Tersedia pada mana-mana pelayar atau platform, termasuk aplikasi mudah alih Gmail
Dengan pelanjutan Gmail Chrome dan Gmail Add-on, anda boleh:
Simpan lampiran fail dan pautan Dropbox dari Gmail terus ke dalam akaun Dropbox anda
Tambah fail terus dari akaun Dropbox anda ke dalam e-mel
Fail-fail ini tidak menggunakan ruang di dalam peti masuk anda kerana ia menggunakan pautan kongsian
Bahagian dalam artikel ini:
Sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail
Dengan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail, anda boleh berkongsi fail-fail Dropbox anda secara langsung menerusi akaun Gmail anda. Anda juga boleh menyimpan lampiran dari Gmail terus ke Dropbox anda.
Sambungan ini adalah percuma dan disediakan menerusi Kedai Web Google Chrome. Sambungan ini hanya berfungsi dalam pelayar web Google Chrome.
Bagaimana untuk memasang sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail.
Untuk menghidupkan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail:
Bagaimana untuk berkongsi fail menggunakan Sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail
Untuk berkongsi fail Dropbox menggunakan Sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail:
Daripada akaun Gmail anda, klik Karang.
Klik ikon Dropbox di bahagian bawah tetingkap Karang.
Pilih fail yang anda ingin kongsi daripada Dropbox anda dalam tetingkap yang timbul.
Klik Sisip pautan.
Kemudian anda akan melihat pautan lampiran dalam badan e-mel anda.
Perhatian: Fail akan kelihatan seperti lampiran, tetapi ia sebenarnya pautan kongsian. Ini akan menjimatkan ruang di dalam peti masuk anda, dan memastikan orang lain akan sentiasa melihat versi fail terbaru.
Bagaimana untuk menyimpan fail menggunakan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail
Untuk menyimpan lampiran Gmail secara langsung ke akaun Dropbox anda menggunakan sambungan Chrome:
Buka satu e-mel dengan lampiran fail dalam akaun Gmail anda.
Layangkan tetikus di atas pratonton lampiran di bahagian bawah e-mel itu.
Klik ikon Dropbox.
Pilih folder anda ingin menyimpan fail itu.
Klik Save.
Batasan fail untuk sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail
Walaupun tidak terdapat had saiz fail untuk fail yang dikongsi menggunakan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail, Dropbox mempunyai beberapa batasan lebar jalur mengikut jenis akaun anda.
Dari akaun Gmail anda, klik ikon tanda tambah berwarna putih (+) pada bar sisi sebelah kanan. Apabila anda melayangkan tetikus di atas tanda tambah itu, anda akan melihat ”Dapatkan alat tambah.”
Cari Dropbox for Gmail. Pilih ia.
Klik Pasang.
Ikut prom. Anda mungkin perlu mendaftar masuk ke dalam akaun Dropbox anda jika anda belum melakukannya.
Add-on ini akan muncul dalam akaun Gmail anda pada bar sisi sebelah kanan, di atas ikon tanda tambah putih (+) semasa anda membuka e-mel yang mempunyai lampiran atau pautan Dropbox atau Google Drive.
Bagaimana untuk berkongsi fail menggunakan Dropbox for Gmail Add-On
Untuk berkongsi fail Dropbox menggunakan Dropbox for Gmail Add-on:
Dari akaun Gmail anda, klik Karang.
Klik ikon Dropbox di bahagian bawah tetingkap Karang.
Pilih fail yang anda ingin kongsi daripada Dropbox anda dalam tetingkap yang timbul.
Klik Sisip pautan.
Anda akan melihat fail-fail yang anda telah pilih untuk dikongsi dalam badan e-mel anda.
Bagaimana untuk menyimpan fail menggunakan Dropbox for Gmail Add-on
Untuk menyimpan lampiran Gmail anda terus ke dalam akaun Dropbox anda menggunakan Gmail Add-on:
Buka satu e-mel dengan lampiran fail dalam akaun Gmail anda.