Dropbox Standard menawarkan alat penyimpanan, perkongsian, dan kerjasama yang hebat. Pelan Standard membantu pasukan mengatur, menyelaras dan kekal fokus pada kerja mereka yang paling penting dengan ruang simpanan fleksibel serta alat pengurusan dan kerjasama pasukan yang mudah digunakan.
Dengan Dropbox Standard, pasukan anda mendapat:
- 3 TB simpanan untuk ahli pertama, dikongsi dengan seluruh pasukan.
- 1 TB simpanan tambahan untuk setiap lesen tambahan yang digunakan secara aktif.
- Perhatian: Jumlah maksimum ruang simpanan yang boleh anda beli pada pelan Standard ialah 1,000 TB.
- Alat pengurusan pasukan.
- Ciri-ciri kerjasama.
- Kawalan keselamatan dan pentadbiran.
- Tiada syarat pengguna minimum.
Ketahui lagi tentang setiap pelan Dropbox dan ciri-cirinya.
Apakah ciri-ciri yang tersedia kepada pasukan dalam Dropbox Standard?
Pelan Standard dibina untuk pasukan dan golongan profesional yang memerlukan alat perkongsian dan kerjasama yang hebat. Dengan pelan Standard, anda akan dapat:
- Simpanan: Dapatkan 3 TB simpanan untuk pengguna pertama, dikongsi dengan seluruh pasukan, serta 1 TB untuk setiap lesen tambahan yang digunakan secara aktif.
- Perhatian: Lesen yang digunakan secara aktif adalah apabila individu unik log masuk dan menggunakan Dropbox.
- Akses fail dan keselamatan data: Pusatkan fail dan data organisasi anda di satu tempat, dengan kawalan ke atas bagaimana dan bila orang boleh mengakses fail.
- Kawalan pentadbir: Urus ahli pasukan dan data pasukan daripada konsol pentadbir yang ringkas dan elegan.
- Versi fail: Pulihkan versi fail sebelumnya dengan sejarah versi 180 hari. Pentadbir juga boleh melihat sejarah fail dan log aktiviti selama 180 hari selepas peristiwa berlaku.
- Penghantaran fail besar: Hantar fail menggunakan Dropbox Transfer, dengan had saiz pemindahan 100 GB.
- Pemulihan pantas: Gunakan Dropbox Backup untuk memastikan fail dan folder penting selamat dan memulihkan kandungan dengan cepat jika ada masalah.
- Sokongan: Terima sokongan e-mel keutamaan, sokongan sembang secara langsung, dan sokongan telefon semasa waktu perniagaan.
- Pengeditan PDF: Semua pengguna Dropbox boleh mengedit PDF dengan mengubah suai halaman atau menambah teks, tetapi pelanggan pelan Standard juga boleh mengedit teks yang sudah wujud dalam PDF.
- Sejarah penonton: Gunakan ciri ini untuk melihat jika seseorang yang anda kongsi fail sedang melihatnya, atau kali terakhir mereka melihatnya.
- Komen khusus masa: Tinggalkan komen pada masa tertentu dalam fail video atau audio di dropbox.com.