Hantar untuk ditandatangani dengan HelloSign

Integrasi Dropbox dan HelloSign membolehkan anda menghantar fail untuk eTandatangan, atau eTandatangan fail sendiri, tanpa meninggalkan Dropbox. Fail yang ditandatangani akan disimpan ke akaun Dropbox anda secara automatik.

Ketahui lebih lanjut tentang HelloSign di dalam Pusat Bantuan HelloSign.

Sambungkan Dropbox dan HelloSign

Apabila anda menghantar untuk ditandatangani melalui Dropbox, anda akan diminta untuk menyambungkan akaun Dropbox dan HelloSign anda dan menerima terma perkhidmatan. Akaun HelloSign percuma akan dicipta dengan alamat e-mel yang anda gunakan untuk Dropbox. (Sekiranya anda sudah mempunyai akaun HelloSign dengan alamat e-mel yang sama seperti akaun Dropbox anda, akaun-akaun ini akan disambungkan). Selepas akaun anda disambungkan, anda juga akan dapat mendaftar masuk ke HelloSign.com dengan mengklik Daftar masuk dengan Dropbox.

Hantar untuk ditandatangani atau tandatangan fail

Anda boleh menghantar fail di dalam Dropbox untuk ditandatangani atau tandatangan fail sendiri.

Untuk menghantar untuk ditandatangani atau menandatangani fail di dropbox.com dan aplikasi desktop:

  1. Di dropbox.com, klik anak panah ke bawah di sebelah Kongsi dari mana-mana fail. Kemudian, klik Hantar untuk ditandatangani dari menu pilihan. Pada aplikasi desktop, klik kanan pada mana-mana fail dan kemudian klik Hantar untuk ditandatangani.
  2. Pilih siapa yang perlu menandatangan.
    • Jika anda seorang sahaja penandatangan, klik Saya seorang sahaja penandatangan.
    • Jika bukan anda seorang sahaja penandatangan, taip nama dan alamat e-mel di dalam kotak. Untuk menambah lebih ramai penandatangan, klik Tambah lagi penandatangan. Untuk menambah diri anda sebagai penandatangan, klik Tambah saya sebagai penandatangan.
    • Untuk meminta lampiran dari mana-mana penandatangan, klik ikon klip kertas di sebelah e-mel mereka.
  3. Seret dan lepas ke dalam dokumen untuk menambah medan di mana penandatangan perlu menandatangan. Tetapkan setiap medan kepada penandatangan di sebelah kanan bar sisi. 
    • Perhatian: Setiap penandatangan mesti diberikan sekurang-kurangnya satu medan bukan tarikh sebelum anda boleh meneruskan ke langkah seterusnya.
  4. Klik Teruskan.
  5. Pilih nama fail dan lokasi folder Dropbox untuk salinan fail yang ditandatangani. (Fail asal tidak akan dinamakan semula atau dialihkan).
  6. Klik Teruskan.
  7. Tambah sesiapa yang anda ingin disalin pada e-mel atau mesej e-mel anda.
  8. Klik Hantar untuk ditandatangani untuk mengesahkan dan dihantar untuk ditandatangani.

Selepas fail ditandatangani anda lengkap, anda dan semua penandatangan akan menerima e-mel pengesahan. Fail ditandatangani anda akan disimpan kembali ke akaun Dropbox anda secara automatik, di dalam lokasi yang anda pilih untuk fail tersebut dan di dalam akaun HelloSign bersambung anda. Jika anda menghapuskan fail ditandatangani dari sama ada Dropbox atau HelloSign, ia masih akan disimpan pada yang satu lagi. 

Di dalam Dropbox, sementara fail sedang menunggu untuk ditandatangani, versi fail PDF dalam proses akan disimpan di dalam lokasi yang anda pilih bernama “[nama fail] (dalam-proses).pdf”. Selepas fail ditandatangani, fail tersebut diganti dengan fail PDF baru yang telah ditandatangani bernama “[nama fail] (ditandatangani).pdf”.

Jenis dan saiz fail

Fail tunggal yang dimuat naik untuk ditandatangani tidak boleh melebihi 40MB atau 500 halaman. Layarai Pusat Bantuan HelloSign untuk semua jenis fail yang disokong dan saiz fail.

Had dan kuota storan

Sekiranya akaun HelloSign yang anda sambungkan ke Dropbox berada dalam pelan percuma terhad (yang merupakan pelan lalai), anda boleh membuat tiga transaksi dokumen setiap bulan. Ketahui lebih lanjut tentang pelan percuma terhad dan cara untuk menaik taraf.

Fail ditandatangani memakan ruang di dalam akaun Dropbox anda. Jika anda kehabisan ruang di dalam akaun Dropbox anda sementara fail masih berjalan (menunggu tandatangan), anda akan melihat mesej ralat dan versi fail yang ditandatangani hanya akan menyimpan di HelloSign.com dan bukan di Dropbox. Ketahui berapa banyak ruang yang anda ada dalam akaun Dropbox anda.

Pentadbir: Uruskan integrasi HelloSign untuk pasukan anda

Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh menghidupkan atau mematikan integrasi HelloSign untuk seluruh pasukan Dropbox Business mereka. 

Untuk menghidupkan atau mematikan integrasi:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda. 
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Tetapan tambahan, klik Hantar untuk ditandatangani.
  5. Togol kepada Hidup atau Mati.

 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan