Soalan Lazim Dropbox

Artikel ini membincangkan soalan lazim daripada pengguna yang mempunyai akaun Dropbox Plus, Professional, Basic serta ahli pasukan Business.

Perhatian: Soalan ahli pasukan berada di bahagian bawah artikel ini. 

Jika anda ada soalan yang tidak dijawab di sini, anda boleh mendaftar untuk latihan dalam talian percuma Dropbox bersama pelatih secara langsung

Jika anda pentadbir pasukan Dropbox Business, lihat Soalan Lazim kami untuk pentadbir pasukan

Mengapa fail saya tidak menyelaras?

Terdapat beberapa sebab mengapa fail anda tidak menyelaras. Pertama sekali, pastikan bahawa:

  • Komputer, telefon, atau tablet anda bersambung ke Internet
  • Anda mendaftar masuk ke akaun Dropbox yang sama pada peranti itu
  • Fail atau folder itu terletak di dalam folder Dropbox pada komputer anda

Kemudian, baca artikel penyelesaian masalah penyelarasan kami untuk membaiki isu-isu lazim

kotak dengan tanda raitAnda juga boleh menonton video penyelesaian masalah penyelarasan kami

Mengapa ikon aplikasi desktop saya kadangkala hilang?

Ikon Dropbox hanya akan muncul jika aplikasi desktop Dropbox sedang berjalan. Untuk membuka aplikasi desktop Dropbox:

  • Windows: Klik menu Start, kemudian klik Program, kemudian cari dan jalankan aplikasi Dropbox
  • Mac: Buka folder Aplikasi, kemudian cari dan jalankan aplikasi Dropbox 
  • Linux: Klik menu Aplikasi, kemudian buka folder Internet, kemudian cari dan jalankan aplikasi Dropbox

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang ikon Dropbox pada desktop anda.

Bagaimana saya menyemak pelan mana yang saya ada?

Anda boleh menyemak pelan mana yang sedang digunakan dengan melayari dropbox.com/account/plan.

Adakah item-item dalam fail terhapus saya menggunakan ruang storan?

Tidak, fail terhapus tidak akan dikira terhadap ruang storan anda. 

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang fail terhapus.

Bolehkah saya mempunyai folder kongsian di dalam folder kongsian?

Anda hanya boleh berkongsi folder di dalam folder kongsian yang lain jika anda ada akaun Dropbox Business. 

Jika anda tiada akaun Dropbox Business, anda boleh:

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang folder kongsian di dalam folder kongsian lain.

Bagaimana saya menyunting fail daripada peranti mudah alih?

Anda boleh menyunting sesetengah jenis fail terus dari aplikasi mudah alih Dropbox:

  1. Buka aplikasi Dropbox pada peranti mudah alih anda.
  2. Tekan Fail.
  3. Tekan fail yang ingin disunting. 
  4. Tekan butang kursor di sudut bawah kiri. 

Jika anda tidak nampak butang kursor, ini boleh jadi kerana anda tiada akses menyunting kepada fail ataupun peranti mudah alih anda tiada aplikasi yang diperlukan untuk menyunting fail itu.

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang Dropbox pada peranti mudah alih anda

Apakah perbezaan antara Dropbox Paper dan dokumen Google?

Dropbox Paper lebih daripada sekadar pemproses perkataan dalam talian—ia satu peralatan yang membantu pasukan anda bekerjasama, semuanya di satu tempat. 

Dengan Dropbox Paper, anda boleh:

  • Menyerahkan tugasan dan tarikh akhir kepada diri sendiri atau ahli sepasukan
  • Menambah sebarang jenis media atau fail kepada dokumen
  • Berkongsi dokumen dengan sesiapa sahaja dengan mudah, walaupun mereka tiada Dropbox

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang Dropbox Paper

Ahli pasukan: Mengapa saya melihat folder yang berlainan di Dropbox berbanding ahli pasukan saya?

Folder pasukan boleh dicipta dan dikongsi dengan orang yang berlainan, yang mungkin menyebabkan anda melihat set folder yang berlainan berbanding ahli pasukan anda.

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang folder pasukan.

Ahli pasukan: Apakah perbezaan antara folder pasukan dan folder kongsian?

Folder kongsian adalah folder yang boleh dicipta oleh sesiapa sahaja untuk berkongsi fail.

Folder pasukan hanya boleh dicipta oleh pentadbir Pasukan Dropbox Business, yang juga boleh mencipta subfolder di dalam folder pasukan dan memilih ahli mana yang memiliki akses kepada setiap satu. 

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang folder pasukan

Ahli pasukan: Bagaimana saya tahu siapa yang menghapuskan fail?

Fail-fail dalam akaun Dropbox anda hanya boleh dihapuskan oleh anda. 

Fail-fail di dalam folder kongsian boleh dihapuskan oleh mana-mana ahli lain yang ada akses menyunting kepada folder. Pentadbir pasukan anda boleh melihat log aktiviti untuk melihat siapa yang menghapuskan fail di dalam folder pasukan. 

kotak dengan tanda raitKetahui lebih lanjut tentang log aktiviti

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan