android 6 (Marshmallow) dan ke atas

  1. Lancarkan aplikasi Dropbox.
  2. Tekan Akaun.
  3. Tekan ikon gear untuk membuka menu Tetapan.
  4. Tatal ke bawah menu yang terhasil dan tekan Kosongkan Cache.

Hapuskan fail atau folder daripada akaun Dropbox anda

  1. Lancarkan aplikasi Dropbox.
  2. Navigasi ke fail yang ingin dihapuskan daripada akaun Dropbox anda.
  3. Tekan ikon "...” (elipsis) di bahagian kanan fail.
  4. Tekan Hapus untuk menghapuskan fail tersebut daripada Dropbox, telefon anda, dan semua komputer yang bersambung ke akaun anda.

Buang fail daripada telefon anda

Apl Dropbox iPhone hanya menyimpan salinan fail setempat jika tersedia di luar talian. Ikon luar talian (tanda rait putih dalam bulatan hijau) akan diserlahkan dalam paparan senarai fail untuk fail yang tersedia di luar talian pada masa ini:
 

Untuk membuang fail dari tersedia di luar talian:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan ikon "...” (elipsis) di sebelah nama fail.
  3. Togol Jadikan tersedia luar talian ke kedudukan mati.

Menekan ikon luar talian yang diserlahkan (tanda rait putih dalam bulatan hijau) semasa pratonton fail juga akan membuangnya daripada akses luar talian.

Hapuskan fail atau folder daripada akaun Dropbox anda

Untuk menghapuskan fail atau folder daripada iPad anda, semua komputer anda dan peranti anda secara serentak:

  1. Dari skrin yang menyenaraikan semua fail dan folder anda, tekan ikon “” (ikon elipsis) di sebelah nama folder. 
  2. Togol Jadikan tersedia luar talian kepada Hidup atau Mati.

Anda juga boleh menghapuskan satu fail sambil melihat pratonton dengan menekan ikon elipsis () di bahagian atas kanan dan memilih Hapus.
 

Untuk menghapuskan beberapa fail daripada iPhone, akaun Dropbox dan semua komputer anda yang dipautkan ke akaun Dropbox anda:

  1. Klik segi empat tepat dengan tanda rait di sebelah atas kanan skrin anda.
  2. Semak fail yang ingin dihapuskan dan tekan butang Hapus di bahagian bawah skrin.


Untuk menghapuskan folder daripada iPhone, akaun dan semua komputer anda yang dipautkan ke akaun Dropbox anda:

  1. Dari skrin yang menyenaraikan semua fail dan folder anda, tekan ikon "" (elipsis) di sebelah nama folder. 
  2. Pilih Hapus. Anda akan digesa untuk mengesahkan pilihan anda untuk menghapuskan folder.

Buang fail dari iPad anda

Apl Dropbox iPad hanya menyimpan salinan fail setempat jika tersedia di luar talian. Ikon luar talian (tanda rait putih dalam bulatan hijau) akan diserlahkan dalam paparan senarai fail untuk fail yang tersedia di luar talian pada masa ini:
 

Untuk membuang fail daripada senarai Luar Talian anda dan iPad anda:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tatal ke bawah tab Utama dan cari bahagian Luar Talian .
  3. Tekan Lihat semua di sebelah atas kanan bahagian Luar Talian .
  4. Tekan “” (elipsis) di sebelah fail yang anda ingin buang.
  5. Togol Jadikan tersedia luar talian ke kedudukan mati.

Menekan ikon luar talian yang diserlahkan (tanda rait putih dalam bulatan hijau) semasa pratonton fail juga akan membuangnya daripada akses luar talian.

Hapuskan fail atau folder daripada akaun Dropbox anda

Untuk menghapuskan fail atau folder daripada iPad anda, semua komputer anda dan peranti anda secara serentak:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan Fail di sebelah bawah kiri.
  3. Tekan “…" (elipsis) di sebelah fail atau folder yang ingin dihapuskan.
  4. Tekan Hapus.
  5. Tekan Hapus sekali lagi untuk mengesahkan.

Anda juga boleh menghapuskan satu fail semasa melihat pratonton dengan menekan ikon tong sampah di sebelah atas kanan.


Untuk menghapuskan beberapa fail atau folder daripada iPad anda, laman web Dropbox dan semua komputer yang dipautkan ke akaun Dropbox anda:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan Fail di sebelah bawah kiri.
  3. Tekan kotak rait di atas senarai fail.
  4. Tanda rait kotak di sebelah fail atau folder yang anda ingin hapuskan.
  5. Tekan Hapus di sebelah bawah kiri.
  6. Tekan Hapus sekali lagi untuk mengesahkan.
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan