Cara untuk menjemput ahli ke pasukan Dropbox Business anda

Memastikan semua orang sedia maklum penting dalam menjamin peralihan lancar pasukan anda kepada Dropbox Business. Untuk menjadikan menambah ahli pasukan semudah yang boleh, kami telah mencipta beberapa templat e-mel dengan kebanyakan inti sari yang penting. Layari senarai mesej templat di sini, atau terus cipta templat anda sendiri.

Bahagian dalam artikel ini:

Hantar e-mel pra-jemputan

Kami syorkan supaya semua pentadbir menghantar pengumuman pra-jemputan 1-2 minggu sebelum pelaksanaan Dropbox Business anda.

Tajuk e-mel: Akan datang: Satu tempat berpusat untuk mengakses dan berkongsi fail

[MASUKKAN NAMA SYARIKAT] akan mula menggunakan Dropbox Business bagi memastikan pasukan kita teratur, selaras, dan data syarikat selamat. Anda sepatutnya menerima jemputan e-mel daripada Dropbox pada [MASUKKAN TARIKH].

Dengan Dropbox, anda akan dapat:

  • Simpan dan akses semua fail kerja anda di satu tempat
  • Bekerjasama dalam fail dengan mudah dan selamat dengan sesiapa sahaja
  • Akses fail anda dari jauh tanpa VPN

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Nantikan e-mel daripada Dropbox dan terima jemputan.
  • Untuk melihat prebiu proses pendaftaran dan memastikan data sedia ada anda pergi ke tempat yang betul, lihat arahan keahlian ini.
  • Jika anda sudah ada akaun Dropbox di bawah alamat e-mel [NAMA SYARIKAT], naik taraf kepada akaun perniagaan untuk mengakses ciri-ciri dan ruang tambahan—dan anda akan dapat menyimpan fail-fail kerja dan peribadi anda secara berasingan.
  • Ketahui cara menggunakan Dropbox dengan mengambil latihan kendiri kami.

Ada soalan? Hubungi PENTADBIR@NAMASYARIKAT.COM.

Jemput ahli pasukan menerusi konsol pentadbir

Hantar e-mel ini pada hari (atau sehari sebelum) anda menjemput pasukan anda menerusi konsol pentadbir Dropbox Business.

Tajuk e-mel: Anda dijemput! Sertai pasukan Dropbox [SYARIKAT]

Kami telah memilih Dropbox Business untuk menyimpan, mengakses, dan berkongsi fail [NAMA SYARIKAT]. Anda akan menerima satu jemputan e-mel untuk menyertai pasukan [HARI INI/ESOK]. Untuk memanfaatkan ciri-ciri kerjasama lanjutan dan akses jarak jauh, sila pilih “Sertai pasukan anda“ daripada jemputan itu dan ikut prom pendaftaran.

Bagaimana jika saya sudah menggunakan Dropbox untuk kerja saya?

Anda tidak akan perlu menggunakan ruang dalam akaun peribadi anda lagi! Dengan menyediakan akaun Dropbox Business, kami memudahkan anda untuk berkongsi fail-fail besar dan bekerjasama dalam pasukan anda atau dengan penerima luar. Apabila anda menyertai pasukan, anda boleh pilih ke mana fail-fail dalam akaun sedia ada anda ditempatkan. Hanya pilih “Simpan fail-fail saya dalam Dropbox [NAMA SYARIKAT]“ dan anda tidak perlu memuat naik atau berkongsi semula apa-apa pun!

Bagaimana jika saya sudah membayar untuk akaun Dropbox peribadi?

Tiada masalah! Dropbox akan membayar balik baki langganan akaun anda secara automatik selepas anda menyertai akaun Dropbox Business [NAMA SYARIKAT]. Untuk maklumat lanjut tentang memindahkan akaun sedia ada, layari Pusat Bantuan kami.

Bagaimana jika saya ada fail peribadi dalam akaun Dropbox saya?

Jika anda mendaftar akaun peribadi menggunakan alamat e-mel kerja, anda boleh mengalihkan fail anda ke dalam akaun Dropbox peribadi menggunakan alamat e-mel peribadi apabila anda menyertai pasukan. Apabila diminta ke mana fail anda harus diletakkan, pilih “Alihkan fail saya ke Dropbox peribadi baru.“

Jika anda mendaftar akaun Dropbox dengan e-mel peribadi anda, akaun [NAMA SYARIKAT] anda tidak akan menjejaskan akaun peribadi anda. Fail peribadi anda akan masih sulit kepada anda. Jika anda memautkan akaun anda, anda akan masih dapat mengakses fail peribadi dan kerja dari mana sahaja, sementara masih menyimpannya secara berasingan.

Untuk bimbingan lanjut tentang menyertai pasukan, dapatkan arahan keahlian di sini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan akaun Dropbox Business baru anda, ambil latihan kendiri kami.

Salam sejahtera,

[NAMA PENTADBIR]

Hantar e-mel peringatan untuk jemputan konsol pentadbir

Jika seminggu berlalu dan beberapa ahli pasukan masih tidak menerima jemputan, hantar satu peringatan menggunakan templat ini.

Tajuk e-mel: Peringatan! Sertai Dropbox [SYARIKAT] hari ini

[MASUKKAN NAMA SYARIKAT] telah melaksanakan Dropbox Business untuk memastikan pasukan kita teratur, selaras, dan data syarikat selamat. Anda seharusnya sudah menerima satu e-mel yang menjemput anda untuk menyertai akaun perniagaan, tetapi nampaknya anda masih belum mendaftar. Ia mudah dan sepatutnya cuma mengambil beberapa minit untuk menyertai.

Sila terima jemputan Dropbox Business sebelum [MASUKKAN TARIKH] supaya anda boleh mula bekerjasama dengan rakan sekerja anda dan mengakses fail dari jarak jauh. Jika anda perlukan bimbingan lanjut tentang menyertai pasukan, anda boleh dapatkan arahan di sini. Jika anda tidak mencari jemputan atau menghadapi sebarang kesukaran, sila balas di sini atau hubungi [MASUKKAN E-MEL] untuk mendapatkan bantuan.

Mengapa saya harus menyertai Pasukan Dropbox Business?

  • Akses fail anda daripada sebarang peranti, di mana jua
  • Pulihkan fail terhapus dan versi terdahulu 
  • Kongsi fail-fail besar tanpa bimbang tentang had lampiran
  • Prebiu dan komen dalam +150 jenis fail, tanpa memuat turun perisian tambahan
  • Dapatkan ruang storan tambahan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan akaun Dropbox Business baru anda, ambil latihan kendiri kami.

Terima kasih,

[NAMA PENTADBIR]

Jemput ahli pasukan menerusi SSO

Jika anda mengintegrasikan Dropbox dengan pembekal SSO, gunakan templat ini untuk menjemput ahli baru menyertai pasukan anda.

Tajuk e-mel: Anda dijemput! Sertai pasukan Dropbox [SYARIKAT]

Kami telah memilih Dropbox Business untuk menyimpan, mengakses, dan berkongsi fail [NAMA SYARIKAT]. Untuk memanfaatkan ciri-ciri kerjasama lanjutan dan akses jarak jauh, sila klik di sini dan daftar dengan e-mel kerja anda untuk mentauliah menerusi single sign-on.

Bagaimana jika saya sudah menggunakan Dropbox untuk kerja saya?

Anda tidak akan perlu menggunakan ruang dalam akaun peribadi anda lagi! Dengan menyediakan akaun Dropbox Business, kami memudahkan anda untuk berkongsi fail-fail besar dan bekerjasama dalam pasukan anda atau dengan penerima luar. Apabila anda menyertai pasukan, anda boleh memilih di mana fail anda akan disimpan dalam akaun sedia ada anda. Hanya pilih “Simpan fail-fail saya dalam Dropbox [MASUKKAN NAMA SYARIKAT]“ dan anda tidak perlu memuat naik atau berkongsi semula apa-apa!

Bagaimana jika saya sudah membayar untuk akaun Dropbox peribadi?

Tiada masalah! Dropbox akan membayar balik baki langganan akaun Pro / Plus anda secara automatik selepas anda menyertai akaun Dropbox Business [NAMA SYARIKAT]. Untuk maklumat lanjut tentang memindahkan akaun sedia ada, layari Pusat Bantuan kami.

Bagaimana jika saya ada fail peribadi dalam akaun Dropbox saya?

Jika anda mendaftar akaun peribadi menggunakan alamat e-mel kerja, anda boleh mengalihkan fail anda ke dalam akaun Dropbox peribadi menggunakan alamat e-mel peribadi apabila anda menyertai pasukan. Apabila diminta ke mana fail anda harus diletakkan, pilih “Alihkan fail saya ke Dropbox peribadi baru.“

Jika anda mendaftar akaun Dropbox dengan e-mel peribadi anda, akaun [NAMA SYARIKAT] anda tidak akan menjejaskan akaun peribadi anda. Fail peribadi anda akan masih sulit kepada anda. Jika anda memautkan akaun anda, anda akan masih dapat mengakses fail peribadi dan kerja dari mana sahaja, sementara masih menyimpannya secara berasingan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan akaun Dropbox Business baru anda, ambil latihan kendiri kami.

Salam sejahtera,

[NAMA PENTADBIR]

Hantar peringatan untuk jemputan SSO

Jika seminggu berlalu dan beberapa ahli pasukan masih tidak menerima jemputan SSO, hantar satu peringatan menggunakan templat ini.

Tajuk e-mel: Peringatan! Sertai Dropbox [SYARIKAT] hari ini

[MASUKKAN NAMA SYARIKAT] telah melaksanakan Dropbox Business untuk memastikan pasukan kita teratur, selaras, dan data syarikat selamat. Anda seharusnya sudah menerima satu e-mel yang menjemput anda untuk menyertai akaun perniagaan, tetapi nampaknya anda masih belum mendaftar. Ia mudah dan sepatutnya cuma mengambil beberapa minit, jadi sila luangkan masa sebelum [MASUKKAN TARIKH].

Untuk mula bekerjasama dengan semua rakan sekerja anda, sila layari https://www.dropbox.com/sso dan daftar menggunakan e-mel kerja anda. Jika anda perlukan bimbingan lanjut tentang mendaftar masuk, anda boleh dapatkan arahan di sini. Jika anda mengalami masalah untuk menyertai, sila balas di sini atau hubungi [MASUKKAN E-MEL] untuk mendapatkan bantuan.

Mengapa saya harus menyertai Pasukan Dropbox Business?

  • Akses fail anda daripada sebarang peranti, di mana jua
  • Pulihkan fail terhapus dan versi terdahulu 
  • Kongsi fail-fail besar tanpa bimbang tentang had lampiran
  • Prebiu dan komen dalam +150 jenis fail, tanpa memuat turun perisian tambahan
  • Dapatkan ruang storan tambahan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan akaun Dropbox Business baru anda, ambil latihan kendiri kami.

Terima kasih,

[NAMA PENTADBIR]

Jemput ahli pasukan anda ke latihan Dropbox

Sama ada ahli pasukan anda baru atau sudah pakar dengan Dropbox, produk Business kami membentangkan ciri-ciri dan kerumitan yang baru. Mujur sekali, kami menawarkan beberapa panduan dan latihan untuk membantu menyediakan pasukan anda, menjimatkan masa anda dan memastikan anda mendapat manfaat penuh daripada produk. Jemput ahli pasukan anda ke latihan dengan templat ini.

Baris subjek: Dapatkan latihan di Dropbox

[MASUKKAN NAMA SYARIKAT] baru-baru ini mula menggunakan Dropbox Business. Anda sepatutnya sudah menerima jemputan e-mel daripada Dropbox dan menyertai pasukan kami.

Dropbox menawarkan beberapa sumber latihan hebat untuk membantu menyediakan anda menggunakan produk. Jika anda masih baru kepada Dropbox, latihan ini akan mengajar anda perkara asas. Jika anda pernah menggunakan Dropbox sebelum ini, latihan akan menunjukkan anda butiran Dropbox Business, serta beberapa ciri-ciri baru dan lanjutan.

Terdapat tiga pilihan latihan yang berlainan:

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Daftar dalam sesi latihan, dan hadiri pada masa yang dijadualkan
  • Jika masa mengizinkan, lihat salah satu daripada sumber lain juga
  • Ketahui tentang pusat bantuan Dropbox supaya anda boleh menjawab pertanyaan mudah produk dan menyelesaikan masalah apabila ia timbul
  • Kongsi latihan ini dengan ahli pasukan anda yang lain.

Ada soalan? Hubungi PENTADBIR@NAMASYARIKAT.COM.

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan