Anda boleh menukar kata laluan anda di halaman tetapan akaun daripada akaun Dropbox anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan kukuh yang anda tidak gunakan untuk mana-mana perkhidmatan lain.
Ketahui lebih lanjut tentang memilih kata laluan kukuh.
Verifikasi dua langkah adalah cara yang sangat berkesan untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak dibenarkan. Apabila anda mendaftar masuk ke Dropbox, anda akan dikendaki untuk memasukkan kod yang dihantar ke telefon atau apl pengesah mudah alih anda.
Ketahui cara untuk menyediakan verifikasi dua langkah.
Alamat IP terakhir yang diketahui bagi komputer atau telefon bimbit direkodkan apabila Dropbox bersambung ke internet pada peranti itu. Alamat IP boleh digunakan untuk mengenal pasti anggaran lokasi fizikal di mana peranti itu disambungkan melalui pembekal perkhidmatan internet.
Anda boleh melihat maklumat ini pada tab Keselamatan dalam tetapan akaun anda. Layangkan tetikus anda ke atas ikon "i" untuk melihat alamat IP terakhir yang direkodkan. Buat masa ini kami memaparkan negara bagi alamat IP terakhir yang diketahui, tetapi anda boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan carian alamat IP untuk maklumat lebih terperinci.
Anda boleh mendaftar keluar dari peranti, sesi web, dan aplikasi dari jauh. Ini akan membantu menghalang perubahan yang tidak dibenarkan terhadap akaun anda.
Ketahui bagaimana untuk mendaftar keluar dari peranti, sesi web atau aplikasi dari jarak jauh.
Jika anda seorang pengguna Dropbox dalam pelan Plus, Family, Professional, atau Business, anda boleh menghapuskan fail Dropbox dari peranti dari jarak jauh apabila anda mendaftar keluar dari peranti dari jarak jauh.
Ketahui cara untuk menghapuskan fail Dropbox anda dari peranti dari jarak jauh.
Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh mendaftar masuk ke akaun ahli pasukan menggunakan Daftar masuk sebagai pengguna untuk melakukan yang berikut: