Pengalaman desktop Dropbox baru ialah satu tempat teratur di mana anda boleh menyatukan fail tradisional, kandungan awan, dokumen Dropbox Paper serta pintasan web—dan bekerja dalam cara yang berkesan untuk anda.
Pengalaman desktop Dropbox terdiri daripada:
- Apl desktop Dropbox baharu, yang kini boleh diakses dari bar tugas (Windows) atau dock (Mac) anda
- Ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda, kini dengan ciri-ciri pintar tambahan
- Folder Dropbox dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac)
Bersama-sama, ia merangkumi tempat tujuan peribadi anda untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kerja dan membantu anda fokus pada tugas seterusnya—semuanya dari kemudahan desktop anda.
Ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi desktop Dropbox baru.
Cara mendapatkan pengalaman desktop Dropbox baru
Jika anda atau pasukan anda sudah memuat turun aplikasi desktop Dropbox baru, ketahui bagaimana untuk beralih kepada pengalaman desktop Dropbox yang baru.
Jika anda atau pasukan anda belum memasang aplikasi desktop Dropbox, ketahui bagaimana untuk memuat turun dan memasang pengalaman desktop baru.
Pinkan fail dan folder
Kini anda boleh mengepin fail atau folder ke bahagian atas folder lain supaya ia sentiasa muncul di bahagian atas untuk mendapat akses mudah.
Perhatian: Pin-pin anda tidak akan dipaparkan dalam File Explorer atau Finder. Untuk mengakses fail dan folder yang dipin, anda mesti menggunakan aplikasi desktop Dropbox, dropbox.com, atau aplikasi mudah alih Dropbox.
Ketahui lebih lanjut tentang mengepin.
Cadangan fail pintar
Klik tab Dropbox Untuk anda dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda, untuk melihat fail dan folder cadangan pintar berdasarkan aktiviti Dropbox anda, supaya anda boleh masuk balik ke dalam fail yang berkemungkinan masih diperlukan.
Ketahui lebih lanjut tentang tab Untuk anda.
Pratonton fail dikemas kini
Dalam versi lama Dropbox, pratonton fail hanya tersedia di dropbox.com. Dengan pengalaman desktop Dropbox yang baru, anda boleh memaparkan pratonton, melihat dan menulis komen dalam fail—termasuk video—terus dari aplikasi desktop Dropbox.
Ketahui lebih lanjut tentang cara memaparkan pratonton fail dalam Dropbox.
Simpan kandungan awan dan pintasan web pasukan anda terus ke Dropbox
Kini anda boleh mencipta, menyimpan dan berkongsi yang berikut secara langsung dari Dropbox:
- Dokumen Dropbox Paper
- Dokumen, Helaian, dan Slaid Google
- Fail Microsoft Word, Excel, dan PowerPoint
Anda juga boleh menyimpan pintasan ke halaman web di dalam folder Dropbox, sama seperti anda menyimpan fail.
Ketahui lebih lanjut tentang mencipta:
Dokumen Google dalam Dropbox.
Dokumen Microsoft dalam Dropbox.
Dokumen Paper dalam Dropbox.
Integrasi pihak ketiga baru
Pastikan fail, mesyuarat dan komen pasukan anda ada di satu tempat dengan menyambungkan peralatan seperti Slack dan Zoom.
Anda juga boleh menyambungkan kalendar Google atau Outlook ke akaun Dropbox anda untuk melihat atau menyertai mesyuarat akan datang terus dari Dropbox.
Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Slack dengan Dropbox.
Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Zoom dengan Dropbox.
Ketahui lebih lanjut tentang mengintegrasikan kalendar anda.
Dropbox Transfer
Kongsi fail besar dengan mudah dan selamat bersama sesiapa sahaja, walaupun mereka tiada akaun Dropbox. Anda juga boleh mengesahkan penghantaran fail dan menjejaki berapa kali fail anda telah dimuat turun.