Ciri-ciri dan kemas kini produk Dropbox yang baru

Ketahui tentang ciri-ciri terbaru untuk pengguna akhir dan pentadbiran.

November 2020

Ciri-ciri keselamatan baru

Tiga ciri keselamatan baru akan dilancarkan, menawarkan penyesuaian dan metrik yang dipertingkat:

  • Amaran dan pemberitahuan: Dapatkan pemberitahuan masa nyata sekiranya berlaku tingkah laku yang mencurigakan, aktiviti berisiko dan potensi kebocoran data. Tersedia dalam Dropbox Enterprise.
  • Laporan perkongsian luar: Lihat bagaimana data anda sedang dikongsi di luar syarikat anda. Tersedia dalam beta untuk pasukan Dropbox Enterprise dan Business Advanced.
  • Klasifikasi data: Labelkan data peribadi dan sensitif untuk mengenal pasti dan mencegah maklumat sensitif daripada didedahkan. Tersedia dalam beta untuk pasukan Dropbox Enterprise.

Keupayaan pegangan data baru

Kini pasukan Dropbox Business yang menggunakan Penambahan Tadbir Urus Data boleh menetapkan dasar pegangan data untuk lebih mematuhi syarat keperluan pematuhan dan peraturan. Penambahan Tadbir Urus Data tersedia kepada semua pasukan Dropbox Business sebagai pembelian tambahan.

Trafik dan metrik untuk pasukan

Pasukan Dropbox Business Advanced dan Enterprise kini mempunyai akses kepada trafik dan metrik untuk pautan kongsian. Dengan ciri-ciri ini, pengguna boleh menjejak interaksi pautan kongsian mereka dengan mudah. Untuk mana-mana pautan yang mereka cipta, mereka akan nampak siapa yang telah melayari, jenis peranti yang digunakan, bila ia diakses dan sama ada ia dilihat atau dimuat turun.

Perkongsian berjenama untuk pasukan

Peningkatan perkongsian berjenama kini tersedia dalam Dropbox Business Standard, Advanced, dan Enterprise. Perkongsian berjenama memberi anda keupayaan untuk membentangkan fail dengan logo anda, nama syarikat dan imej latar belakang. Penerima akan melihatnya apabila mereka melihat pautan kongsian dan di dalam pemberitahuan e-mel untuk pautan. Pentadbir boleh menetapkan penjenamaan untuk seluruh pasukan; pentadbir Advanced dan Enterprise juga boleh membenarkan ahli pasukan untuk menetapkan penjenamaan untuk akaun individu mereka.

Papan pemuka statistik yang dikemas kini

Kami telah menjadikan papan pemuka statistik sebagai halaman pertama yang akan dilihat oleh pentadbir Dropbox Enterprise apabila mereka mendaftar masuk ke konsol pentadbir.

Kawalan pentadbiran dipertingkat untuk pengguna desktop

Kini pentadbir Dropbox Business boleh mengubah suai tetapan aplikasi desktop Dropbox untuk pengguna individu, jabatan atau lokasi. Pentadbir boleh menyesuaikan tetapan rangkaian seperti had lebar jalur dan kawalan data seperti pilihan Smart Sync. Tetapan ini tersedia untuk pemasangan Windows sahaja buat masa ini.

Sandaran komputer untuk pasukan kerja

Kini pengguna Dropbox Business boleh menyandarkan dan menyelaraskan folder komputer “Desktop”, “Muat turun”, dan “Dokumen” mereka ke Dropbox secara automatik. Pentadbir akan dapat menghidupkan atau mematikan ciri ini dari konsol pentadbir dan melihat jika pengguna telah menghidupkan atau mematikan ciri ini dalam log audit.

Passwords Beta untuk pasukan kerja

Storan kata laluan dan alat penyelarasan baru kami, Dropbox Passwords, kini tersedia dalam beta untuk semua pengguna Dropbox Standard dan Advanced. Pentadbir akan dapat menghidupkan dan mematikan ciri ini dari konsol pentadbir, dan melihat siapa yang telah mengaktifkan Passwords dalam log audit.

Aplikasi baru dalam Dropbox App Center

Kami telah menambah aplikasi baru kepada Dropbox App Center untuk membantu anda bekerja menggunakan peralatan kegemaran anda dan meningkatkan aliran kerja anda.

Ikut folder kongsian

Kini anda boleh kekal sedia maklum dengan mengikuti folder kongsian. Semasa mengikuti folder, pengguna akan menerima e-mel apabila ia dikemas kini. E-mel boleh disesuaikan mengikut tindakan—penambahan atau penghapusan—serta kekerapan—dengan segera atau setiap hari.

Kemas kini ciri perkongsian

Kami akan menamatkan Showcase pada 31 Januari 2021. Beberapa ciri Dropbox Showcase telah dialihkan ke dalam alat perkongsian Dropbox yang lain. Perkongsian berjenama serta trafik dan metrik kini disediakan untuk semua pautan kongsian, dan Dropbox Transfer membolehkan pengguna untuk menghantar fail akhir dengan mudah dan selamat. Semua ciri perkongsian ini disediakan dalam Dropbox Pro dan Business. 

Ketahui lebih lanjut tentang pengemaskinian ciri perkongsian dalam pusat bantuan kami.

Oktober 2020

Pelan Dropbox Family baru kini tersedia

Dropbox Family membolehkan keluarga kekal teratur dengan satu pelan untuk semua orang. Family mempunyai akaun yang berasingan untuk hingga enam orang dan disertakan dengan semua ciri dalam Dropbox Plus. Semua ahli pelan boleh mengakses Folder Family untuk menyimpan dan melihat kandungan keluarga yang dikongsi. Dropbox Family disertakan dengan 2,000 GB storan awan yang disulitkan dan Dropbox Passwords, Dropbox Vault, sandaran komputer dan banyak lagi.

Hantar fail secara langsung dari Adobe Creative Cloud

Dropbox Transfer untuk Creative Cloud membolehkan pengguna Adobe Creative Cloud memperkemaskan cara mereka menghantar projek muktamad kepada pihak-pihak berkepentingan. Anda akan nampak item Dropbox Transfer baru dalam menu Plugins Adobe Photoshop. Dari sana, anda boleh mempakejkan dan menghantar fail anda hanya dengan beberapa klik. Plugin ini disediakan untuk Adobe Photoshop buat masa ini, dengan lebih banyak aplikasi Creative Cloud akan datang tidak lama lagi.

Penyelarasan terpilih kini dihidupkan untuk pasukan secara lalai

Penyelarasan terpilih, satu ciri dalam aplikasi desktop Dropbox yang membolehkan anda memilih folder supaya diselaraskan secara automatik ke awan, kini dihidupkan secara lalai untuk semua ahli pasukan—memberi pengguna lebih kawalan ke atas ruang pemacu keras mereka. Semua folder yang dibuang dari pemacu keras akan terus disimpan di dropbox.com.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih dalam pusat bantuan kami.

Lihat fail terhapus dalam carian halaman tab Kandungan

Satu kemas kini terhadap halaman tab Kandungan membolehkan pentadbir untuk mengenal pasti fail terhapus di dalam folder pasukan. Kini anda boleh mencari fail yang dihapuskan secara tidak sengaja dengan pantas dan memulihkannya dengan mudah.

Ketahui lebih lanjut tentang menguruskan kandungan pasukan dalam pusat bantuan.

Kini Dropbox Vault tersedia dalam Dropbox Professional

Dropbox Vault, sebuah folder yang dilindungi oleh PIN untuk menyimpan dan mengatur dokumen sensitif di awan, kini tersedia kepada semua pengguna Dropbox Professional.

Pengumuman ciri baru terdahulu

September 2020

Hantar foto dan video Facebook ke Dropbox

Integrasi baru kami dengan Facebook membolehkan anda menghantar foto dan video terus ke dalam Dropbox. Setelah fail berada dalam Dropbox, anda boleh mengatur fail anda dan mengawal siapa yang mempunyai akses kepada kandungan kongsian.

Ketahui lebih lanjut tentang integrasi dengan Facebook dalam pusat bantuan kami.

Aliran kerja lancar untuk pengguna media

Penambahan Alat Kreatif terbaru kami melancarkan kerjasama dan aliran kerja untuk pengguna media—semuanya tanpa meninggalkan Dropbox:

  • Penghantaran fail besar—Hantar dan jejak fail hingga 250 GB (sebelum ini 100 GB) tanpa menggunakan ruang dalam akaun Dropbox anda serta gabungkan dan lancarkan peralatan penghantaran fail
  • Tulis komen tepat pada bingkai—Buat komen dengan tepat di sebelah video sehingga ke bingkai 
  • Pratonton fail besar—Strim dan lihat pratonton fail video hingga 150 GB tanpa perlu memuat turun aplikasi asal

Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri untuk pengguna media dalam pusat bantuan kami.

Lebih kawalan dan keselamatan untuk perkongsian luar

Menghidupkan tetapan baru akan memberi anda keupayaan untuk meluluskan atau membuang domain, pasukan dan pengguna yang boleh berkongsi dengan pasukan anda. Tetapan perkongsian luar akan dikenakan kepada fail, folder dan pautan kongsian di seluruh web, desktop dan mudah alih. Tiada perhubungan perkongsian sebelum ini akan terjejas.

Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian luar dalam pusat bantuan kami.

Ciri-ciri yang ditambah kepada Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan

Ciri-ciri baru yang ditambah kepada Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan membolehkan anda mendaftar masuk ke BetterCloud menggunakan kelayakan Dropbox anda dan mencipta ekspresi regular tersuai untuk mengimbas fail untuk jenis data tersuai menjangkau 95 jenis data yang diprabina.

Dapatkan butiran mengenai penambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan dalam pusat bantuan kami.

Integrasi baru dengan sistem pengurusan pembelajaran Canvas

Kini pelajar dan fakulti boleh berkongsi kandungan kursus termasuk kerja rumah, slaid kuliah dan silibus ke Canvas secara langsung dari Dropbox. Pengguna juga boleh mengakses kandungan Dropbox mereka terus dari Canvas. 

Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Canvas dalam pusat bantuan kami.

Menamatkan sokongan untuk Microsoft Internet Explorer 11

Mulai Oktober 2020, Dropbox tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 11. Jika ahli pasukan anda sedang menggunakan Internet Explorer 11, kami syorkan supaya mereka menaik taraf kepada versi terbaru pelayar Microsoft Edge, Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Apple Safari. 

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat keperluan sistem dalam pusat bantuan kami.

Ogos 2020

Tandatangani dokumen terus dari Dropbox

Tandatangan elektronik terbenam sepenuhnya menerusi penyelesaian eTandatangan HelloSign kami kini tersedia dalam Dropbox. Kini anda boleh menghantar, menandatangan dan menyimpan perjanjian yang disimpan dalam akaun anda tanpa meninggalkan Dropbox.

Dapatkan butiran tentang menggunakan Dropbox dengan HelloSign dalam pusat bantuan kami.

Ciri-ciri perkongsian Professional baru

Dropbox Professional kini disertakan dengan dua peningkatan perkongsian baru. Perkongsian berjenama memberi anda keupayaan untuk membentangkan fail dengan logo anda, nama syarikat dan imej latar belakang. Dan ciri-ciri trafik dan metrik baru kami membolehkan anda menjejak interaksi pautan kongsian, memaparkan maklumat seperti berapa ramai orang yang melihat dan memuat turun fail anda.

Maklumat lanjut mengenai ciri-ciri perkongsian Dropbox Professional tersedia dalam pusat bantuan kami.

Sokongan aplikasi Fail Chrome OS

Pengguna Chrome OS kini boleh menambah Dropbox sebagai perkhidmatan dalam aplikasi Fail. Menambah Dropbox akan membolehkan anda menambah, mencari dan memaparkan pratonton fail yang disimpan dalam akaun anda dan menyalinnya ke perkhidmatan bersambung lain. Pelanggan yang membeli Chromebook akan menerima 100 GB ruang Dropbox percuma selama setahun.

Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Dropbox dalam aplikasi Fail Chrome OS dalam pusat bantuan kami.

Ciri-ciri mudah alih dan aplikasi baru

Kini aplikasi mudah alih Dropbox disertakan dengan alat penghantaran fail Dropbox Transfer, keupayaan untuk mencari imej melalui kata kunci dan sokongan untuk mod gelap. Selain itu, kami telah melancarkan dua aplikasi mudah alih baru: Dropbox Scan, yang membolehkan anda menukar dokumen fizikal menjadi PDF berkualiti tinggi, dan Dropbox Passwords, yang membolehkan anda menyimpan kata laluan dan menyelarasnya ke semua peranti anda.

Kini Dropbox Transfer tersedia kepada pengguna iOS dalam pelan Professional kami dengan pelan lain dan sokongan Android tidak lama lagi. Carian imej tersedia dalam pelan Professional dan Business kami. Mod gelap kini tersedia kepada semua pengguna iOS dan akan dilancarkan kepada pengguna Android sepanjang beberapa bulan akan datang. Scan tersedia kepada semua pengguna iOS. Passwords disertakan dalam pelan Plus dan Professional kami.

Baca lebih lanjut mengenai ciri-ciri mudah alih dan aplikasi baru kami dalam blog kami.

Pengecam teks imej automatik

Pengecam teks imej automatik kini tersedia untuk pasukan Dropbox Business Standard menerusi program akses awal kami. Pentadbir boleh mengubah suai tetapan untuk pasukan mereka dengan melayari konsol pentadbir.

Ketahui lebih lanjut tentang pengecam teks imej automatik dalam pusat bantuan kami.

Cari mengikut orang

Kini anda boleh membuat carian mengikut nama atau alamat e-mel kolaborator untuk melihat senarai semua fail yang boleh diakses oleh anda dan dikerjakan oleh orang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencari dalam Dropbox, layari pusat bantuan kami.

Dropbox Passwords

Storan kata laluan dan alat penyelarasan baru kami, Dropbox Passwords, kini tersedia kepada semua pengguna Dropbox Plus dan Professional.

Baca lebih lanjut tentang Dropbox Passwords dalam pusat bantuan kami

Sandaran komputer

Pengguna Dropbox Basic, Plus, dan Professional kini boleh menyandarkan folder pada PC atau Mac mereka—termasuk Desktop, Muat turun, dan Dokumen—terus ke dalam Dropbox.

Dapatkan maklumat lanjut tentang sandaran komputer dalam pusat bantuan kami.

Dropbox Vault

Dropbox Vault, satu alat baru untuk melindungi dan mengatur dokumen sensitif di awan, tersedia kepada semua pengguna Dropbox Plus.

Ketahui tentang Dropbox Vault dalam pusat bantuan kami.

Cari dan sertai pasukan Dropbox Business

Pengguna Dropbox Basic kini boleh mencari dan menyertai pasukan Dropbox Business syarikat mereka dengan mudah. Dari halaman utama Dropbox, pengguna dengan alamat e-mel pada domain syarikat akan dapat melihat dan memohon untuk menyertai pasukan Business yang tersedia kepada mereka.

Navigasi baru di dropbox.com

Kami telah memperbaharui bar navigasi kiri di dropbox.com untuk mendapat akses yang lebih pantas kepada fail dan alat yang anda perlukan. Item Semua Fail, Dikongsi, Permintaan fail dan Fail terhapus kini akan muncul dalam bahagian Fail, diikuti oleh bahagian Alat dengan Dropbox Paper, HelloSign, Transfer, Showcase dan App Center.

Penambahan pemindahan data

Kini pasukan Dropbox Business boleh memindahkan fail dan keizinan yang berkaitan dari pelayan fail di premis dan penyelesaian storan awan sedia ada dengan pantas menggunakan penambahan pemindahan data Cloud FastPath. Penambahan baru ini akan mengautomasikan dan mempercepatkan pemindahan, serta menawarkan pelaporan dan pemantauan sebelum, semasa dan selepas tugasan. Selain itu, pelanggan penambahan pemindahan data boleh membeli Perkhidmatan Profesional Cloud FastPath untuk mendapatkan sumber dan kepakaran teknikal tambahan. Penambahan pemindahan data ini tersedia kepada pasukan dalam semua pelan Dropbox Business dan Education.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penambahan pemindahan data, layari pusat bantuan kami.

Sokongan untuk beberapa ruangan kerja Slack

Kini anda boleh menyambungkan akaun Dropbox anda ke beberapa ruangan kerja Slack. Integrasi Slack kami membolehkan anda untuk berkongsi dari Dropbox ke Slack, dan menyimpan dari Slack ke Dropbox. Sokongan untuk beberapa ruangan kerja Slack merangkumi pengguna yang menggunakan Slack Enterprise Grid.

Anda boleh dapatkan butiran lanjut mengenai integrasi Slack dalam pusat bantuan kami.

Platform Dropbox Extensions terbuka kepada semua pembangun

Kami telah membuka Platform Dropbox Extensions kepada semua pembangun. Kini mana-mana pembangun boleh membina Extensions dalam aplikasi mereka yang membolehkan pengguna Dropbox mencetus aliran kerja dari fail mereka.

Baca lebih lanjut mengenai Platform Dropbox Extensions dalam blog Dropbox.Tech.

Jun 2020

Giliran penyelarasan

Dropbox dalam dulang sistem Windows dan bar menu macOS kini menampilkan giliran penyelarasan dengan butiran tentang penghantaran fail anda. Giliran penyelarasan ini akan memaparkan kemajuan individu bagi semua fail yang sedang diselaraskan, dan membolehkan anda untuk mengutamakan fail-fail penting supaya ia menyelaras dengan lebih cepat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai giliran penyelarasan, layari pusat bantuan kami.

Sokongan untuk muat naik lebih besar dalam permintaan fail

Permintaan fail yang dicipta oleh pelanggan Dropbox Enterprise kini menyokong muat naik sebesar 250 GB, dinaikkan daripada had sebelum ini sebanyak 100 GB bagi setiap fail.

Ketahui tentang permintaan fail dalam pusat bantuan kami.

Akses fail Dropbox dalam Jira

Cari dan sisipkan fail Dropbox dengan pantas dalam editor anda dengan perintah miring Smart Link (/dropbox) dalam Jira.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Smart Link /dropbox dalam blog Komuniti Atlassian.

Simpan fail yang dikongsi dalam Slack ke Dropbox

Pengguna yang telah menyambungkan akaun Slack dan Dropbox mereka kini boleh menyimpan lampiran fail yang dikongsi dalam Slack terus ke Dropbox.

Dapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Slack dengan Dropbox pada halaman integrasi kami.

Papan pemuka statistik "Nombor untuk dipantau"

Papan pemuka statistik telah dikemas kini dengan bahagian baru "Nombor untuk dipantau". Dari sini, pentadbir boleh melihat aktiviti pengguna—seperti pautan kongsian dicipta tanpa kata laluan atau tarikh luput—yang mungkin memerlukan perhatian.

Layari pusat bantuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai papan pemuka statistik.

Penerimaan lesen pengguna diringkaskan

Sekarang apabila pengguna baru dijemput ke pasukan Dropbox Business, mereka akan ditambah secara automatik. Pengguna tidak akan diwajibkan untuk menerima jemputan yang telah dihantar melalui e-mel, tetapi masih perlu bersetuju dengan terma perkhidmatan kami apabila mereka kali pertama mendaftar masuk.

Ciri ini dikenakan kepada pengguna yang baru dijemput ke pasukan Dropbox Business Advanced, Education, dan Enterprise dengan domain sah dan SSO mandatori.

Ketahui lebih lanjut tentang menjemput pengguna ke pasukan Dropbox Business dalam pusat bantuan kami.

Pautan jemputan pasukan

Kini pentadbir pasukan Dropbox Business boleh menjemput ahli baru tanpa memerlukan alamat e-mel mereka dengan menghantar pautan. Pautan ini boleh dikongsi dalam Slack dan membolehkan pentadbir untuk menambah ahli pasukan baru secara pukal dengan keupayaan menjejak pautan. Selain itu, pautan jemputan pasukan boleh dikongsi bersama ahli pasukan anda, membolehkan mereka untuk menjemput pengguna baru.

Dapatkan maklumat lanjut tentang pautan jemputan pasukan dalam pusat bantuan kami.

Mei 2020

Pengemaskinian integrasi media

Dengan integrasi baru dan dikemas kini ini, anda boleh membawa kandungan Dropbox anda ke dalam peralatan yang anda gunakan setiap hari:

  • Percepatkan penghantaran fail dengan FileCatalyst
  • Bekerjasama dengan kandungan Adobe Creative Cloud dengan CI HUB
  • Gunakan Curio yang dikuasakan oleh AI GrayMeta untuk membuka kunci data kandungan dan Iris untuk kawalan kualiti dan kerjasama
  • Perkemaskan kemas kini dengan Wipster
  • Bawa transkripsi automatik ke dalam Adobe Premiere Pro dengan ascribe.ai dari axel ai
  • Tambah kandungan Dropbox ke kiriman media sosial anda dengan Sprout Social
  • Urus fail media pada set dan dalam kiriman dengan Kyno Perisian Lesspain

Dapatkan maklumat lanjut tentang integrasi media ini dalam blog kami.

Dua ciri baru ditambah kepada integrasi Trello

Integrasi yang lebih mendalam dengan Trello membolehkan anda kekal sedia maklum tentang projek melalui Dropbox dan dapatkan konteks mengenai kandungan anda. Anda kini boleh melihat kemas kini untuk projek Trello dalam Anda juga boleh melihat pratonton fail Dropbox dalam komen kad Trello.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Trello dengan Dropbox.

Kursus latihan maya alat WFH

Latihan percuma dan secara langsung kami membantu anda untuk bersedia untuk bekerja dari rumah. Belajar bagaimana aplikasi desktop dan mudah alih Dropbox boleh membantu anda menguruskan fail anda dan bekerjasama dengan seluruh tenaga kerja teragih. Dengan bimbingan langkah demi langkah dan sesi soal jawab secara langsung, anda boleh mendapatkan bantuan dan latihan yang anda perlukan untuk melakukan kerja anda.

Ketahui lebih lanjut, dan daftar untuk latihan maya percuma.

Laporan State of Collaboration Dropbox

Dropbox telah bekerjasama dengan pusat penyelidikan Vanson Bourne untuk mencipta laporan global pertama tentang kerjasama. Anda boleh memuat turun laporan ini ke:

  • Ketahui bagaimana organisasi bekerjasama di AS, Australia, Perancis, Jerman, dan UK
  • Fahami cabaran yang mereka hadapi dan penambahbaikan yang mereka perlukan untuk memacu perniagaan ke hadapan

Muat turun laporan Dropbox State of Collaboration untuk mengetahui lebih lanjut.

Mac 2020

Pengemaskinian integrasi Zoom

Kini anda boleh menyimpan rakaman dan transkrip Mesyuarat Zoom anda terus ke dalam Dropbox anda dengan mudah dari aplikasi desktop baru kami. Rakaman akan disimpan sebagai MP4; transkrip akan disimpan dalam format VTT dan diindeks, supaya anda boleh menemuinya dengan mencari sebarang istilah yang ditutur dalam mesyuarat anda. Selain itu, kini anda boleh memulakan mesyuarat segera terus dari dalam Dropbox menggunakan ciri mesyuarat segera Zoom yang berkuasa.

Dapatkan maklumat lanjut tentang integrasi Zoom dalam pusat bantuan kami.

Kosongkan ruang pemacu keras secara automatik

Ciri penjimatan ruang pemacu keras kami kini tersedia kepada semua pasukan Dropbox Business. Kini ahli pasukan boleh memilih untuk membenarkan Dropbox mengalihkan fail yang tidak aktif dari komputer mereka ke awan—secara automatik. Fail-fail masih akan muncul pada komputer anda tetapi hanya menggunakan sebahagian ruang pemacu keras. Apabila diperlukan, anda boleh klik dua kali untuk memuat turun fail.

Ketahui lebih lanjut tentang penjimatan ruang secara automatik dalam pusat bantuan kami.

Baru dalam aplikasi Dropbox: Halaman Orang

Kini aplikasi Dropbox menampilkan halaman orang yang dicipta secara automatik untuk ahli pasukan yang sering bekerjasama dengan anda. Halaman ini akan memaparkan fail mana yang anda dan ahli pasukan anda sedang kerjakan bersama—dan fail yang terbaru dikemas kini—untuk membantu anda menemui fail dengan lebih cepat.

Ketahui tentang halaman orang dalam pusat bantuan kami.

Penguncian fail kongsian

Kami telah memperkenalkan ciri penguncian fail baru untuk Dropbox Business. Apabila anda mengunci fail, orang yang mempunyai akses tidak akan dapat menyuntingnya pada masa yang sama dengan anda—walaupun mereka masih akan dapat melihat, menulis komen dan berkongsi fail itu. Jika pengguna yang dikunci memerlukan akses, mereka boleh mengklik satu butang untuk menghantar pemberitahuan kepada pengguna asal yang akan meminta mereka untuk membuka kunci fail itu. Pentadbir juga boleh membuka kunci fail dari konsol pentadbir.

Anda boleh dapatkan butiran lanjut mengenai penguncian fail dalam pusat bantuan kami.

Papan pemuka statistik

Kini semua pentadbir Dropbox Business boleh mengakses dan mengambil tindakan pada aktiviti yang berlaku dalam seluruh pelaksanaan mereka dengan mudah menggunakan papan pemuka statistik kami. Papan pemuka statistik kami yang dikemas kini menyatukan aktiviti penting pengguna seperti penggunaan storan, data kerjasama dan butiran perkongsian untuk hasil pengurusan pasukan yang lebih berkesan.

Ketahui lebih lanjut tentang papan pemuka statistik dalam pusat bantuan kami.

Penambahan sokongan premium

Sekarang kami akan membantu pasukan pelbagai saiz mendapatkan sokongan, bantuan dan perkhidmatan yang dipertingkat. Penambahan sokongan premium kami menawarkan sokongan telefon 24/7, sesi latihan untuk ciri-ciri baru dan sedia ada, masa respons sejam dan pengemaskinian berterusan untuk tiket yang kritikal kepada perniagaan. Sokongan premium hanya tersedia dalam bahasa Inggeris dalam akaun Dropbox Business Standard, Advanced, dan Enterprise buat masa ini.

Ketahui lebih lanjut tentang sokongan premium dalam pusat bantuan kami.

Dropbox Rewind tersedia kepada semua pasukan

Kini pentadbir mempunyai kuasa untuk memulihkan kandungan pasukan ke masa lampau menggunakan Dropbox Rewind. Ciri ini membolehkan pentadbir untuk mengundurkan kandungan pasukan dengan mudah hingga 180 hari, untuk pemulihan yang lebih pantas apabila kemalangan berlaku. Dropbox Rewind tersedia kepada pasukan dalam semua pelan Dropbox Business dan Education.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Rewind, layari artikel pusat bantuan kami.

Sejarah folder

Kini anda boleh melihat semua tindakan yang diambil di dalam folder atau subfolder tertentu dari panel sejarah folder. Panel baru ini membolehkan anda menjejak setiap kali seseorang mengalihkan, menyunting, menamakan semula, menambah, atau menghapuskan fail dari folder. Sejarah folder tersedia hingga 180 hari untuk kebanyakan pengguna: akaun dengan sejarah versi lanjutan (EVH) akan mempunyai akses hingga 10 tahun sejarah folder.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah folder dalam pusat bantuan kami.

Cari sorotan

Hasil carian dalam Dropbox kini memaparkan petikan teks dalam setiap fail untuk membantu anda mencari kandungan yang betul. Ciri carian sorotan tersedia dalam pelan yang berikut: Plus, Professional dan Business.

Ketahui lebih lanjut tentang carian fail dalam pusat bantuan kami.

Penambahan tadbir urus data

Pentadbir IT kini boleh membawa sejarah versi lanjutan dan pegangan undang-undang ke pasukan Dropbox Business mereka dengan penambahan Tadbir Urus Data. Sejarah versi lanjutan membolehkan pasukan memulihkan sebarang suntingan atau fail terhapus hingga 10 tahun, dan menjamin semua versi kandungan yang tidak dihapuskan tersedia untuk audit dan pematuhan selama 10 tahun. Ciri pegangan undang-undang akan membolehkan pentadbir untuk melihat dan mengeksport semua kandungan yang telah dicipta atau diubah suai oleh mana-mana ahli. Ahli yang terjejas dengan pegangan undang-undang masih boleh mencipta, menyunting, dan menghapuskan fail, tetapi tidak akan dimaklumkan mengenai pegangan.

Maklumat lanjut mengenai pegangan undang-undang dan sejarah versi lanjutan boleh didapati dalam pusat bantuan kami.

Pemberitahuan e-mel penawanan akaun boleh tindak

Pentadbir pasukan Business dalam pelan Enterprise kini boleh menetapkan pemberitahuan e-mel untuk membawa pengguna Dropbox individu di syarikat mereka ke dalam akaun pasukan mereka. E-mel ini membolehkan pengguna ditawan untuk memilih antara menyertai akaun syarikat atau mengubah e-mel akaun Dropbox sedia ada mereka kepada e-mel peribadi. Pentadbir boleh menambah mesej tersuai, menghantar e-mel tanpa had, dan melihat bila e-mel terakhir dihantar.

Ketahui lebih lanjut mengenai pemberitahuan penawanan akaun boleh tindak dalam pusat bantuan kami.

Penguncian tetapan konsol Enterprise

Pentadbir Enterprise yang menyelia beberapa pelaksanaan Dropbox Business kini boleh mengunci tetapan kritikal perniagaan di seluruh organisasi mereka dengan menghalang pentadbir pasukan dari membuat perubahan kepada tetapan individu. Ikon kunci kini akan muncul di sebelah setiap tetapan, membolehkan pentadbir enterprise menghalang pentadbir pasukan daripada mengubah suai tetapan untuk pasukan mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang tetapan konsol perusahaan dalam pusat bantuan kami.

Harap maklum: Produk atau ciri yang dijelaskan di atas mungkin belum dilancarkan lagi, jadi jangka masa dan kefungsian sebenar produk dan tetapan ini boleh berubah daripada apa yang dikongsi di sini. Kami juga tidak menjamin bahawa produk atau ciri ini akan boleh didapati oleh anda atau dalam bahasa tempatan anda. Keputusan untuk membeli perkhidmatan kami harus dibuat berdasarkan ciri-ciri yang tersedia buat masa ini.

mentol Kongsi idea anda!

Ada idea untuk ciri Dropbox baru? Kongsinya dengan kami!

Pengumuman ciri pengguna akhir terdahulu

September 2020

Hantar foto dan video Facebook ke Dropbox

Integrasi baru kami dengan Facebook membolehkan anda menghantar foto dan video terus ke dalam Dropbox. Setelah fail berada dalam Dropbox, anda boleh mengatur fail anda dan mengawal siapa yang mempunyai akses kepada kandungan kongsian.

Ketahui lebih lanjut tentang integrasi dengan Facebook dalam pusat bantuan kami.

Aliran kerja lancar untuk pengguna media

Penambahan Alat Kreatif terbaru kami  melancarkan kerjasama dan aliran kerja untuk pengguna media—semuanya tanpa meninggalkan Dropbox:

  • Penghantaran fail besar—Hantar dan jejak fail hingga 250 GB (sebelum ini 100 GB) tanpa menggunakan ruang dalam akaun Dropbox anda serta tetapkan kata laluan dan tarikh luput
  • Tulis komen tepat pada bingkai—Buat komen dengan tepat dalam video sehingga ke bingkai 
  • Pratonton fail besar—Strim dan lihat pratonton fail video hingga 150 GB tanpa perlu memuat turun aplikasi asal

Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri untuk pengguna media dalam pusat bantuan kami.

Ogos 2020

Tandatangani dokumen terus dari Dropbox

Tandatangan elektronik terbenam sepenuhnya menerusi penyelesaian eTandatangan HelloSign kami kini tersedia dalam Dropbox. Kini anda boleh menghantar, menandatangan dan menyimpan perjanjian yang disimpan dalam akaun anda tanpa meninggalkan Dropbox.

Dapatkan butiran tentang menggunakan Dropbox dengan HelloSign dalam pusat bantuan kami.

Ciri-ciri perkongsian Professional baru

Dropbox Professional kini disertakan dengan dua peningkatan perkongsian baru. Perkongsian berjenama memberi anda keupayaan untuk membentangkan fail dengan logo anda, nama syarikat dan imej latar belakang. Dan ciri-ciri trafik dan metrik baru kami membolehkan anda menjejak interaksi pautan kongsian, memaparkan maklumat seperti berapa ramai orang yang melihat dan memuat turun fail anda.

Maklumat lanjut mengenai ciri-ciri perkongsian Dropbox Professional tersedia dalam pusat bantuan kami.

Sokongan aplikasi Fail Chrome OS

Pengguna Chrome OS kini boleh menambah Dropbox sebagai perkhidmatan dalam aplikasi Fail. Menambah Dropbox akan membolehkan anda menambah, mencari dan memaparkan pratonton fail yang disimpan dalam akaun anda dan menyalinnya ke perkhidmatan bersambung lain. Pelanggan yang membeli Chromebook akan menerima 100 GB ruang Dropbox percuma selama setahun.

Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Dropbox dalam aplikasi Fail Chrome OS dalam pusat bantuan kami.

Ciri-ciri dan aplikasi mudah alih baru

Kini aplikasi mudah alih Dropbox disertakan dengan alat penghantaran fail Dropbox Transfer, keupayaan untuk mencari imej melalui kata kunci dan sokongan untuk mod gelap. Selain itu, kami telah melancarkan dua aplikasi mudah alih baru: Dropbox Scan, yang membolehkan anda menukar dokumen fizikal menjadi PDF berkualiti tinggi, dan Dropbox Passwords, yang membolehkan anda menyimpan kata laluan dan menyelarasnya ke semua peranti anda.

Kini Dropbox Transfer tersedia kepada pengguna iOS dalam pelan Professional kami dengan pelan lain dan sokongan Android tidak lama lagi. Carian imej tersedia dalam pelan Professional dan Business kami. Mod gelap kini tersedia kepada semua pengguna iOS dan akan dilancarkan kepada pengguna Android sepanjang beberapa bulan akan datang. Scan tersedia kepada semua pengguna iOS. Passwords disertakan dalam pelan Plus dan Professional kami.

Baca lebih lanjut mengenai ciri-ciri mudah alih dan aplikasi baru kami dalam blog kami.

Pengecam teks imej automatik

Pengecam teks imej automatik kini tersedia untuk pasukan Dropbox Business Standard menerusi program akses awal kami. Pentadbir boleh mengubah suai tetapan untuk pasukan mereka dengan melayari konsol pentadbir.

Ketahui lebih lanjut tentang pengecam teks imej automatik dalam pusat bantuan kami.

Cari mengikut orang

Kini anda boleh membuat carian mengikut nama atau alamat e-mel kolaborator untuk melihat senarai semua fail yang boleh diakses oleh anda dan dikerjakan oleh orang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencari dalam Dropbox, layari pusat bantuan kami.

Dropbox Passwords

Storan kata laluan dan alat penyelarasan baru kami, Dropbox Passwords, kini tersedia kepada semua pengguna Dropbox Plus dan Professional.

Baca lebih lanjut tentang Dropbox Passwords dalam pusat bantuan kami

Sandaran komputer

Pengguna Dropbox Basic, Plus, dan Professional kini boleh menyandarkan folder pada PC atau Mac mereka—termasuk Desktop, Muat turun, dan Dokumen—terus ke dalam Dropbox.

Dapatkan maklumat lanjut tentang sandaran komputer dalam pusat bantuan kami.

Dropbox Vault

Dropbox Vault, satu alat baru untuk melindungi dan mengatur dokumen sensitif di awan, tersedia kepada semua pengguna Dropbox Plus.

Ketahui tentang Dropbox Vault dalam pusat bantuan kami.

Cari dan sertai pasukan Dropbox Business

Pengguna Dropbox Basic kini boleh mencari dan menyertai pasukan Dropbox Business syarikat mereka dengan mudah. Dari halaman utama Dropbox, pengguna dengan alamat e-mel pada domain syarikat akan dapat melihat dan memohon untuk menyertai pasukan Business yang tersedia kepada mereka.

Navigasi baru di dropbox.com

Kami telah memperbaharui bar navigasi kiri di dropbox.com untuk mendapat akses yang lebih pantas kepada fail dan alat yang anda perlukan. Item Semua Fail, Dikongsi, Permintaan fail dan Fail terhapus kini akan muncul dalam bahagian Fail, diikuti oleh bahagian Alat dengan Dropbox Paper, HelloSign, Transfer, Showcase dan App Center.

Jun 2020

Sokongan untuk muat naik lebih besar dalam permintaan fail

Permintaan fail yang dicipta oleh pelanggan Dropbox Enterprise kini menyokong muat naik sebesar 250 GB, dinaikkan daripada had sebelum ini sebanyak 100 GB bagi setiap fail.

Ketahui tentang permintaan fail dalam pusat bantuan kami.

Giliran penyelarasan

Dropbox dalam dulang sistem Windows dan bar menu macOS kini menampilkan giliran penyelarasan dengan butiran tentang penghantaran fail anda. Giliran penyelarasan ini akan memaparkan kemajuan individu bagi semua fail yang sedang diselaraskan, dan membolehkan anda untuk mengutamakan fail-fail penting supaya ia menyelaras dengan lebih cepat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai giliran penyelarasan, layari pusat bantuan kami.

Simpan fail yang dikongsi dalam Slack ke Dropbox

Pengguna yang telah menyambungkan akaun Slack dan Dropbox mereka kini boleh menyimpan lampiran fail yang dikongsi dalam Slack terus ke Dropbox.

Dapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Slack dengan Dropbox pada halaman integrasi kami.

Mei 2020

Pengemaskinian integrasi media

Dengan integrasi baru dan dikemas kini ini, anda boleh membawa kandungan Dropbox anda ke dalam peralatan yang anda gunakan setiap hari:

  • Percepatkan penghantaran fail dengan FileCatalyst
  • Bekerjasama dengan kandungan Adobe Creative Cloud dengan CI HUB
  • Gunakan Curio yang dikuasakan oleh AI GrayMeta untuk membuka kunci data kandungan dan Iris untuk kawalan kualiti dan kerjasama
  • Perkemaskan kemas kini dengan Wipster
  • Bawa transkripsi automatik ke dalam Adobe Premiere Pro dengan ascribe.ai dari axel ai
  • Tambah kandungan Dropbox ke kiriman media sosial anda dengan Sprout Social
  • Urus fail media pada set dan dalam kiriman dengan Kyno Perisian Lesspain

Ketahui maklumat lanjut tentang integrasi media ini dalam blog kami.

Dua ciri baru ditambah kepada integrasi Trello

Integrasi yang lebih mendalam dengan Trello membolehkan anda kekal sedia maklum tentang projek melalui Dropbox dan dapatkan konteks mengenai kandungan anda. Anda kini boleh melihat kemas kini untuk projek Trello dalam Anda juga boleh melihat pratonton fail Dropbox dalam komen kad Trello.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Trello dengan Dropbox.

Kursus latihan maya alat WFH

Latihan percuma dan secara langsung kami membantu anda untuk bersedia untuk bekerja dari rumah. Belajar bagaimana aplikasi desktop dan mudah alih Dropbox boleh membantu anda menguruskan fail anda dan bekerjasama dengan seluruh tenaga kerja teragih. Dengan bimbingan langkah demi langkah dan sesi soal jawab secara langsung, anda boleh mendapatkan bantuan dan latihan yang anda perlukan untuk melakukan kerja anda.

Ketahui lebih lanjut, dan daftar untuk latihan maya percuma.

Laporan State of Collaboration Dropbox

Dropbox telah bekerjasama dengan pusat penyelidikan Vanson Bourne untuk mencipta laporan global pertama tentang kerjasama. Anda boleh memuat turun laporan ini ke:

  • Ketahui bagaimana organisasi bekerjasama di AS, Australia, Perancis, Jerman, dan UK
  • Fahami cabaran yang mereka hadapi dan penambahbaikan yang mereka perlukan untuk memacu perniagaan ke hadapan

Muat turun laporan Dropbox State of Collaboration untuk mengetahui lebih lanjut.

Mac 2020

Pengemaskinian integrasi Zoom

Kini anda boleh menyimpan rakaman dan transkrip Mesyuarat Zoom anda terus ke dalam Dropbox anda dengan mudah dari aplikasi desktop baru kami. Rakaman akan disimpan sebagai MP4; transkrip akan disimpan dalam format VTT dan diindeks, supaya anda boleh menemuinya dengan mencari sebarang istilah yang ditutur dalam mesyuarat anda. Selain itu, kini anda boleh memulakan mesyuarat segera terus dari dalam Dropbox menggunakan ciri mesyuarat segera Zoom yang berkuasa.

Dapatkan maklumat lanjut tentang integrasi Zoom dalam pusat bantuan kami.

Kosongkan ruang pemacu keras secara automatik

Ciri penjimatan ruang pemacu keras kami kini tersedia kepada semua pasukan Dropbox Business. Kini ahli pasukan boleh memilih untuk membenarkan Dropbox mengalihkan fail yang tidak aktif dari komputer mereka ke awan—secara automatik. Fail-fail masih akan muncul pada komputer anda tetapi hanya menggunakan sebahagian ruang pemacu keras. Apabila diperlukan, anda boleh klik dua kali untuk memuat turun fail.

Ketahui lebih lanjut tentang penjimatan ruang secara automatik dalam pusat bantuan kami.

Baru dalam aplikasi Dropbox: Halaman Orang

Kini aplikasi Dropbox menampilkan halaman orang yang dicipta secara automatik untuk ahli pasukan yang sering bekerjasama dengan anda. Halaman ini akan memaparkan fail mana yang anda dan ahli pasukan anda sedang kerjakan bersama—dan fail yang terbaru dikemas kini—untuk membantu anda menemui fail dengan lebih cepat.

Ketahui tentang halaman orang dalam pusat bantuan kami.

Penguncian fail kongsian

Kami telah memperkenalkan ciri penguncian fail baru untuk Dropbox Business. Apabila anda mengunci fail, orang yang mempunyai akses tidak akan dapat menyuntingnya pada masa yang sama dengan anda—walaupun mereka masih akan dapat melihat, menulis komen dan berkongsi fail itu. Jika pengguna yang dikunci memerlukan akses, mereka boleh mengklik satu butang untuk menghantar pemberitahuan kepada pengguna asal yang akan meminta mereka untuk membuka kunci fail itu. Pentadbir juga boleh membuka kunci fail dari konsol pentadbir.

Anda boleh dapatkan butiran lanjut mengenai penguncian fail dalam pusat bantuan kami.

Sejarah folder

Kini anda boleh melihat semua tindakan yang diambil di dalam folder atau subfolder tertentu dari panel sejarah folder. Panel baru ini membolehkan anda menjejak setiap kali seseorang mengalihkan, menyunting, menamakan semula, menambah, atau menghapuskan fail dari folder. Sejarah folder tersedia hingga 180 hari untuk kebanyakan pengguna: akaun dengan sejarah versi lanjutan (EVH) akan mempunyai akses hingga 10 tahun sejarah folder.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah folder dalam pusat bantuan kami.

Cari sorotan

Hasil carian dalam Dropbox kini memaparkan petikan teks dalam setiap fail untuk membantu anda mencari kandungan yang betul. Ciri carian sorotan tersedia dalam pelan yang berikut: Plus, Professional dan Business.

Ketahui lebih lanjut tentang carian fail dalam pusat bantuan kami.

Ambil perhatian: Produk atau ciri-ciri yang dijelaskan di atas mungkin belum dilancarkan lagi, jadi jangka masa dan kefungsian sebenar produk dan ciri-ciri ini boleh berubah daripada apa yang dikongsi di sini. Kami juga tidak menjamin bahawa produk atau ciri-ciri ini akan tersedia kepada anda atau dalam bahasa tempatan anda. Keputusan untuk membeli perkhidmatan kami harus dibuat berdasarkan ciri-ciri yang tersedia buat masa ini.

mentol Kongsi idea anda!

Ada idea untuk ciri Dropbox baru? Kongsinya dengan kami!

November 2020

Ciri-ciri keselamatan baru

Tiga ciri keselamatan baru akan dilancarkan, menawarkan penyesuaian dan metrik yang dipertingkat:

  • Amaran dan pemberitahuan: Dapatkan pemberitahuan masa nyata sekiranya berlaku tingkah laku yang mencurigakan, aktiviti berisiko dan potensi kebocoran data. Tersedia dalam Dropbox Enterprise.
  • Laporan perkongsian luar: Lihat bagaimana data anda sedang dikongsi di luar syarikat anda. Tersedia dalam beta untuk pasukan Dropbox Enterprise dan Business Advanced.
  • Klasifikasi data: Labelkan data peribadi dan sensitif untuk mengenal pasti dan mencegah maklumat sensitif daripada didedahkan. Tersedia dalam beta untuk pasukan Dropbox Enterprise.

Keupayaan pegangan data baru

Kini pasukan Dropbox Business yang menggunakan Penambahan Tadbir Urus Data boleh menetapkan dasar pegangan data untuk lebih mematuhi syarat keperluan pematuhan dan peraturan. Penambahan Tadbir Urus Data tersedia kepada semua pasukan Dropbox Business sebagai pembelian tambahan.

Trafik dan metrik untuk pasukan

Pasukan Dropbox Business Advanced dan Enterprise kini mempunyai akses kepada trafik dan metrik untuk pautan kongsian. Dengan ciri-ciri ini, pengguna boleh menjejak interaksi pautan kongsian mereka dengan mudah. Untuk mana-mana pautan yang mereka cipta, mereka akan nampak siapa yang telah melayari, jenis peranti yang digunakan, bila ia diakses dan sama ada ia dilihat atau dimuat turun.

Perkongsian berjenama untuk pasukan

Peningkatan perkongsian berjenama kini tersedia dalam Dropbox Business Standard, Advanced, dan Enterprise. Perkongsian berjenama memberi anda keupayaan untuk membentangkan fail dengan logo anda, nama syarikat dan imej latar belakang. Penerima akan melihatnya apabila mereka melihat pautan kongsian dan di dalam pemberitahuan e-mel untuk pautan. Pentadbir boleh menetapkan penjenamaan untuk seluruh pasukan; pentadbir Advanced dan Enterprise juga boleh membenarkan ahli pasukan untuk menetapkan penjenamaan untuk akaun individu mereka.

Papan pemuka statistik yang dikemas kini

Kami telah menjadikan papan pemuka statistik sebagai halaman pertama yang akan dilihat oleh pentadbir Dropbox Enterprise apabila mereka mendaftar masuk ke konsol pentadbir.

Kawalan pentadbiran dipertingkat untuk pengguna desktop

Kini pentadbir Dropbox Business boleh mengubah suai tetapan aplikasi desktop Dropbox untuk pengguna individu, jabatan atau lokasi. Pentadbir boleh menyesuaikan tetapan rangkaian seperti had lebar jalur dan kawalan data seperti pilihan Smart Sync. Tetapan ini tersedia untuk pemasangan Windows sahaja buat masa ini.

Sandaran komputer untuk pasukan kerja

Kini pengguna Dropbox Business boleh menyandarkan dan menyelaraskan folder komputer “Desktop”, “Muat turun”, dan “Dokumen” mereka ke Dropbox secara automatik. Pentadbir akan dapat menghidupkan atau mematikan ciri ini dari konsol pentadbir dan melihat jika pengguna telah menghidupkan atau mematikan ciri ini dalam log audit.

Passwords Beta untuk pasukan kerja

Storan kata laluan dan alat penyelarasan baru kami, Dropbox Passwords, kini tersedia dalam beta untuk semua pengguna Dropbox Standard dan Advanced. Pentadbir akan dapat menghidupkan dan mematikan ciri ini dari konsol pentadbir, dan melihat siapa yang telah mengaktifkan Passwords dalam log audit.

Kemas kini ciri perkongsian

Kami akan menamatkan Showcase pada 31 Januari 2021. Beberapa ciri Dropbox Showcase telah dialihkan ke dalam alat perkongsian Dropbox yang lain. Perkongsian berjenama serta trafik dan metrik kini disediakan untuk semua pautan kongsian, dan Dropbox Transfer membolehkan pengguna untuk menghantar fail akhir dengan mudah dan selamat. Semua ciri perkongsian ini disediakan dalam Dropbox Pro dan Business. 

Ketahui lebih lanjut tentang pengemaskinian ciri perkongsian dalam pusat bantuan kami.

Oktober 2020

Penyelarasan terpilih kini dihidupkan untuk pasukan secara lalai

Penyelarasan terpilih, satu ciri dalam aplikasi desktop Dropbox yang membolehkan anda memilih folder supaya diselaraskan secara automatik ke awan, kini dihidupkan secara lalai untuk semua ahli pasukan—memberi pengguna lebih kawalan ke atas ruang pemacu keras mereka. Semua folder yang dibuang dari pemacu keras akan terus disimpan di dropbox.com.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelarasan terpilih dalam pusat bantuan kami.

Lihat fail terhapus dalam carian halaman tab Kandungan

Satu kemas kini terhadap halaman tab Kandungan membolehkan pentadbir untuk mengenal pasti fail terhapus di dalam folder pasukan. Kini anda boleh mencari fail yang dihapuskan secara tidak sengaja dengan pantas dan memulihkannya dengan mudah.

Ketahui lebih lanjut tentang menguruskan kandungan pasukan dalam pusat bantuan.

Pengumuman ciri pentadbir terdahulu

September 2020

Aliran kerja lancar untuk pengguna media

Penambahan Alat Kreatif terbaru kami melancarkan kerjasama dan aliran kerja untuk pengguna media—semuanya tanpa meninggalkan Dropbox:

  • Penghantaran fail besar—Hantar dan jejak fail hingga 250 GB (sebelum ini 100 GB) tanpa menggunakan ruang dalam akaun Dropbox anda serta gabungkan dan lancarkan peralatan penghantaran fail
  • Tulis komen tepat pada bingkai—Buat komen dengan tepat di sebelah video sehingga ke bingkai 
  • Pratonton fail besar—Strim dan lihat pratonton fail video hingga 150 GB tanpa perlu memuat turun aplikasi asal

Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri untuk pengguna media dalam pusat bantuan kami.

Lebih kawalan dan keselamatan untuk perkongsian luar

Menghidupkan tetapan baru akan memberi anda keupayaan untuk meluluskan atau membuang domain, pasukan dan pengguna yang boleh berkongsi dengan pasukan anda. Tetapan perkongsian luar akan dikenakan kepada fail, folder dan pautan kongsian di seluruh web, desktop dan mudah alih. Tiada perhubungan perkongsian sebelum ini akan terjejas.

Ketahui lebih lanjut tentang perkongsian luar dalam pusat bantuan kami.

Ciri-ciri yang ditambah kepada Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan

Ciri-ciri baru yang ditambah kepada Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan membolehkan anda mendaftar masuk ke BetterCloud menggunakan kelayakan Dropbox anda dan mencipta ekspresi regular tersuai untuk mengimbas fail untuk jenis data tersuai menjangkau 95 jenis data yang diprabina.

Dapatkan butiran mengenai penambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan dalam pusat bantuan kami.

Integrasi baru dengan sistem pengurusan pembelajaran Canvas

Kini pelajar dan fakulti boleh berkongsi kandungan kursus termasuk kerja rumah, slaid kuliah dan silibus ke Canvas secara langsung dari Dropbox. Pengguna juga boleh mengakses kandungan Dropbox mereka terus dari Canvas. 

Ketahui lebih lanjut tentang integrasi Canvas dalam pusat bantuan kami.

Menamatkan sokongan untuk Microsoft Internet Explorer 11

Mulai Oktober 2020, Dropbox tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 11. Jika ahli pasukan anda sedang menggunakan Internet Explorer 11, kami syorkan supaya mereka menaik taraf kepada versi terbaru pelayar Microsoft Edge, Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Apple Safari. 

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat keperluan sistem kami dalam pusat bantuan kami.

Ogos 2020

Penambahan pemindahan data

Kini pasukan Dropbox Business boleh memindahkan fail dan keizinan yang berkaitan dari pelayan fail di premis dan penyelesaian storan awan sedia ada dengan pantas menggunakan penambahan pemindahan data Cloud FastPath. Penambahan baru ini akan mengautomasikan dan mempercepatkan pemindahan, serta menawarkan pelaporan dan pemantauan sebelum, semasa dan selepas tugasan. Selain itu, pelanggan penambahan pemindahan data boleh membeli Perkhidmatan Profesional Cloud FastPath untuk mendapatkan sumber dan kepakaran teknikal tambahan. Penambahan pemindahan data ini tersedia kepada pasukan dalam semua pelan Dropbox Business dan Education.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penambahan pemindahan data, layari pusat bantuan kami.

Sokongan untuk beberapa ruangan kerja Slack

Kini anda boleh menyambungkan akaun Dropbox anda ke beberapa ruangan kerja Slack. Integrasi Slack kami membolehkan anda untuk berkongsi dari Dropbox ke Slack, dan menyimpan dari Slack ke Dropbox. Sokongan untuk beberapa ruangan kerja Slack merangkumi pengguna yang menggunakan Slack Enterprise Grid.

Anda boleh dapatkan butiran lanjut mengenai integrasi Slack dalam pusat bantuan kami.

Platform Dropbox Extensions dibuka kepada semua pembangun

Kami telah membuka Platform Dropbox Extensions kepada semua pembangun. Kini mana-mana pembangun boleh membina Extensions dalam aplikasi mereka yang membolehkan pengguna Dropbox mencetus aliran kerja dari fail mereka.

Baca lebih lanjut mengenai Platform Dropbox Extensions dalam blog Dropbox.Tech.

Jun 2020

Papan pemuka statistik "Nombor untuk dipantau"

Papan pemuka statistik telah dikemas kini dengan bahagian baru "Nombor untuk dipantau". Dari sini, pentadbir boleh melihat aktiviti pengguna—seperti pautan kongsian dicipta tanpa kata laluan atau tarikh luput—yang mungkin memerlukan perhatian.

Layari pusat bantuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai papan pemuka statistik.

Pautan jemputan pasukan

Kini pentadbir pasukan Dropbox Business boleh menjemput ahli baru tanpa memerlukan alamat e-mel mereka dengan menghantar pautan. Pautan ini boleh dikongsi dalam Slack dan membolehkan pentadbir untuk menambah ahli pasukan baru secara pukal dengan keupayaan menjejak pautan. Selain itu, pautan jemputan pasukan boleh dikongsi bersama ahli pasukan anda, membolehkan mereka untuk menjemput pengguna baru.

Dapatkan maklumat lanjut tentang pautan jemputan pasukan dalam pusat bantuan kami.

Penerimaan lesen pengguna diringkaskan

Sekarang apabila pengguna baru dijemput ke pasukan Dropbox Business, mereka akan ditambah secara automatik. Pengguna tidak akan diwajibkan untuk menerima jemputan yang telah dihantar melalui e-mel, tetapi masih perlu bersetuju dengan terma perkhidmatan kami apabila mereka kali pertama mendaftar masuk.

Ciri ini dikenakan kepada pengguna yang baru dijemput ke pasukan Dropbox Business Advanced, Education, dan Enterprise dengan domain sah dan SSO mandatori.

Ketahui lebih lanjut tentang menjemput pengguna ke pasukan Dropbox Business dalam pusat bantuan kami.

Akses fail Dropbox dalam Jira

Cari dan sisipkan fail Dropbox dengan pantas dalam editor anda dengan perintah miring Smart Link (/dropbox) dalam Jira.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Smart Link /dropbox dalam blog Komuniti Atlassian.

Mac 2020

Papan pemuka statistik

Kini semua pentadbir Dropbox Business boleh mengakses dan mengambil tindakan pada aktiviti yang berlaku dalam seluruh pelaksanaan mereka dengan mudah menggunakan papan pemuka statistik kami. Papan pemuka statistik kami yang dikemas kini menyatukan aktiviti penting pengguna seperti penggunaan storan, data kerjasama dan butiran perkongsian untuk hasil pengurusan pasukan yang lebih berkesan.

Ketahui lebih lanjut tentang papan pemuka statistik dalam pusat bantuan kami.

Penambahan sokongan premium

Sekarang kami akan membantu pasukan pelbagai saiz mendapatkan sokongan, bantuan dan perkhidmatan yang dipertingkat. Penambahan sokongan premium kami menawarkan sokongan telefon 24/7, sesi latihan untuk ciri-ciri baru dan sedia ada, masa respons sejam dan pengemaskinian berterusan untuk tiket yang kritikal kepada perniagaan. Sokongan premium hanya tersedia dalam bahasa Inggeris dalam akaun Dropbox Business Standard, Advanced, dan Enterprise buat masa ini.

Ketahui lebih lanjut tentang sokongan premium dalam pusat bantuan kami.

Dropbox Rewind tersedia kepada semua pasukan

Kini pentadbir mempunyai kuasa untuk memulihkan kandungan pasukan ke masa lampau menggunakan Dropbox Rewind. Ciri ini membolehkan pentadbir untuk mengundurkan kandungan pasukan dengan mudah hingga 180 hari, untuk pemulihan yang lebih pantas apabila kemalangan berlaku. Dropbox Rewind tersedia kepada pasukan dalam semua pelan Dropbox Business dan Education.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Rewind, layari artikel pusat bantuan kami.

Penambahan tadbir urus data

Pentadbir IT kini boleh membawa sejarah versi lanjutan dan pegangan undang-undang ke pasukan Dropbox Business mereka dengan penambahan Tadbir Urus Data. Sejarah versi lanjutan membolehkan pasukan memulihkan sebarang suntingan atau fail terhapus hingga 10 tahun, dan menjamin semua versi kandungan yang tidak dihapuskan tersedia untuk audit dan pematuhan selama 10 tahun. Ciri pegangan undang-undang akan membolehkan pentadbir untuk melihat dan mengeksport semua kandungan yang telah dicipta atau diubah suai oleh mana-mana ahli. Ahli yang terjejas dengan pegangan undang-undang masih boleh mencipta, menyunting, dan menghapuskan fail, tetapi tidak akan dimaklumkan mengenai pegangan.

Maklumat lanjut mengenai pegangan undang-undang dan sejarah versi lanjutan boleh didapati dalam pusat bantuan kami.

Pemberitahuan e-mel penawanan akaun boleh tindak

Pentadbir pasukan Business dalam pelan Enterprise kini boleh menetapkan pemberitahuan e-mel untuk membawa pengguna Dropbox individu di syarikat mereka ke dalam akaun pasukan mereka. E-mel ini membolehkan pengguna ditawan untuk memilih antara menyertai akaun syarikat atau mengubah e-mel akaun Dropbox sedia ada mereka kepada e-mel peribadi. Pentadbir boleh menambah mesej tersuai, menghantar e-mel tanpa had, dan melihat bila e-mel terakhir dihantar.

Ketahui lebih lanjut mengenai pemberitahuan penawanan akaun boleh tindak dalam pusat bantuan kami.

Penguncian tetapan konsol Enterprise

Pentadbir Enterprise yang menyelia beberapa pelaksanaan Dropbox Business kini boleh mengunci tetapan kritikal perniagaan di seluruh organisasi mereka dengan menghalang pentadbir pasukan dari membuat perubahan kepada tetapan individu. Ikon kunci kini akan muncul di sebelah setiap tetapan, membolehkan pentadbir enterprise menghalang pentadbir pasukan daripada mengubah suai tetapan untuk pasukan mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang tetapan konsol perusahaan dalam pusat bantuan kami.

Harap maklum: Produk atau ciri yang dijelaskan di atas mungkin belum dilancarkan lagi, jadi jangka masa dan kefungsian sebenar produk dan tetapan ini boleh berubah daripada apa yang dikongsi di sini. Kami juga tidak menjamin bahawa produk atau ciri ini akan boleh didapati oleh anda atau dalam bahasa tempatan anda. Keputusan untuk membeli perkhidmatan kami harus dibuat berdasarkan ciri-ciri yang tersedia buat masa ini.

mentol Temui pentadbir lain!

Ingin belajar daripada pentadbir lain, dan melihat bagaimana mereka menggunakan Dropbox? Lihat Tempat Istirehat Pentadbir!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan