Cara menggunakan muat naik kamera

Muat naik kamera ialah ciri tidak wajib yang akan memuat naik foto secara automatik dari peranti mudah alih anda ke Dropbox.

Setelah anda menghidupkan muat naik kamera, foto-foto anda akan dimuat naik ke folder Muat Naik Kamera dalam akaun Dropbox anda. Selepas ia dimuat naik, anda boleh mengalihnya ke folder lain dalam akaun Dropbox anda jika mahu.

Ketahui lebih lanjut tentang memuat naik foto:

Mudah alih: Hidupkan atau matikan muat naik kamera

iOS: iPhone, iPad, dan iPod Touch

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan Dropbox di bahagian bawah skrin.
  3. Tekan Muat Naik Kamera.
  4. Togol Muat Naik Kamera kepada hidup.
  5. Tekan Muat naik.

Telefon Android

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan butang menu.
  3. Tekan Tetapan.
  4. Di bawah Muat naik kamera, tekan Hidupkan muat naik kamera.
  5. Tekan Benarkan.

Windows 10 dalam mod S (Windows Mudah Alih)

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan ikon menu.
  3. Tekan Tetapan.
  4. Tekan Muat Naik Kamera.
  5. Togol Muat naik kamera hidup.

Desktop: Hidupkan dan matikan muat naik kamera

Apabila anda mencucukkan kamera (atau peranti mudah alih) ke dalam komputer yang dipasangkan aplikasi desktop Dropbox, anda akan nampak prom yang bertanya jika anda ingin menghidupkan muat naik kamera untuk peranti itu. Selepas anda menerima, peranti itu akan memuat naik jalur filem anda secara automatik setiap kali peranti itu dicucuk ke komputer tersebut.

Anda juga boleh menghidup atau mematikan muat naik kamera dengan langkah-langkah berikut:

Mac

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar menu anda.
  2. Klik avatar (atau gambar profil) anda.
  3. Klik Keutamaan…
  4. Di bawah Import, tandakan kotak di sebelah Hidupkan muat naik kamera untuk.
  5. Pilih Foto sahaja atau Foto dan video sahaja.

Windows

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear.
  3. Pilih Keutamaan…
  4. Di bawah Import, tandakan kotak di sebelah Hidupkan muat naik kamera untuk
  5. Pilih Foto sahaja atau Foto dan video sahaja.

Syarat keperluan sistem untuk muat naik kamera

Untuk menggunakan muat naik kamera, kami syorkan peranti yang disokong dan versi terkini aplikasi desktop atau mudah alih Dropbox. Muat naik kamera tidak berfungsi jika bateri peranti mudah alih anda terlalu lemah atau sedang dalam perayauan.

Jika muat naik kamera tidak berfungsi, lihat jika terdapat sebarang syarat keperluan tambahan dalam panduan penyelesaian ini.

Memuat naik latar belakang

Muat naik latar belakang membenarkan Dropbox untuk memuat naik foto walaupun semasa aplikasi Dropbox ditutup. Ia akan memuat naik foto anda secara automatik apabila ia mengesan perubahan dalam lokasi peranti anda. 

Jika anda ada peranti Android, anda boleh menghalang foto daripada dimuat naik semasa bateri peranti anda lemah.

  1. Layari ke halaman Muat naik kamera dalam aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan Muat naik secara latar.
  3. Gunakan penggelongsor untuk memilih tahap bateri atau togol Hanya semasa telefon dicaj kepada hidup.
  4. Tekan OK.

 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan