Cara berkongsi dokumen Paper

Terdapat dua cara untuk berkongsi dokumen Dropbox Paper dengan orang lain:

  • Dengan menggunakan butang Jemput di bahagian atas dokumen
  • Dengan menghantar pautan ke dokumen

Cara berkongsi menggunakan butang Jemput

  1. Buka dokumen Paper yang ingin dikongsi. 
  2. Klik butang Jemput berwarna biru di bahagian atas dokumen.
  3. Taipkan alamat e-mel orang yang anda ingin kongsikan dan masukkan mesej jika mahu.
  4. Klik Boleh sunting untuk memilih akses izin yang anda mahu berikan:
    • Boleh komen membolehkan orang lain untuk meninggalkan komen pada kandungan anda
    • Boleh sunting membolehkan orang lain untuk terus menambah, menyunting atau menghapuskan kandungan anda, dan juga menjemput orang lain ke dokumen
  5. Klik Hantar

Perhatian: Jika penerima tidak mempunyai akaun Dropbox Paper, mereka akan diminta untuk mencipta akaun sebelum melihat dokumen anda.

Cara berkongsi dengan menghantar pautan

Secara lalai, sesiapa yang ada pautan yang anda kongsi akan dapat menyunting fail anda. Ketahui bagaimana untuk mengubah tetapan itu.

  1. Buka dokumen Paper yang ingin dikongsi. 
  2. Klik butang Salin pautan (ikon rantai) id bahagian atas dokumen. 
  3. Tampalkan pautan ke dalam e-mel, mesej chat, atau teks. 

Siapa yang boleh melihat dokumen saya? 

Jika anda mencipta dokumen sulit yang tidak terletak di dalam folder (tiada folder), anda satu-satunya orang yang akan dapat mencari dan menyuntingnya—sehingga anda memutuskan untuk berkongsi. 

Jika anda mencipta dokumen di dalam folder, semua ahli folder itu boleh membuka, mencari, dan menyunting dokumen anda. 

Sesiapa sahaja yang ada pautan ke dokumen anda akan dapat menyuntingnya. Ketahui bagaimana untuk mengubah tetapan itu.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan