Cara menggunakan resam penamaan dalam Dropbox

Ciri ini tersedia kepada semua pengguna Dropbox di dropbox.com. dan aplikasi desktop Dropbox.

Resam penamaan membantu anda menamakan semula fail dan mengatur folder dalam akaun Dropbox anda. Menetapkan resam penamaan membantu mengekalkan konsistensi dengan kandungan Dropbox anda, yang memberikan nama seragam bagi fail anda untuk pengisihan dan navigasi yang lebih mudah.

Cara menetapkan resam penamaan

Untuk menetapkan resam penamaan di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Buka folder yang ingin anda atur.
  3. Klik Atur.
  4. Klik Tetapkan resam penamaan.
  5. Pilih resam penamaan yang ingin anda gunakan: 
    • Tarikh dimuat naik
      • Anda boleh tanda rait kotak di sebelah Gantikan dengan tarikh sedia ada yang dikesan dalam nama fail, atau tukar format tarikh menggunakan menu pilihan.
    • Kata kunci
    • Folder induk
    • Tarikh ditangkap
      • Anda boleh tanda rait kotak di sebelah Gantikan dengan tarikh sedia ada yang dikesan dalam nama fail, atau tukar format tarikh menggunakan menu pilihan.
    • Pengeluar kamera
    • Model kamera
    • Model kanta
    • Dimensi
    • Bintik per inci
    • Bintik per sentimeter (DPCM)
  6. Klik dan seret ikon alih (anak panah yang menunjuk ke empat arah) untuk menukar susunan unsur dalam resam penamaan.
  7. Klik Tambah peraturan untuk menambah peraturan tambahan.
    • Perhatian: Klik ikon tong sampah di sebelah peraturan untuk menghapuskannya.
  8. Tanda rait kotak di sebelah Jadikan singkatan nama berhuruf besar untuk menjadikan huruf pertama untuk setiap perkataan dalam nama fail berhuruf besar, jika anda mahu.
  9. Tanda rait kotak di sebelah Asingkan perkataan dengan untuk menukar aksara yang memisahkan setiap perkataan dalam nama fail, jika anda mahu.
    • Pilih Jarak, Garis bawah atau Sempang dalam menu pilihan.
  10. Tanda rait kotak di sebelah Gunakan peraturan ini pada semua fail akan datang dalam folder ini jika anda mahu.
  11. Klik Tetapkan.

 

Untuk menetapkan resam penamaan daripada aplikasi desktop Dropbox:

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan pada folder yang ingin anda atur.
  3. Layangkan tetikus ke atas Atur.
  4. Pilih Tetapkan resam penamaan.

Anda akan dilencongkan ke dropbox.com dan anda boleh mengikut arahan daripada langkah 5 dalam bahagian di atas.

Soalan-soalan Lazim

Bolehkah anda gunakan resam penamaan untuk fail yang dipilih?

Buat masa ini, resam penamaan hanya boleh digunakan pada folder, bukannya fail berasingan.

Bolehkah resam penamaan digunakan pada folder pasukan? Jika ya, siapa yang boleh menggunakannya?

Ya, resam penamaan boleh digunakan dengan folder pasukan. Mana-mana ahli pasukan yang mempunyai akses menyunting boleh menggunakannya.

Perhatian: Resam penamaan tidak boleh digunakan pada folder tahap teratas dalam ruang pasukan atau folder ahli pasukan anda.

Adakah resam penamaan akan digunakan pada fail baru secara automatik?

Anda akan mempunyai pilihan untuk menggunakan resam penamaan secara automatik pada fail baru yang ditambah kepada folder. Tanda rait kotak di sebelah Gunakan peraturan ini pada semua fail akan datang dalam folder ini untuk menggunakan tetapan ini.

Bolehkah resam penamaan dibuat asal?

Jika resam penamaan telah tersilap ditetapkan, anda boleh buat asal dengan menghapuskan semua peraturan dan membuang rait pada semua kotak dalam tetingkap penyuntingan, atau dengan mengklik Buat asal dalam panel yang muncul di bahagian bawah skrin.

Jika anda mempunyai akses kepada Dropbox Rewind, anda juga boleh mengundurkan folder anda untuk membalikkan perubahan resam penamaan.

Apakah maksud "Gantikan dengan tarikh sedia ada yang dikesan dalam nama fail"?

Gantikan dengan tarikh sedia ada yang dikesan dalam nama fail ialah kotak rait yang boleh ditandakan jika anda menambah Tarikh dimuat naik atau Tarikh ditangkap sebagai peraturan dalam resam penamaan anda.

  • Jika anda menambah sama ada Tarikh dimuat naik atau Tarikh ditangkap sebagai peraturan, anda boleh menanda kotak tersebut untuk menggunakan mana-mana tarikh yang dikesan dalam nama fail untuk menggantikan tarikh muat naik atau tangkapan fail.
  • Jika anda menambah berbilang peraturan tarikh, anda hanya boleh menanda kotak untuk salah satu peraturan tersebut.

Perhatian: Jika anda menukar format tarikh untuk memasukkan cap masa, kotak rait akan dilumpuhkan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan