Bagaimana saya menyertai versi beta aplikasi mudah alih Dropbox?

Perhatian: Produk beta biasanya belum tertakluk kepada ujian kebolehpercayaan, ketersediaan, dan keselamatan seperti produk-produk Dropbox yang lain. Anda boleh menyahpasang versi beta dan kembali menggunakan aplikasi Dropbox yang biasa pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut tentang program akses awal Dropbox.

Program beta ini terhad dan boleh mencecah kapasiti. Jika ia mencecah kapasiti, tunggu sebentar dan cuba sertai sekali lagi.

Jika anda menggunakan peranti Android:

Hanya layari halaman pendaftaran cubaan beta.

Setelah anda memasang versi beta, anda akan menerima kemas kini dengan kerap melalui Gedung Google Play.

Jika anda menggunakan peranti iOS:

Pertama sekali, muat turun aplikasi Apple yang dipanggil TestFlight

Selepas memasang TestFlight, buka pautan ini dari telefon atau tablet anda dan ikut arahan pada skrin. 

 

 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan