Artikel ini membincangkan soalan-soalan lazim daripada pentadbir pasukan Dropbox Business. Jika anda ada soalan yang tidak dijawab di sini, anda boleh mendaftar untuk latihan percuma Dropbox dalam talian bersama pelatih secara langsung.
Jika anda seorang ahli pasukan atau mempunyai akaun Basic, Professional, atau Plus, semak soalan lazim untuk akaun individu.
Apakah perbezaan antara folder pasukan dan folder kongsian?
Folder kongsian adalah folder yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja untuk berkongsi fail.
Folder pasukan hanya boleh dicipta oleh pentadbir Pasukan Dropbox Business, yang juga boleh mencipta subfolder di dalam folder pasukan dan memilih ahli mana yang memiliki akses kepada setiap satu.
Ketahui lebih lanjut tentang folder pasukan.
Jika saya sudah ada folder biasa, bolehkah saya menukarnya menjadi folder pasukan?
Tidak, hanya pentadbir pasukan Dropbox Business boleh mencipta folder pasukan.
Ketahui lebih lanjut tentang folder pasukan.
Bagaimana penghapusan jarak jauh berfungsi semasa menggantung atau menghapuskan ahli daripada Dropbox?
Ahli pasukan yang digantung akan kehilangan akses serta-merta kepada akaun Dropbox Business mereka, termasuk semua fail, folder, dan dokumen Paper. Apabila pentadbir pasukan menggantung ahli, mereka ada pilihan untuk menghapuskan fail ahli tersebut daripada sebarang peranti yang mereka mungkin telah pautkan ke Dropbox.
Ketahui lebih lanjut tentang menggantung atau menghapuskan ahli daripada Dropbox.
Selepas saya menjemput ahli ke dalam kumpulan saya, bagaimana saya mengubahnya kepada akses lihat-sahaja?
Untuk membataskan akses ahli kumpulan, anda boleh buang mereka daripada kumpulan dan kemudian jemput mereka sebagai ahli folder kongsian individu dengan akses "boleh lihat". Atau jemput setiap ahli secara individu untuk menetapkan keizinan melihat atau menyunting yang jelas untuk setiap ahli.
Ketahui lebih lanjut tentang kumpulan Dropbox.
Bolehkah seorang pentadbir pasukan menghapuskan atau menukar peranan pentadbir pasukan yang lain?
Ia bergantung pada jenis pasukan anda. Pentadbir dalam pasukan Dropbox Business Advanced atau Enterprise boleh memiliki sama ada keizinan global, yang membolehkan mereka untuk menghapuskan atau menukar peranan pentadbir pasukan yang lain, atau menetapkan keizinan yang lebih terbatas.
Dalam pasukan Standard, semua pentadbir mempunyai keizinan yang sama dan boleh menghapuskan atau menukar peranan pentadbir yang lain.
Ketahui lebih lanjut tentang keizinan untuk pentadbir pasukan.
Mengapa pentadbir pasukan mungkin tidak nampak pilihan untuk memulihkan ahli pasukan?
Terdapat beberapa sebab mengapa pentadbir pasukan mungkin tidak nampak pilihan untuk memulihkan ahli pasukan:
- Ahli telah dihapuskan lebih dari tujuh hari yang lalu. Selepas tujuh hari, pentadbir boleh menggunakan pemindahan akaun untuk memindahkan fail ke akaun ahli pasukan baru.
- Pentadbir telah menggunakan pemindahan akaun pada akaun ahli yang dihapuskan
- Pentadbir telah memilih untuk menghapuskan secara kekal ahli tersebut
- Ahli telah dipulihkan oleh Sokongan Dropbox
- Ahli telah dijemput, tetapi tidak pernah menyertai pasukan anda
- Ahli telah dihapuskan oleh aplikasi yang menggunakan versi pertama Dropbox API
Ketahui lebih lanjut tentang memulihkan ahli pasukan.
Bolehkah laporan aktiviti diautomasikan?
Tidak, laporan aktiviti tidak boleh diautomasikan.
Bolehkah saya mengosongkan log aktiviti? Adakah log aktiviti akan dikosongkan untuk ahli selepas dia dihapuskan?
Tidak, log aktiviti tidak boleh dikosongkan. Aktiviti ahli akan kekal dalam log aktiviti, tetapi e-mel bagi ahli yang dihapuskan boleh dibuang sejurus selepas akaun dihapuskan.
Berapa lama masa yang diambil untuk ahli digantung atau dihapuskan?
Penggantungan dan penghapusan akan berkuat kuasa serta-merta.