Add Dropbox as a Place in Microsoft Office

“Tempat“ di dalam Microsoft Office adalah lokasi di mana anda boleh mengakses secara terus daripada aplikasi Office anda, tanpa menggunakan Windows File Explorer. Tambah Dropbox sebagai Tempat untuk membuka, berkongsi, dan menyimpan fail menggunakan Dropbox dari dalam Microsoft Word, Excel, and PowerPoint. 

Selepas anda menambah Dropbox sebagai Tempat, anda boleh:

  • Simpan ke Dropbox terus daripada pilihan menu dalam aplikasi Office
  • Buka daripada Dropbox terus daripada pilihan menu dalam aplikasi Office
  • Klik Kongsi dalam aplikasi Office untuk berkongsi menggunakan Dropbox

Syarat-syarat

Untuk menambah Dropbox sebagai Tempat di dalam Office, anda harus:

  • Menggunakan komputer Windows
  • Menjalankan versi 20 aplikasi desktop Dropbox atau lebih baru
  • Menjalankan Microsoft Office

Tambah Dropbox sebagai Tempat

Anda boleh menambah Dropbox sebagai Tempat melalui keutamaan Dropbox anda:

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear.
  3. Pilih Keutamaan....
  4. Tanda rait kotak di sebelah Tunjukkan Dropbox sebagai lokasi simpanan di dalam Microsoft Office.

Perhatian: Minta pentadbir anda untuk membolehkan ciri ini jika anda melihat mesej ini Pilihan ini telah dilumpuhkan oleh pentadbir pasukan anda.

Anda boleh membuang Dropbox sebagai Tempat dalam Office dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear.
  3. Pilih Keutamaan.
  4. Buang tanda rait kotak di sebelah Tunjukkan Dropbox sebagai lokasi simpanan di dalam Microsoft Office.

Pasukan Dropbox Business

Untuk membenarkan ahli pasukan anda menambah Dropbox sebagai tempat, bolehkannya di dalam Konsol Pentadbir:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Tetapan Tambahan, klik Penambahan Microsoft Office .
  5. Togol Penambahan Microsoft Office kepada Hidup.

Selepas anda membolehkan Penambahan Microsoft Office, ahli pasukan boleh menambah Dropbox sebagai Tempat di dalam Office. Dropbox tidak ditambah secara automatik sebagai Tempat.

Adakah ciri ini berfungsi walaupun jika Dropbox tidak berjalan atau saya di luar talian?

Ya. Menambah Dropbox sebagai Tempat akan berintegrasi secara natif dengan Office. Dropbox sebagai Tempat boleh didapati walaupun jika Dropbox tidak berjalan atau anda di luar talian. Walau bagaimanapun, fail anda tidak akan menyelaras sehingga Dropbox berjalan dan anda berada di dalam talian.

Ada pertanyaan lain mengenai Microsoft Office untuk Dropbox?

Lihat  halaman Soalan Lazim untuk maklumat lanjut. 

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan