Bagaimana untuk mula menggunakan akaun Dropbox Business baru anda

Selamat datang ke Dropbox Business! Panduan ini akan membimbing anda melalui lapan langkah mudah untuk memanfaatkan sepenuhnya akaun baru anda. Mengikuti langkah-langkah ini akan membantu anda kekal teratur, bekerjasama dengan lebih mudah, dan memastikan fail anda selamat.

1. Selaraskan fail ke Dropbox

Apabila anda memuat turun aplikasi desktop, Dropbox akan berfungsi seperti mana-mana folder lain pada komputer anda. Seret dan lepaskan (atau klik kanan) fail untuk mengalihnya ke dalam Dropbox anda. Ia akan diselaraskan secara automatik, dan anda akan dapat mengakses versi terkini dari mana sahaja.

kotak dengan tanda rait Muat turun dan pasang aplikasi desktop Dropbox pada komputer anda (komputer riba atau desktop)

2. Akses fail anda pada bila-bila masa, di mana jua

Selepas fail anda diletakkan dalam Dropbox, anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa menggunakan aplikasi desktop dan mudah alih kami, atau dengan melayari dropbox.com. Dengan aplikasi mudah alih, anda boleh mengakses, menyunting, dan meluluskan dokumen penting semasa di luar. Pelanggan Dropbox Business mempunyai manfaat tambahan kerana dapat bertukar antara akaun kerja dan peribadi, sementara masih menyimpan segala-galanya secara berasingan.

kotak dengan tanda rait Daftar masuk pada semua peranti

mentol Tahukah anda?

Anda boleh memulihkan fail terhapus dan versi fail terdahulu hingga 120 hari

3. Tambah segala-gala yang anda perlukan untuk kerja

Seret dan lepaskan fail kerja yang paling kerap digunakan ke dalam Dropbox anda. Kami cadangkan anda mengatur fail anda berdasarkan orang yang memerlukan akses, seperti mengikut jabatan, projek atau klien. Mana-mana fail yang anda simpan ke folder pasukan (folder dengan ikon bangunan) akan dikongsi dengan semua orang yang ada akses kepada folder itu secara automatik. Jika anda mengerjakan sesuatu yang sulit, anda boleh mencipta folder dengan akses terhad.

kotak dengan tanda rait Mula tambah fail sekarang

4. Kongsi fail dengan mudah bersama orang lain

  • Kongsi fail dengan syarikat saya: Tambah fail ke ruangan pasukan anda, sebuah hab pusat untuk kandungan bagi memastikan semua ahli pasukan sedia maklum dengan versi fail terkini.
  • Jemput orang untuk menyunting fail saya: Cipta folder kongsian untuk menyemak dan menyunting fail dengan orang lain, seperti klien atau kontraktor.
  • Jemput orang untuk melihat fail saya: Langkau lampiran e-mel dan jana pautan kongsian, yang mana akan mengemas kini secara automatik apabila fail disunting.
  • Pungut fail daripada orang lain: Sediakan permintaan fail, di mana pengguna boleh memuat naik fail terus ke Dropbox anda.

kotak dengan tanda rait Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian

Cipta folder kongsian
Cipta folder kongsian
Kongsi pautan ke fail individu
Kongsi pautan ke fail individu

mentol Tahukah anda?

Anda boleh nampak siapa yang melihat fail anda dan bila, jadi anda boleh melangkau e-mel susulan

5. Jemput lagi ramai ahli pasukan

Sama ada anda sedang bekerjasama dalam projek besar atau cuma bertukar-tukar beberapa fail, Dropbox dicipta untuk pasukan. Jika syarikat anda baru mula menggunakan Dropbox, cadangkan beberapa rakan sekerja untuk menyertai pasukan anda.

kotak dengan tanda rait Tambah beberapa ahli pasukan

6. Jimatkan ruang pemacu keras dengan Smart Sync

Smart Sync ialah satu ciri Dropbox yang membolehkan anda melihat dan mengakses setiap fail dan folder dalam Dropbox anda, terus daripada desktop anda, sementara langsung tidak menggunakan ruang pada pemacu keras anda. Ia cara yang sempurna untuk mendapat balik banyak ruang tanpa mengubah aliran kerja anda.

kotak dengan tanda rait Ketahui lebih lanjut Smart Sync

mentol Tahukah anda?

Anda boleh melihat pratonton dan menulis komen pada kebanyakan jenis fail dalam Dropbox, tanpa memuat turun perisian tambahan

7. Sambungkan Dropbox ke aplikasi kegemaran anda

Kurangkan gangguan dalam aliran kerja anda dengan menyambungkan Dropbox ke aplikasi kegemaran anda. Sama ada anda menggunakan Aplikasi Google, Microsoft Office, Adobe, Slack, atau Salesforce, kemungkinan besar kami ada integrasi untuk anda. Sila lihat senarai rakan niaga kami, dan cuba sambungkan sekurang-kurangnya satu aplikasi pihak ketiga semasa anda bermula.

kotak dengan tanda rait Sambungkan aplikasi pihak ketiga

8. Belajar lebih lanjut mengenai Dropbox

Ada banyak lagi tentang Dropbox daripada sekadar menyelaraskan fail dan folder. Walaupun panduan ini akan membimbing anda melalui kebanyakan langkah penting untuk bermula, anda dan pasukan anda boleh mempelajari lebih banyak lagi dengan sumber-sumber ini.

kotak dengan tanda rait Ambil latihan kendiri

kotak dengan tanda rait Belajar lebih lanjut tentang Dropbox dalam pusat bantuan

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan