Cara menjeda dan menyambung semula penyelarasan fail

Dikemas kini Oct 11, 2023

Jika fail Dropbox anda diselaraskan, ini bermakna fail tersebut sentiasa dikemas kini pada semua tempat anda mengakses fail Dropbox anda.

Sebagai contoh, jika anda mengubah fail pada apl mudah alih Dropbox, anda akan dapat melihat perubahan ini apabila anda mengakses fail yang sama di dropbox.com, pada apl mudah alih Dropbox dan folder Dropbox pada komputer anda.

Anda boleh menjeda penyelarasan selama 30 minit, 1 jam, Sehingga esok, atau Tanpa tempoh. Apabila penyelarasan dijeda, perubahan pada fail anda tidak akan dikemas kini secara automatik dalam folder Dropbox pada komputer anda.

Cara menjeda penyelarasan

highlight icon

Perhatian: Anda tidak boleh menjeda penyelarasan daripada dropbox.com atau apl mudah alih Dropbox.

Untuk berhenti menyelaraskan fail Dropbox anda buat sementara waktu:

  1. Klik ikon Dropbox dalam pusat pemberitahuan (Windows) atau bar menu (Mac) anda.
  2. Klik teks di bahagian bawah tetingkap yang muncul. Teks itu menerangkan status penyelarasan dan mempunyai anak panah ke bawah di sebelahnya. Senarai akan muncul dengan pilihan untuk menjeda penyelarasan selama 30 minit1 jamSehingga esok, atau Tanpa tempoh.
  3. Klik untuk memilih tempoh anda ingin menjeda penyelarasan. Anda akan melihat mesej berserta masa penyelarasan disambung semula.
highlight icon

Perhatian: Semasa penyelarasan dijeda, anda masih akan menerima pemberitahuan tentang perubahan yang dibuat kepada fail anda. Walau bagaimanapun, perubahan tidak akan ditunjukkan dalam folder Dropbox pada komputer anda.

Cara menyambung semula penyelarasan

Jika anda memilih untuk menjeda penyelarasan selama 30 minit, 1 jam, atau Sehingga esok, penyelarasan akan disambung semula secara automatik selepas masa yang diperuntukkan. Namun, anda juga boleh menyambung semula penyelarasan secara manual dengan mengikut arahan di bawah.

Untuk menyambung semula penyelarasan fail Dropbox anda:

  1. Klik ikon Dropbox dalam pusat pemberitahuan (Windows) atau bar menu (Mac) anda.
  2. Klik teks di bahagian bawah tetingkap yang muncul. Ia menerangkan status penyelarasan atau memberitahu anda masa fail sepatutnya kembali menyelaras.
    • Sebagai contoh, Penyelarasan dan sandaran fail dijeda hingga 3:22 PM.

3. Klik Sambung semula.

Soalan lazim tentang menjeda penyelarasan

Apakah maksud penyelarasan?

Jika anda membuat perubahan pada fail Dropbox anda, Dropbox akan menyelaraskan perubahan tersebut antara komputer anda dan di mana-mana sahaja anda mengakses fail anda dalam Dropbox. Ini bermakna semua perubahan yang anda buat pada fail atau folder akan dikemas kini secara automatik di dropbox.com, pada folder Dropbox pada komputer anda, apl mudah alih Dropbox, dan peranti lain yang anda daftar masuk menggunakan akaun Dropbox anda. 

Apakah manfaat menjeda penyelarasan?

Mungkin ada masa tertentu anda ingin menangguhkan penyelarasan ke suatu masa lain. Contohnya, apabila anda tidak mahu menyelaraskan fail besar kerana lebar jalur Wi-Fi yang terhad. Pada masa-masa sebegini, anda boleh menggunakan jeda penyelarasan untuk menangguhkan penyelarasan ke masa yang lebih sesuai.

Bagaimanakah saya tahu jika penyelarasan dijeda?

Apabila penyelarasan dijeda, butang jeda akan muncul pada ikon Dropbox dalam pusat pemberitahuan (Windows) atau bar menu (Mac) anda. Ketahui lebih lanjut tentang ikon penyelarasan pada Windows, Linux dan macOS.

Adakah menjeda penyelarasan akan mengosongkan ruang storan pada pemacu keras komputer saya?

Apabila penyelarasan dijeda, anda boleh menambah fail ke folder anda di dropbox.com dan apl mudah alih, tetapi fail baharu ini tidak akan menggunakan sebarang ruang pada pemacu keras komputer anda. Fail yang sudah ada pada pemacu keras anda tidak akan dibuang. 

Jika keutamaan anda adalah untuk mengosongkan ruang pemacu keras, Dropbox mempunyai beberapa pilihan yang khusus untuk tujuan tersebut.

Ketahui cara Dropbox boleh membantu anda menjimatkan ruang storan pada pemacu keras komputer anda.

Apakah yang akan berlaku apabila penyelarasan dijeda?

Apabila penyelarasan dijeda, perubahan pada fail atau folder anda di dropbox.com atau apl mudah alih Dropbox tidak akan ditunjukkan dalam folder Dropbox pada komputer anda sehingga penyelarasan disambung semula. Begitu juga dengan perubahan kepada fail anda daripada folder Dropbox pada komputer anda tidak akan ditunjukkan pada dropbox.com atau apl mudah alih Dropbox sehingga penyelarasan disambung semula.
 

Perhatian:

  • Jika anda menjeda penyelarasan dan kemudian membuat perubahan pada folder kongsian, perubahan ini tidak akan ditunjukkan kepada pengguna lain.
  • Jika anda mempunyai berbilang akaun yang disambungkan ke komputer anda dan anda menjeda penyelarasan untuk satu akaun, ini juga akan menjeda penyelarasan untuk akaun Dropbox lain yang anda log masuk.

Apakah yang akan berlaku apabila penyelarasan disambung semula?

Apabila anda menyambung semula penyelarasan, sebarang perubahan yang dibuat kepada fail dan folder anda akan ditunjukkan di mana-mana sahaja anda mengakses fail anda dalam Dropbox.

Perhatian: 
Anda boleh memilih untuk mengutamakan fail tertentu untuk diselaraskan dahulu.

Bolehkah saya berhenti menyelaraskan folder tertentu?

Ya, anda boleh menggunakan penyelarasan terpilih untuk menghentikan penyelarasan folder tertentu ke folder Dropbox pada komputer anda. Ini akan menjimatkan ruang storan anda pada pemacu keras anda kerana folder ini hanya akan diselaraskan di dropbox.com dan pada apl mudah alih Dropbox. Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih.

Anda juga boleh memberitahu Dropbox supaya mengabaikan fail tertentu.

Bolehkah saya berhenti menyelaraskan semua fail secara kekal?

Ya. Apabila anda menjeda penyelarasan, anda boleh memilih untuk menjeda penyelarasan Tanpa tempoh. Ini tidak akan membuang sebarang fail yang telah diselaraskan.

Bolehkah saya membuat asal penyelarasan?

Tiada cara untuk membuat asal acara penyelarasan tertentu. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menggunakan sejarah versi untuk memulihkan versi fail terdahulu. 

Jika anda menggunakan pelan Dropbox berbayar, anda boleh menggunakan Dropbox Rewind untuk mengembalikan folder kepada versi terdahulu.

Bagaimanakah saya boleh memeriksa sama ada fail saya diselaraskan atau tidak?

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan