Jika anda belum melakukannya, sila tandakan setiap item dalam senarai semak Bermula. Sudah selesai dengan itu? Maka anda bersedia untuk menguasai Dropbox!
1. Simpan fail anda dengan selamat
Verifikasi dua langkah adalah satu kemestian. Dengan menghidupkan ciri ini, anda memerlukan nama pengguna, kata laluan serta kod sekali untuk mendaftar masuk ke Dropbox. Jika peranti anda hilang atau dicuri atau jika seseorang menemui kata laluan anda, fail anda akan masih selamat!
Lakukan perkara ini!
Hidupkan verifikasi dua langkah
Petunjuk
Anda boleh menyemak status akaun anda sekali-sekala menggunakan alat pemeriksaan keselamatan kami. Anda juga boleh menguruskan tetapan akaun lain menerusi menu Tetapan di laman web Dropbox.
Blok binaan
Kebersihan akaun: Sentiasa tetapkan kata laluan yang unik bagi setiap aplikasi atau perkhidmatan yang anda gunakan, dan jangan gunakan balik kata laluan. Dengan ini isu keselamatan pada satu aplikasi atau perkhidmatan tidak akan menjejaskan yang lain.
2. Mulakan dokumen Paper
Paper lebih daripada sekadar dokumen―ia satu ruangan kerja untuk proses kreatif anda (atau pasukan anda). Tulis dan sunting bersama orang lain pada masa nyata, dapatkan maklum balas, sumbang saran, semak dan luluskan kerja, malah uruskan projek dari tempat anda bekerja. Ia disertakan secara percuma dengan akaun Dropbox anda.
Lakukan perkara ini!
Mulakan dokumen Paper
Petunjuk
Anda boleh memilih untuk berkongsi dokumen Paper, dan sama ada orang yang anda kongsikan boleh menyunting, melihat atau menulis komen dalam dokumen itu.
Blok binaan
Dokumen dan fail: Kami banyak menggunakan istilah "doc" dalam Dropbox. Ini cumalah singkatan untuk "dokumen." Satu dokumen bersamaan dengan satu fail (dalam situasi ini fail Paper).
3. Suaikan aplikasi mudah alih Dropbox
Untuk memanfaatkan Dropbox sepenuhnya, kenali beberapa ciri khas dalam aplikasi mudah alih kami. Dengan muat naik kamera, foto dan video daripada telefon anda akan disimpan secara automatik ke Dropbox. Pengimbas dokumen membolehkan anda menggunakan kamera telefon anda untuk mengimbas dan memuat naik dokumen yang dicetak. Fail luar talian akan menyediakan fail Dropbox pada telefon atau tablet anda, walaupun anda tiada sambungan Internet atau perkhidmatan selular.
Lakukan perkara ini!
Hidupkan Muat naik kamera
Gunakan telefon anda untuk mengimbas dokumen
Sediakan fail di luar talian
Petunjuk
Anda boleh menguruskan pemberitahuan dan perkara lain menerusi menu tetapan yang sama.
Blok binaan
Berkongsi: Fail dan folder kongsian mempunyai tempat yang unik dalam Dropbox—jika anda menghapuskannya, ia akan dihapuskan secara automatik untuk semua orang yang berkongsi dengan anda.
4. Ikon penyelarasan dan akses fail mudah
Apl desktop Dropbox akan mencipta satu folder Dropbox pada komputer anda untuk akses fail yang mudah. Ia juga mempunyai dua ciri hebat yang lain: ikon penyelarasan menunjukkan status penyelarasan fail, sementara ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) komputer anda memberikan paparan pantas bagi fail dan aktiviti akaun anda.
Lakukan perkara ini!
Ketahui makna bagi setiap ikon penyelarasan fail dan status Dropbox
Cari ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda
Petunjuk
Apabila anda menyalin fail ke Dropbox dari lokasi lain pada komputer anda, fail itu sepatutnya muncul di dalam folder Dropbox dengan serta-merta. Tetapi sila ingat fail ini mungkin belum dimuat naik sepenuhnya. Semak ikon status penyelarasan untuk mendapat kepastian.
Blok binaan
Fail terhapus dan penyelarasan: Jika anda menghapuskan fail daripada folder Dropbox pada komputer anda, maka fail ini akan dihapuskan daripada keseluruhan Dropbox.
5. Pulihkan fail terhapus atau versi lama
Selain daripada menjadi satu tempat teratur untuk semua fail anda, Dropbox juga menyimpan petikan aktiviti tentang sejarah akaun anda—fail terhapus atau versi fail terdahulu, hanya dalam satu klik.
Lakukan perkara ini!
Undur kepada versi fail lebih lama
Pulihkan fail atau folder terhapus
Petunjuk
Dropbox hanya boleh membantu anda memulihkan fail terhapus atau versi fail terdahulu jika fail itu disimpan dalam Dropbox.
Blok binaan
Penghapusan dan folder kongsian: Jika anda menghapus atau mengalihkan fail di dalam folder kongsian, perubahan ini akan memberi kesan kepada semua ahli folder tersebut. Jika ini berlaku, gunakan carian fail untuk mengetahui apa yang berlaku atau, jika anda dalam pasukan Dropbox Business, hubungi pentadbir pasukan anda.
Langkah-langkah seterusnya
Terima kasih kerana membaca! Jika anda sudah selesai dengan panduan penguasaan ini, sila mara ke panduan petua & pintasan kami. Anda akan menemui petua penjimatan masa dan ciri-ciri "Saya tak tahu Dropbox boleh melakukan itu!"