Hantar fail dari Photoshop dengan Dropbox Transfer

Dengan plugin Dropbox Transfer untuk Adobe Creative Cloud, anda boleh menghantar fail-fail Photoshop kepada orang lain terus dari aplikasi Photoshop. 

Hantar fail dari Photoshop

Kali pertama anda menghantar fail Photoshop dengan Dropbox Transfer, anda perlu mendaftar masuk ke Dropbox dari Photoshop. Untuk berbuat demikian:

  1. Buka fail anda dalam Photoshop.
  2. Klik panel Dropbox Transfer.
  3. Klik Daftar masuk ke Dropbox.
    • Perhatian: Anda mesti bersambung ke internet untuk mendaftar masuk ke Dropbox dan membuat penghantaran.
  4. Daftar masuk ke akaun Dropbox anda dan benarkan Dropbox Transfer for Adobe Creative Cloud untuk mengakses akaun Dropbox anda.
  5. Klik Send With Transfer.
  6. Ubah suai penghantaran anda dan kemas kini tetapan fail jika anda mahu.
  7. Klik Muat naik.
  8. Klik Salin pautan. Satu pautan akan disalin ke papan klip anda yang boleh ditampalkan ke dalam e-mel atau mesej lain.

 

Selepas anda mendaftar masuk buat kali pertama dan membenarkan aplikasi untuk mengakses akaun Dropbox anda, anda boleh membuat penghantaran dari menu Photoshop Plugins. Untuk berbuat demikian:

  1. Buka fail anda dalam Photoshop.
  2. Klik Plugins.
  3. Klik Dropbox Transfer.
  4. Klik Send With Transfer.
    • Perhatian: Anda mesti bersambung ke internet untuk membuat penghantaran.
  5. Ubah suai penghantaran anda dan kemas kini tetapan fail jika anda mahu.
  6. Klik Muat naik.
  7. Klik Salin pautan. Satu pautan akan disalin ke papan klip anda yang boleh ditampalkan ke dalam e-mel atau mesej lain.

 

Apabila anda menggunakan plugin Dropbox Transfer untuk menghantar fail dari Photoshop, penghantaran itu akan ditambah ke akaun Dropbox anda supaya anda boleh memantau, menguruskan atau menghantarnya semula. Fail itu akan kekal pada pemacu keras anda, Creative Cloud atau lokasi lain, dan tidak akan menggunakan ruang dalam akaun Dropbox anda melainkan ia disimpan di sana.

Uruskan penghantaran

Anda boleh mengemas kini dan menyemak status penghantaran dari Photoshop. Untuk berbuat demikian:

  1. Buka aplikasi Photoshop.
  2. Klik Plugins.
  3. Klik Dropbox Transfer.
  4. Klik Dropbox Transfer.
  5. Klik Urus dalam Dropbox. Satu tetingkap pelayar akan dibuka ke halaman Transfer akaun Dropbox anda.
    • Perhatian: Anda mesti bersambung ke internet untuk menguruskan penghantaran.
  6. Klik nama penghantaran untuk menukar nama atau tetapannya, atau klik “” (elipsis) untuk melihat pilihan lain.

Ketahui lebih lanjut tentang membuat dan menguruskan penghantaran di dropbox.com.

Soalan-soalan Lazim

Bagaimana saya memasang plugin Dropbox Transfer untuk Creative Cloud?
Anda boleh menemui dan memasang plugin Dropbox Transfer di laman web Exchange

Adakah fail-fail Photoshop saya akan dialihkan ke Dropbox apabila saya menggunakan Transfer?
Tidak. Anda boleh menemui dan menguruskan penghantaran dalam akaun Dropbox anda, tetapi fail-fail itu akan kekal di lokasi asalnya, seperti pemacu keras anda atau Creative Cloud.

Apakah had saiz fail untuk Dropbox Transfer?
Had saiz fail dan pilihan Dropbox Transfer lain, seperti menyesuaikan dan memantau penghantaran, bergantung pada pelan anda.
Ketahui lebih lanjut tentang had saiz penghantaran.

Bolehkah orang lain membuat perubahan terhadap fail-fail saya apabila saya membuat penghantaran?

Fail-fail yang dihantar dengan Dropbox Transfer akan dihantar sebagai versi baca-sahaja. Jika penerima memuat turun fail anda, sebarang perubahan yang mereka buat kepada salinan mereka tidak akan dicerminkan dalam akaun Dropbox anda.

Adakah Adobe mempunyai akses penuh kepada akaun Dropbox saya?
Tidak. Apabila anda membenarkan Dropbox Transfer for Adobe Creative Cloud untuk mengakses akaun Dropbox anda, ia akan menerima akses kepada satu folder, namun Adobe tidak akan menambah fail atau berinteraksi dengan mana-mana fail anda. Anda boleh menemui folder itu, yang dinamakan “Dropbox Transfers for Adobe CC”, di dalam folder “Aplikasi” akaun Dropbox anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan