Saya menerima e-mel tentang akaun Dropbox yang tidak aktif. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dropbox akan menghapuskan akaun yang tidak aktif dari semasa ke semasa. Jika tiada aktiviti dalam akaun Dropbox anda untuk tempoh yang lama, Dropbox akan memaklumkan anda—atau pemilik akaun—melalui e-mel.

Untuk terus mengaktifkan akaun, log masuk dan kami akan tahu anda ingin mengekalkan akaun itu. Atau jika anda tidak lagi inginkan akaun anda, anda boleh menutup akaun itu.

Jika anda aktif menggunakan Dropbox tetapi menerima e-mel tentang akaun tidak aktif, anda boleh menghubungi kami menggunakan arahan di bahagian bawah artikel ini.

Apakah maksud tidak aktif?

Dropbox menentukan akaun yang tidak aktif dengan melihat log masuk dan aktiviti fail (menambah, menyunting atau menghapus) di mana-mana sahaja dalam Dropbox (termasuk alat seperti Dropbox Paper atau Dropbox Capture) sepanjang 12 bulan yang terakhir. Jika anda telah log masuk atau mempunyai sebarang aktiviti fail dalam Dropbox dalam masa 12 bulan sebelumnya, maka akaun anda dianggap sebagai aktif.

Perhatian: Aktiviti dalam perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh Dropbox (seperti Dropbox Sign atau DocSend) tidak dikira sebagai aktiviti.

Simpan akaun anda

Tutup akaun anda

Soalan-soalan lain

Saya menerima e-mel tentang akaun saya, tetapi saya masih aktif menggunakan Dropbox

Jika anda menggunakan akaun Dropbox anda baru-baru ini, tetapi masih menerima e-mel penutupan akaun, berkemungkinan kami menghubungi anda tentang Dropbox berasingan yang tidak digunakan (mungkin salah satu akaun yang anda terlupa pernah anda cipta). Ramai pengguna kami mempunyai beberapa akaun Dropbox, malah penambahan atau pembuangan noktah (".") daripada alamat e-mel boleh menandakan akaun yang berasingan.

Saya mahu akaun saya kekal aktif

Anda boleh terus mengaktifkan akaun anda dengan:

  • Mengelog masuk ke apl Dropbox pada komputer anda, apl mudah alih Dropbox atau dropbox.com
  • Menggunakan mana-mana apl Dropbox dalam akaun anda
  • Melihat, menambah, menyunting atau membuang fail atau folder

Perhatian: Hanya berkongsi fail dan folder tidak akan dikira sebagai aktiviti untuk memastikan akaun anda aktif.

Saya ingin terus menggunakan akaun Dropbox saya, tetapi saya terlupa kata laluan

Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda jika anda sudah terlupa.

Saya tidak mahukan akaun saya lagi

Jika anda tidak lagi mahukan akaun Dropbox Basic (percuma) anda, anda boleh terus mengabaikannya. Akaun anda akan dinyahaktifkan secara automatik—dan fail-fail anda akan dihapuskan—90 hari selepas ketiadaan aktiviti selama 12 bulan.

Bolehkah saya menutup akaun saya sekarang?

Jika anda mahu menutup akaun, anda boleh berbuat demikian dengan melayari halaman penghapusan akaun. Anda juga boleh membaca arahan lanjut tentang menutup akaun Basic (percuma), Plus, Family, Professional atau pasukan.

Saya ingin menyimpan fail saya sebelum menutup akaun saya

Anda boleh log masuk ke dropbox.com atau apl mudah alih Dropbox dan simpan fail anda ke pemacu keras atau peranti mudah alih anda.

Perhatian: Mengelog masuk sekali lagi akan menyebabkan tempoh 12 bulan itu ditetapkan semula. Selepas anda mendapatkan fail yang diperlukan, anda boleh menutup akaun anda secara manual.

Apakah yang akan terjadi apabila akaun saya ditutup?

Selepas akaun anda ditutup, sebarang fail yang tinggal dalam akaun anda akan dihapuskan, dan anda tidak lagi akan dapat mendaftar masuk ke akaun di dropbox.com atau sebarang peranti anda yang dipasangkan apl Dropbox. Ingat bahawa anda ada 90 hari selepas menerima e-mel pertama untuk log masuk ke akaun anda sebelum akaun itu ditutup, dan kami akan menghantar beberapa peringatan sepanjang tempoh itu.

Ketahui lebih lanjut tentang dasar akaun yang ditutup.

Saya cuba log masuk, tetapi mendapat mesej bahawa akaun saya tidak wujud

Mesej Akaun tidak wujud selalunya disebabkan oleh alamat e-mel yang silap ditaip atau salah. Dalam erti kata lain, alamat e-mel sebenar pada akaun anda adalah berbeza daripada yang anda taip. Jika anda mendapat mesej ini, cuba log masuk sekali lagi dahulu. Pastikan anda menyemak alamat dan ejaan e-mel.

Jika ini tidak berjaya. atau jika anda menerima pemberitahuan e-mel daripada kami tentang akaun yang tidak aktif, boleh jadi akaun anda telah pun dinyahaktifkan. Jika ini yang berlaku, sila hubungi kami menggunakan arahan di bawah.

Saya ada soalan lain mengenai penutupan akaun

Jika anda ada soalan lain mengenai penutupan akaun, atau mengenai pemberitahuan e-mel yang anda terima, anda boleh menghubungi kami. Untuk berbuat demikian:

  1. Log keluar daripada akaun Dropbox anda.
  2. Navigasi ke https://www.dropbox.com/support/sign-in-issues
  3. Klik Akaun dilumpuhkan.
  4. Lengkapkan borang.
    • Perhatian: Di bawah e-mel, masukkan e-mel yang dikaitkan dengan akaun yang ingin anda dapatkan kepastian. 
  5. Klik Hantar.

Perhatian: Penutupan akaun hanya akan melibatkan pengguna dalam Dropbox Basic. Jika anda mempunyai akaun berbayar dan anda menerima e-mel tentang akaun anda yang akan dihapuskan kerana tidak aktif, anda mungkin mempunyai akaun Basic yang disambungkan ke alamat e-mel tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan soalan boleh dijawab dengan membaca bahagian dalam artikel ini.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan