Dropbox melakukan lebih daripada setakat menyandarkan fail. Ia menyelaraskan fail ke serata peranti anda, dan membolehkan anda berkongsi fail itu dan bekerjasama di awan dengan mudah. Bermula dengan Dropbox dalam 5 langkah mudah.
1. Pasang aplikasi Dropbox
Terdapat 3 cara untuk mengakses akaun anda: aplikasi mudah alih, aplikasi desktop, dan laman web Dropbox. Untuk memanfaatkan Dropbox sepenuhnya, pasangkan aplikasi pada telefon, tablet, dan komputer anda.
Lakukan perkara ini!
Muat turun dan pasang aplikasi desktop Dropbox pada komputer (komputer riba atau desktop) anda
Muat turun dan pasang aplikasi mudah alih Dropbox pada telefon atau tablet anda
Petunjuk
Selepas anda memasang aplikasi desktop, anda akan nampak folder Dropbox pada pemacu keras komputer anda. Fail-fail di dalam folder ini akan diselaraskan ke Dropbox, bermakna anda boleh mengaksesnya daripada sebarang peranti.
Blok binaan
Awan: Dropbox ialah sebuah perkhidmatan "awan". Ini bermakna bahawa fail-fail anda akan disimpan pada pelayan selamat kami di sebalik pada komputer, telefon, atau tablet anda. Pelayan cumalah sejenis komputer lain yang boleh diakses dengan sambungan internet.
2. Daftar masuk ke akaun anda
Laman web, aplikasi desktop, dan aplikasi mudah alih Dropbox adalah seperti jalan masuk yang membenarkan anda (dan hanya anda!) mengakses akaun anda.
Lakukan perkara ini!
Daftar masuk ke setiap aplikasi menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang sama.
Petunjuk
Mendaftar masuk dengan alamat e-mel dan kata laluan yang sama membolehkan penyelarasan untuk berfungsi. Ia juga membantu memastikan anda akan nampak fail yang sama tidak kira peranti mana yang digunakan untuk mengakses akaun Dropbox anda.
Blok binaan
Aplikasi desktop: Dengan aplikasi desktop Dropbox, fail-fail akan disimpan di awan, tetapi salinan "sandaran" juga akan disimpan di dalam folder Dropbox pada komputer anda; fail di dalam folder ini masih menggunakan ruang storan pada pemacu keras anda.
3. Tambah fail ke Dropbox
Anda boleh menambah fail ke Dropbox dalam beberapa cara lain.
Lakukan perkara ini!
Pada aplikasi desktop Dropbox, tambah fail dengan menyeret dan melepaskan fail
Pada telefon atau tablet, buka aplikasi Dropbox dan klik ikon + untuk memuat naik fail
Di dropbox.com, tambah fail menggunakan butang Muat naik atau dengan menyeret dan melepaskan fail
Petunjuk
Anda boleh menambah (dan melihat pratonton) hampir sebarang jenis fail ke Dropbox. Jika anda menambah banyak fail ke Dropbox sekaligus, ia boleh mengambil masa untuk muat naik kali pertama selesai.
Blok binaan
Jenis fail: Anda boleh menambah (dan melihat pratonton) hampir sebarang jenis fail ke Dropbox. Bagaimanapun, terdapat batasan tertentu berdasarkan sistem pengendalian komputer anda.
4. Kongsi dengan sesiapa sahaja
Anda boleh berkongsi sebarang fail yang disimpan dalam Dropbox. Anda juga boleh mengawal siapa yang melihatnya, dan untuk berapa lama. Dan disebabkan oleh keajaiban penyelarasan, orang yang anda kongsikan sentiasa melihat versi fail terkini.
Lakukan perkara ini!
Kongsi akses lihat sahaja kepada barangan anda
Jemput orang lain untuk menyunting fail anda bersama anda
Petunjuk
Fail kongsian adalah baca-sahaja, bermakna orang boleh melihat dan menulis komen, tetapi tidak boleh membuat suntingan. Folder kongsian boleh jadi baca-sahaja, atau anda boleh membenarkan orang menyunting fail di dalam folder.
Jika seseorang berkongsi dengan anda, anda boleh klik pautan dalam e-mel ataupun pemberitahuan yang diterima, atau tambahkan folder kongsian ke akaun anda.
Blok binaan
Memuat turun: Jika anda memuat turun fail dalam pautan kongsian dan menambahnya ke Dropbox anda, anda tidak akan melihat sebarang pengemaskinian akan datang untuk fail tersebut—memuat turun akan mencipta versi fail anda sendiri.
5. Selaraskan fail
Dengan Dropbox, anda boleh mengakses fail anda pada sebarang peranti yang dipautkan ke akaun anda. Ciri ini—yang kami panggil "Penyelarasan"—merupakan teras fungsi Dropbox. Ini bermakna versi fail terkini akan sentiasa berada di hujung jari anda.
Lakukan perkara ini!
Pastikan anda telah memasang aplikasi Dropbox pada semua peranti anda, dan mendaftar masuk ke setiap satu dengan alamat e-mel dan kata laluan yang sama; kemudian tambahkan fail ke Dropbox.
Seterusnya, buka fail itu dalam Dropbox, sunting, simpan, dan tutup—anda akan nampak suntingan ini terpantul di semua tempat lain yang anda gunakan untuk mengakses akaun anda.
Petunjuk
Penyelarasan berlaku secara automatik—muat naik / muat turun manual tidak diperlukan.
Blok binaan
Penyelarasan: Sama ada anda menambah fail ke Dropbox atau membuangnya, perubahan itu akan terpantul pada semua peranti lain yang anda gunakan untuk menyambung ke Dropbox. Contohnya, jika anda menghapuskan fail daripada folder Dropbox pada komputer, anda tidak lagi akan nampak fail itu di laman web Dropbox atau pada telefon anda.
6. Langkah seterusnya
Terima kasih kerana membaca! Jika anda sudah selesai dengan panduan blok binaan, sila baca panduan penguasaan. Anda akan menemui pengenalan kepada ciri-ciri lanjutan, penyelesaian masalah pantas, dan banyak lagi.