Cara mengubah tetapan privasi untuk dokumen Paper atau folder

Artikel ini adalah untuk pengguna Dropbox yang sedang menggunakan keluaran Dropbox Paper lama.

Untuk mengetahui jika anda sedang menggunakan keluaran Dropbox Paper yang lama:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Cipta.
  3. Layangkan tetikus ke atas Dokumen.

Jika anda tidak nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran yang lama.

Jika anda boleh nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020 yang baru.

Jika anda sedang menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020, dokumen Paper anda bertindak seperti fail Dropbox biasa, dan anda boleh mengubah tetapan privasi untuk dokumen Paper anda dalam cara yang sama anda mengubah tetapan privasi untuk fail biasa dalam Dropbox. Ketahui bagaimana untuk mengubah tetapan privasi untuk fail dan folder Dropbox.

Jika anda mencipta dokumen sulit yang tidak diletakkan di dalam folder, anda satu-satunya orang yang akan dapat mencari dan menyuntingnya. Selepas anda mula berkongsi dokumen dengan orang lain, anda boleh pilih siapa yang boleh membuka dokumen anda dan sama ada mereka boleh menulis komen atau menyunting. Jika anda mencipta dokumen di dalam folder, semua ahli folder itu boleh membuka, mencari dan menyunting dokumen anda.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.

Ubah keizinan perkongsian pada dokumen

  1. Buka dokumen Paper yang ingin dikongsi. 
  2. Klik butang Jemput berwarna biru.
  3. Klik Tetapan di bahagian bawah kanan.
  4. Klik pilihan perkongsian di bawah Siapa yang boleh membuka dokumen ini? dan Apa yang mereka boleh lakukan?.
  5. Klik Selesai.

Ubah keizinan perkongsian pada dokumen untuk individu

  1. Buka dokumen Paper itu.
  2. Klik butang Jemput berwarna biru.
  3. Di sebelah nama mereka, pilih Boleh sunting, Boleh lihat atau Buang.
  • Anda tidak boleh membuang diri sendiri daripada dokumen, tetapi anda boleh berhenti mengikutnya
  • Jika anda berada dalam pasukan dan akses pautan dibolehkan, satu-satunya cara untuk membuang pengguna daripada dokumen adalah dengan menetapkan keizinan dokumen kepada Jemputan sahaja

Ubah keizinan perkongsian pada folder Paper

  1. Buka folder yang ingin dikongsi. 
  2. Klik butang biru Share .
  3. Taipkan e-mel atau nama ahli di sebelah Kepada.
  4. Klik nama mereka.
  5. Klik Jemput.

Perhatian:

  • Semua folder dalam folder kongsian akan turut dikongsi secara automatik
  • Jika anda berada dalam  pasukan Dropbox Business, folder Paper anda akan dapat dilihat oleh semua orang secara lalai

Cara membuang pengguna daripada dokumen

Untuk membuang seseorang daripada dokumen, anda mestilah pencipta dokumen ataupun memiliki akses menyunting. 

Untuk membuang pengguna daripada dokumen:

  1. Klik butang Jemput atau Kongsi berwarna biru.
  2. Klik Boleh sunting (atau Boleh lihat) di sebelah pengguna yang relevan.
  3. Klik Buang daripada menu pilihan yang muncul.

Perhatian: 

  • Anda tidak boleh membuang diri sendiri daripada dokumen, tetapi anda boleh berhenti mengikutnya
  • Jika anda dalam pasukan dan akses pautan dihidupkan, satu-satunya cara untuk membuang pengguna daripada dokumen adalah dengan menetapkan keizinan dokumen kepada Jemput-sahaja

Cara melihat dengan siapa folder Paper anda dikongsi

Untuk melihat folder Paper dikongsi dengan siapa:

  1. Buka folder.
  2. Klik butang biru Share .

Anda akan nampak senarai orang yang berkongsi folder itu dengan anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan