Tip dan pintasan untuk bermula dengan akaun Dropbox anda

Jika anda belum melakukannya, sila tandakan setiap item dalam senarai semak blok binaan dan menguasai Dropbox. Sudah selesai dengan itu? Masa untuk beberapa petua dan pintasan lanjutan!

1. Cipta permintaan fail

Anda boleh memungut fail daripada orang lain, walaupun mereka tiada akaun Dropbox.

Lakukan perkara ini!

kotak dengan tanda rait Cipta permintaan fail

mentol Petunjuk

Selepas anda memungut fail daripada orang lain, anda boleh mencipta pautan ke folder ini dan berkongsinya (walaupun orang yang dikongsikan tidak mempunyai akaun Dropbox).

pembinaan bangunan Blok binaan

Berkongsi dan ruang ahli: Folder kongsian menggunakan ruang storan dalam akaun bagi setiap orang yang ada akses kepada folder itu, sementara pautan kongsian hanya menggunakan ruang storan dalam akaun pemilik fail itu (melainkan anda memuat turun fail).

2. Urus ruang storan Dropbox anda

Sama ada anda kehabisan ruang storan dalam akaun Dropbox atau anda kehabisan ruang pemacu keras pada komputer, anda mempunyai pilihan.

Lakukan perkara ini!

kotak dengan tanda rait Dapatkan lebih banyak ruang storan untuk akaun anda

kotak dengan tanda rait Naik taraf kepada Dropbox Plus atau Professional dan dapatkan 1 TB ruang storan

kotak dengan tanda rait Jimatkan ruang pemacu keras pada komputer anda dengan penyelarasan terpilih

mentol Petunjuk

Jika anda ada akaun Dropbox Professional atau Business, anda juga boleh menggunakan Smart Sync untuk menjimatkan ruang pemacu keras pada komputer anda. Dengan Smart Sync, anda boleh melihat semua fail dalam akaun Dropbox anda di dalam folder Dropbox pada komputer anda, tetapi menjimatkan ruang pemacu keras.

pembinaan bangunan Blok binaan

Storan akaun: Bergantung pada jenis pelan yang anda gunakan, akaun Dropbox anda akan mempunyai kapasiti berbeza (seperti 2 GB atau 1 TB); kami menggunakan perkataan seperti “storan,“ “ruang,“ dan “kuota“ untuk menerangkan kapasiti ini, tetapi semuanya mempunyai maksud yang sama.

3. Muat naik tangkapan skrin

Jika anda menggunakan aplikasi desktop Dropbox, anda boleh menetapkan supaya tangkapan skrin dimuat naik secara automatik ke Dropbox. Anda juga akan mendapat pautan ke tangkapan skrin ini supaya anda boleh berkongsinya dengan mudah bersama orang lain.

Lakukan perkara ini!

kotak dengan tanda rait Tetapkan tangkapan skrin supaya dimuat naik secara automatik ke Dropbox

mentol Petunjuk

Pautan kongsian ke tangkapan skrin berfungsi dengan baik dalam Dropbox Paper. Hanya tampalkan pautan, dan imejnya sepatutnya diterjemahkan.

pembinaan bangunan Blok binaan

Aplikasi desktop & kuota storan: Fail-fail di dalam folder Dropbox pada komputer anda masih menggunakan ruang pada pemacu keras komputer anda.

4. Urus pengebilan akaun anda

Jika anda telah membayar akaun Dropbox, anda boleh mengemas kini maklumat pembayaran, menerima invois, malah mencari suatu caj dengan mudah.

Lakukan perkara ini!

kotak dengan tanda rait Tukar kaedah pembayaran atau maklumat pembayaran anda (seperti alamat), atau ubah kitaran bil kepada bulanan atau tahunan

kotak dengan tanda rait Cari invois dan resit

kotak dengan tanda rait Cari suatu caj yang dikenakan pada kad kredit anda

mentol Petunjuk

Jika anda membeli langganan menerusi gedung aplikasi mudah alih, anda boleh membuat perubahan akaun Dropbox secara langsung menerusi gedung aplikasi itu.

pembinaan bangunan Blok binaan

Aplikasi desktop dan penyelarasan fail: Jika anda mengubah fail di dalam folder Dropbox pada komputer anda, perubahan ini akan diselaraskan kembali ke Dropbox. Jika anda ingin mengubah fail pada komputer anda tetapi tidak mahu menyelaraskan perubahan itu, nyahpautkan komputer itu daripada Dropbox terlebih dahulu.

5. Showcase

Anda boleh menggunakan Showcase untuk mempakejkan fail kongsian dalam satu halaman yang kemas (perhatian: ciri ini hanya tersedia kepada pengguna Dropbox Professional, dan kepada pelanggan dalam pelan Dropbox Business Advanced dan Enterprise).

Lakukan perkara ini!

kotak dengan tanda rait Cipta showcase

mentol Petunjuk

Walaupun showcase boleh nampak seperti halaman web, fail di dalamnya sama seperti mana-mana fail kongsian lain—jika anda menyunting fail dalam showcase, pelihat akan sentiasa nampak versi terkini.

pembinaan bangunan Blok binaan

Berkongsi dan maklumat pelihat: Secara lalai, orang yang anda kongsikan fail boleh meninggalkan komen dan melihat orang lain yang sedang melihat fail; anda boleh melumpuhkan kedua-dua ciri ini jika mahu.

Langkah-langkah seterusnya

Terima kasih kerana membaca blok binaan, panduan penguasaan, dan petua & pintasan. Anda sudah bersedia untuk menggunakan Dropbox dan meluahkan daya kreatif anda. Jika anda perlu mengulang kaji, sila layari panduan ini sekali lagi.

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan