Cara menggunakan muat naik kamera

Muat naik kamera ialah ciri yang akan memuat naik foto secara automatik daripada peranti mudah alih anda ke Dropbox.

Perhatian : Muat naik kamera tidak tersedia untuk pasukan Dropbox Business yang menggunakan Pengurusan Mobiliti Perusahaan (EMM) Dropbox untuk Android atau pengguna Dropbox pada Linux.

Pentadbir Dropbox Business: Ketahui cara menghidupkan atau mematikan muat naik kamera untuk pasukan anda.

Hidupkan atau matikan muat naik kamera pada aplikasi mudah alih Dropbox

Android:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan butang menu.
  3. Tekan Tetapan.
  4. Di bawah Muat naik kamera, tekan Hidupkan muat naik kamera.
  5. Tekan Benarkan.

iOS:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan ikon orang.
  3. Tekan Muat Naik Kamera.
  4. Tekan Ok untuk memberi Dropbox akses kepada foto dan video anda.
  5. Pilih item yang ingin anda sandarkan dan sama ada anda mahu menggunakan data sel.
  6. Tekan Sandarkan foto saya.

Hidupkan atau matikan muat naik kamera dalam aplikasi desktop Dropbox

Apabila anda memasang kamera atau peranti mudah alih ke komputer yang dipasangkan aplikasi desktop Dropbox, anda akan nampak prom yang bertanya adakah anda ingin menghidupkan muat naik kamera untuk peranti itu. Selepas anda menerima, peranti itu akan memuat naik gulungan kamera anda secara automatik setiap kali peranti itu dipasang ke komputer tersebut. 

Anda juga boleh menghidupkan atau mematikan muat naik kamera pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian:

  1. Buka pilihan aplikasi desktop Dropbox anda.
  2. Di bawah Sandaran, tandakan kotak di sebelah Hidupkan muat naik kamera untuk.
  3. Pilih Foto sahaja atau Foto dan video dari menu pilihan.

Perhatian: Jika anda menggunakan macOS 10.15 (Catalina) atau lebih tinggi, anda akan nampak pemberitahuan yang mengatakan “Dropbox ingin mengakses fail pada cakera boleh alih.” Mengklik OK akan membenarkan muat naik kamera berfungsi. Anda boleh mengubah pilihan ini pada bila-bila masa:

  1. Buka Keutamaan Sistem.
  2. Buka Keselamatan & Privasi.
  3. Klik tab Privasi
  4. Klik Fail dan Folder.
  5. Tanda atau buang tanda kotak di sebelah Removable Volumes di bawah Dropbox.

Soalan Lazim tentang muat naik kamera

Bolehkah saya memilih folder untuk memuat naik foto saya?

Secara lalai, foto anda akan dimuat naik ke folder dalam akaun Dropbox anda yang dinamakan Muat Naik Kamera. Anda tidak boleh mengubahnya; walau bagaimanapun, anda boleh mengalihkan foto anda ke folder lain dalam akaun Dropbox anda setelah ia dimuat naik.

Kenapa muat naik kamera menggunakan semua tenaga bateri saya?

Muat naik kamera boleh menggunakan banyak tenaga bateri pada kali pertama foto anda dimuat naik. Selepas foto dimuat naik, penggunaan bateri sepatutnya kembali seperti biasa. Secara lalai, aplikasi Dropbox akan berhenti memuat naik secara automatik apabila bateri anda lemah untuk menjimatkan tenaga bateri.

Mengapa muat naik kamera menggunakan semua data selular saya?

Secara lalai, muat naik kamera menggunakan data selular apabila WiFi tidak tersedia. Anda boleh mengubah tetapan ini dengan mengikut arahan untuk peranti anda di bawah.

Android:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan butang menu.
  3. Tekan Tetapan.
  4. Di bawah Muat Naik Kamera, togol Gunakan data selular untuk membuat sandaran kepada mati.

iOS:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan ikon orang.
  3. Tekan Muat Naik Kamera.
  4. Togol Gunakan data selular untuk membuat sandaran kepada mati.

Apa yang perlu dilakukan jika muat naik kamera tidak berfungsi?

Jika muat naik kamera tidak berfungsi, ikut langkah dalam panduan penyelesaian masalah kami.

Mengapa saya tidak nampak pilihan untuk menghidupkan muat naik kamera?

Jika anda berada dalam pasukan Dropbox Business dan anda tidak nampak pilihan muat naik kamera, pentadbir anda mungkin telah mematikan ciri itu untuk pasukan anda.

Bolehkah saya menggunakan muat naik kamera dalam akaun peribadi dan akaun kerja saya?

Jika anda telah memautkan dua akaun Dropbox, anda hanya boleh menghidupkan muat naik kamera untuk satu akaun pada satu masa.

Kenapa saya nampak foto orang lain di dalam folder Muat Naik Kamera saya?

Apabila anda memasang kamera atau peranti mudah alih ke komputer yang dipasangkan aplikasi desktop Dropbox, anda akan nampak prom yang bertanya adakah anda ingin menghidupkan muat naik kamera untuk peranti itu. Ini bermakna bahawa jika seseorang menggunakan komputer anda untuk mengecas telefon mereka, mereka mungkin telah mengklik OK dalam tetingkap timbul itu tanpa menyedarinya.

Untuk mengetahui siapa yang memuat naik foto ke akaun anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas foto yang tidak dikenali, dan klik “ ” (elipsis).
  3. Klik Sejarah versi.
  4. Cari nama di sebelah Ditambah oleh.

Jika anda tidak mengenali namanya, anda boleh mendaftar keluar dari jauh daripada mana-mana peranti yang sedang anda daftar masuk.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan