Cara mengaktifkan penyulitan lanjutan pada akaun anda
Untuk mengaktifkan pengurusan kekunci lanjutan daripada konsol pentadbir:
- Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir.
- Klik juntai bawah di sebelah Dropbox, di bawah Produk.
- Klik Keselamatan.
- Klik Penyulitan tambahan.
- Dalam bahagian Pengurusan kekunci lanjutan, klik Memulakan di sebelah kekunci penyulitan diurus Dropbox.
- Semak pemberitahuan di tetingkap timbul.
- Klik Mulakan untuk mengesahkan.
Anda boleh menyemak peratusan penyiapan di sebelah kekunci penyulitan diurus Dropbox untuk melihat kemajuan pengaktifan. Setelah pengaktifan selesai, butang di sebelah kekunci penyulitan diurus Dropbox akan menunjukkan Diaktifkan.
Cara meminta pembatalan kekunci
Pembatalan kekunci akan menghapuskan semua data pengguna pada Dropbox secara kekal dan membuang akses kepada data itu. Memandangkan data yang hilang tidak akan dapat dipulihkan, pembatalan kekunci hanya boleh diminta dengan kelulusan sekurang-kurangnya tiga pentadbir pasukan: pemohon dan dua pentadbir pasukan lain, yang akan dihubungi untuk mengesahkan pembatalan tersebut.
Untuk memohon pembatalan kekunci:
- Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Pergi ke dropbox.com/support.
- Klik Hantar e-mel.
- Isi borang dengan maklumat yang diperlukan dan permintaan anda.
- Sahkan identiti anda melalui pautan yang akan anda terima daripada sokongan Dropbox.
Sokongan Dropbox akan menghubungi dua pentadbir pasukan bagi mengesahkan pembatalan kekunci. Setelah semua pelulus membuat pengesahan, Dropbox akan mula memproses permintaan pembatalan.