Pengimbasan dokumen

Anda boleh menggunakan ciri pengimbasan dokumen di dalam aplikasi mudah alih Dropbox untuk mengimbas dokumen secara terus ke akaun Dropbox anda atau menukar fail sedia ada kepada imbasan.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Belajar semua mengenai pengimbasan dokumen.

Imbas fail baru ke akaun Dropbox anda

Untuk mengimbas fail baru ke akaun Dropbox anda:

  1. Buka aplikasi Dropbox pada peranti mudah alih anda.
  2. Tekan ikon + (tambah).
  3. Tekan Imbas Dokumen.
  4. Sama ada ambil gambar kandungan yang ingin diimbas, atau pilih imej sedia ada pada peranti mudah alih anda.
  5. Jika mahu, buat suntingan atau imbas lagi halaman.
  6. Tekan Seterusnya.
  7. Jika mahu, lakukan pengubahsuaian kepada tetapan yang disimpan.
  8. Tekan Simpan.

Tukar imej dalam akaun Dropbox anda kepada imbasan

Untuk menukar imej di dalam akaun Dropbox anda kepada imbasan:

  1. Buka aplikasi Dropbox pada peranti mudah alih anda.
  2. Tekan ikon ... (elipsis) di sebelah nama fail yang ingin ditukar kepada imbasan.
  3. Tekan Simpan sebagai Imbasan.
  4. Jika mahu, lakukan suntingan atau imbas halaman tambahan.
  5. Tekan Seterusnya.
  6. Jika mahu, lakukan pengubahsuaian kepada tetapan yang disimpan.
  7. Tekan Simpan.

Perhatian: Imej mestilah .jpg .jpeg, atau .png untuk menukar kepada imbasan.

Sunting, atur dan tambah halaman tambahan kepada imbasan

Selepas imbasan anda dicipta, skrin seterusnya adalah paparan Sunting. Dari paparan Sunting anda boleh:

  • Tambah halaman tambahan kepada imbasan anda. Untuk melakukannya, tekan ikon tambah lebih banyak halaman (dua halaman dengan simbol tambah). Imbasan beberapa halaman hanya boleh disimpan sebagai fail pdf.
  • Sunting imbasan anda atau tambah penapis. Untuk melakukannya, tekan ikon dengan tiga gelangsar di bahagian bawah skrin.
  • Susun semula halaman imbasan anda. Tekan Susun (di sebelah Sunting) dan tekan halaman lama-lama untuk menyeret dan mengaturnya semula.

Tip untuk imbasan yang lebih baik

Jika anda memilih untuk mengambil gambar, halakan kamera anda pada objek yang ingin diimbas. Sempadan akan menggariskan bentuk yang anda imbas. Pastikan:

  • dokumen anda tidak komot
  • tiada silau pada gambar yang anda ambil
  • anda memegang peranti anda betul-betul di atas objek yang anda tangkap
  • untuk menangkap hanya apa yang ingin diimbas

Untuk pengguna Dropbox Plus, Professional, dan Business

Pengguna Dropbox Plus, Professional, dan Business boleh mencari kandungan dokumen yang diimbas dalam akaun Dropbox mereka (lihat jenis fail yang disokong di bawah). Pengguna Business yang menyambungkan akaun kerja dan peribadi mereka juga mempunyai akses kepada carian teks penuh untuk akaun peribadi mereka

Jenis kandungan yang berikut disokong:

  • dokumen yang ditulis dalam bahasa Inggeris
  • dokumen yang ditaip

Jenis kandungan yang berikut tidak disokong:

  • imbasan yang dicipta oleh pengimbas dokumen pihak ketiga
  • dokumen yang ditulis dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris
  • dokumen yang ditulis tangan
  • jenis fail selain daripada .pdf
  • dokumen dengan gaya teks yang rumit
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan