Cara memuat naik fail ke Dropbox pada peranti mudah alih

Dikemas kini Dec 13, 2023

 Apl mudah alih Dropbox membolehkan anda mencipta dan memuat naik fail terus ke akaun Dropbox anda daripada telefon atau tablet anda. Fail yang dimuat naik akan diselaraskan di mana-mana sahaja anda mengakses fail anda dalam Dropbox.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.

Cara memuat naik kandungan daripada apl mudah alih lain

Anda boleh memuat naik kandungan daripada apl mudah alih lain (Foto, Mesej, dsb.) ke akaun Dropbox anda. Untuk berbuat demikian:

  1. Buka apl tempat kandungan disimpan pada masa ini.
  2. Pilih perkara yang anda ingin muat naik ke akaun Dropbox anda.
  3. Klik butang atau ikon Kongsi aplikasi.
  4. Pilih apl mudah alih Dropbox.
highlight icon

Perhatian: Anda mesti log masuk ke akaun Dropbox anda pada apl mudah alih Dropbox.

  1. Pilih lokasi penyimpanan Dropbox dan simpan kandungan anda.

Cara memuat naik foto dan video

Jika anda tidak menghidupkan muat naik kamera, anda boleh menambah foto secara manual ke akaun Dropbox anda. Untuk melakukannya:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox. 
  2. Buka folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan foto anda.
  3. Tekan"+" (tanda tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  4. Pilih Muat Naik Foto.
  5. Tekan foto yang anda ingin muat naik.
  6. Tekan ikon folder (Android), atau Seterusnya (iOS), dan pilih di mana anda ingin menambah fail itu.
  7. Tekan Tetapkan lokasi.
  8. Tekan Muat naik.
highlight icon

Perhatian: Apl Dropbox untuk peranti Windows tidak menyokong muat naik video buat masa ini. Ini disebabkan oleh batasan sistem pengendalian.

Cara memuat naik fail audio

Pengguna iOS boleh merakam audio menggunakan aplikasi mudah alih Dropbox dan menyimpannya terus ke dalam akaun Dropbox mereka. Untuk melakukannya:

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon + (tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  3. Tekan Rakam Audio.
  4. Tekan bulatan merah untuk mula merakam dan segi empat sama merah untuk berhenti merakam.
  5. Pilih folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan fail audio anda.
  6. Tekan Muat naik.
highlight icon

Perhatian: Apl mudah alih Dropbox untuk Windows dalam mod S (Dropbox Lite) dan peranti Android tidak menyokong rakaman audio buat masa ini.

Cara memuat naik jenis fail lain

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Buka folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan fail anda.
  3. Tekan"+" (tanda tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  4. Tekan Muat naik fail (Android) atau Cipta atau Muat Naik Fail (iPhone/iPad).
  5. Tekan Muat naik (Android) atau Muat Naik Fail (iPhone/iPad).

Anda juga boleh pilih untuk mencipta kandungan menggunakan aplikasi Microsoft Office.

Ketahui lagi tentang mencipta kandungan menggunakan aplikasi Microsoft Office.
 

Jika peranti anda mempunyai kad SD, anda boleh muat naik fail ke Dropbox dari sana. Untuk melakukannya:

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Buka folder Dropbox di mana anda ingin menyimpan foto anda.
  3. Tekan"+" (tanda tambah) di bahagian bawah skrin anda.
  4. Pilih Muat naik fail.
  5. Layari ke kad SD anda, dan tekan fail yang anda ingin muat naik.
  6. Tekan Muat naik (atau Buka pada sesetengah peranti).
highlight icon

Perhatian: Jika anda tidak nampak kad SD anda semasa melayari fail untuk dimuat naik, pastikan bahawa Tunjuk peranti lanjutan ditanda rait dengan menekan butang menu di bahagian atas skrin dan mencari di bawah Tetapan.

Pengguna iPhone/iPad juga boleh memuat naik jenis fail lain menggunakan mana-mana satu antara yang berikut:

  • Menu Buka Dalam iPhone/iPad dimana-mana menu tersebut muncul dalam apl lain
  • Sambungan Apl pada iOS 8 dan lebih baru
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan