Jika anda nampak ralat ”Menunggu muat naik” semasa menggunakan muat naik kamera, cuba biarkan aplikasi Dropbox dibuka selama beberapa minit. Ia mungkin cuba menyambung ke internet.
Jika itu tidak berkesan, punca masalah barangkali salah satu yang berikut:
- Sambungan internet anda tidak cukup kuat
- Komputer dan sistem pengendalian anda tidak dikemas kini dengan syarat keperluan Dropbox terkini
Kami syorkan panduan penyelesaian masalah ini untuk muat naik kamera untuk menangani kedua-dua masalah ini dan menyelesaikan mesej ralat “Menunggu muat naik“.
Jika mesej ralat tidak hilang selepas mencuba langkah-langkah ini, sila hubungi Sokongan Dropbox untuk bantuan.