Aplikasi desktop Dropbox memastikan folder Dropbox pada komputer anda menyelaras dengan akaun Dropbox anda dalam talian. Aplikasi akan memaparkan simbol khas (atau “ikon”) untuk memaklumkan anda apa yang berlaku. Anda akan nampak ikon-ikon ini di beberapa tempat:
- Ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda menunjukkan keseluruhan status Dropbox
- Ikon pada fail atau folder individu akan memaparkan status fail atau folder tersebut
Dalam artikel ini, anda akan belajar maksud setiap ikon, dan apa perlu dilakukan jika ia tersangkut atau tiada.
Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.
Perhatian: Jika anda tidak pasti maksud "penyelarasan", anda boleh ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan Dropbox dan bagaimana ia berfungsi.
Ikon penyelarasan yang muncul pada fail dan folder
 |
Diselaraskan
Bulatan berwarna hijau dengan tanda rait bermakna fail atau folder telah selesai menyelaraskan perubahan terkini. Ini boleh jadi perubahan yang anda lakukan, atau perubahan yang dibuat oleh seseorang yang berkongsi fail atau folder dengan anda.
|
 |
Penyelarasan sedang berjalan
Bulatan berwarna biru dengan anak panah berputar bermakna fail dan folder individu sedang dalam proses menyelaras ke Dropbox.
|
 |
Tidak diselaraskan ke dropbox.com
Bulatan kelabu dengan tanda tolak akan muncul pada fail atau folder yang anda pilih untuk tidak diselaraskan ke dropbox.com. Fail atau folder itu akan kekal pada pemacu keras komputer anda. |
 |
Penyelarasan tidak berjalan
Bulatan berwarna merah dengan x bermakna ada sesuatu yang tidak kena, dan Dropbox tidak menyelaraskan fail atau folder ini. Terdapat beberapa sebab lazim untuk perkara ini:
- Nama fail tidak sah (fail tidak boleh menyelaras jika namanya mempunyai aksara atau simbol tertentu)
- Ralat keizinan (bermakna anda tiada akses kepada kandungan kongsian, atau keizinan sistem komputer)
- Fail berubah dengan sangat cepat (bermakna beberapa suntingan berturut-turut)
- Akaun Dropbox anda kehabisan ruang (bermakna anda tidak boleh memuat naik kepadanya)
|
 |
Akses lihat-sahaja di dalam folder kongsian
Jika anda nampak kunci pada folder kongsian, itu bermakna bahawa anda mempunyai akses lihat-sahaja kepada folder itu. Ini bermakna anda boleh melihat fail itu, tetapi tidak boleh menyunting atau berkongsinya dengan orang lain. Untuk memohon akses menyunting kepada folder, hubungi pemilik folder.
|
Smart Sync
Jika anda pelanggan Dropbox Plus, Family, Professional, atau Business, anda juga mungkin mempunyai ikon yang unik untuk Smart Sync:
 |
Kandungan dalam talian sahaja
Fail dan folder dengan ikon awan adalah fail dalam talian sahaja. Ini bermakna bahawa ia akan muncul di dalam folder Dropbox pada komputer anda, tetapi ia tidak dimuat turun sepenuhnya. Ikon pemegang tempat ini cuma memaparkan item yang tersedia dalam akaun Dropbox anda dalam talian. Kemudian anda boleh memilih untuk memuat turun sepenuhnya jika mahu.
|
 |
Kandungan setempat
Kandungan setempat akan tersedia dalam akaun Dropbox anda dalam talian, dan ia juga dimuat turun pada pemacu keras komputer anda. Anda boleh menyunting fail-fail ini dari aplikasi pada komputer anda secara langsung.
|
 |
Folder keadaan kacuk
Folder keadaan kacuk mengandungi kandungan setempat dan dalam talian sahaja.
|
Ikon status dalam bar tugas atau bar menu komputer anda
Terdapat beberapa ikon Dropbox yang muncul dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac)anda. Bergantung pada sistem pengendalian anda, ikon-ikon ini boleh jadi berlainan warna.
 |
Diselaraskan
Jika aplikasi Dropbox telah diselaras sepenuhnya, ikon ini tidak akan berubah, sama ada hitam atau putih bergantung pada sistem pengendalian anda.
|
 |
Penyelarasan sedang berjalan
Jika Dropbox dalam proses menyelaras, ikon ini akan muncul dengan simbol penyelarasan di sudut bawah kanan.
|
 |
Dijeda
Jika aplikasi Dropbox dijeda, ikon ini akan kabur dengan simbol jeda di sudut bawah kanan.
|
 |
Tidak bersambung
Jika aplikasi Dropbox pada komputer anda tidak dapat bersambung dengan pelayan Dropbox, ikon ini akan kabur.
|
 |
Pemberitahuan
Jika anda ada pemberitahuan yang belum di baca, ikon ini akan mempunyai bulatan merah di sudut bawah kiri dengan nombor yang menandakan bilangan pemberitahuan. Jika anda ada melebihi 99 pemberitahuan, ikon ini akan menunjukkan bulatan merah dengan 99+ di sudut bawah kiri. |
 |
Import Kamera
Jika anda memuat naik dari kamera, ikon ini mempunyai kamera di sudut bawah kanan semasa muat naik sedang berjalan.
|
Perkara yang perlu dilakukan jika ikon Dropbox tiada dalam bar tugas atau bar menu
Ikon Dropbox hanya akan muncul dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda jika apl desktop Dropbox dimuat turun ke komputer anda dan sedang berjalan. Kadangkala, ikon Dropbox nampak seperti tiada, namun ini cuma bermakna bahawa apl desktop tidak berjalan.
Untuk menyelesaikan isu ini, cuba lancarkan aplikasi sekali lagi terlebih dahulu. Jika ini tidak berkesan, anda boleh muat turun (atau muat turun sekali lagi) aplikasi desktop Dropbox dan daftar masuk ke akaun Dropbox anda apabila diminta. Untuk melancarkan semula aplikasi:
- Windows: Klik menu Start, kemudian klik Program, kemudian cari dan jalankan aplikasi Dropbox
- Mac: Buka folder Aplikasi, kemudian cari dan jalankan aplikasi Dropbox
- Linux: Klik menu Aplikasi, kemudian buka folder Internet, kemudian cari dan jalankan aplikasi Dropbox
Apa perlu dilakukan jika ikon penyelarasan Dropbox tiada pada fail anda
Jika anda tidak nampak ikon penyelarasan Dropbox pada fail anda, terdapat beberapa kemungkinan penjelasan. Tetapi penjelasan yang paling munasabah ialah Dropbox ditutup tanpa dijangka dan tidak lagi berjalan. Untuk memeriksa sama ada Dropbox sedang berjalan atau tidak, cari ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda. Jika ia tidak berjalan, baca arahan dalam bahagian di atas untuk melancarkan semula atau memuat turun sekali lagi.
Jika anda telah memastikan bahawa Dropbox sedang berjalan, namun masih mengalami masalah dengan ikon penyelarasan pada fail anda, berikut beberapa kemungkinan penjelasan yang lain:
- Mulakan Dropbox pada permulaan sistem tidak ditanda rait dalam pilihan anda, atau Dropbox dipaksa berhenti
- Anda sedang melihat folder Dropbox yang tidak aktif di lokasi lamanya
- Anda perlu memulihkan tetapan lalai sistem pengendalian Dropbox dengan memasang Dropbox sekali lagi
- Memasang dan mendaftar masuk sekali lagi akan membaiki kebanyakan isu dengan ikon penyelarasan
- Anda mungkin ada fail tetapan yang rosak
Terdapat beberapa penjelasan lain mengapa ikon penyelarasan mungkin tidak berfungsi pada sistem pengendalian tertentu. Klik sistem pengendalian anda di bawah untuk mengetahui lebih lanjut: