Cara menebus tawaran promosi HP + Dropbox

Dikemas kini Nov 03, 2023

Jika anda membeli komputer pengguna atau tablet Android HP baru-baru ini, anda mungkin layak untuk mendapat 100 GB lagi ruang storan Dropbox. Untuk menebus promosi ini:

  1. Klik atau tekan ikon Dropbox dalam bar tugas anda untuk memasang Dropbox pada komputer HP anda yang layak.
  2. Daftar untuk akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini. Jika anda sudah ada akaun Dropbox, klik daftar masuk.
  3. Ikut langkah-langkah untuk menebus ruang dalam akaun anda.

Ketahui apa yang berlaku selepas promosi ruang storan anda luput.

Soalan lazim tentang tawaran promosi HP + Dropbox

Berapa lama tempoh sah promosi ini, dan bolehkah saya mendapat promosi untuk akaun Dropbox sedia ada saya?

Jawapan kepada soalan-soalan ini bergantung pada bila anda membeli peranti HP anda.

 

Jika anda membeli peranti HP anda pada atau selepas 1 September 2020:

  • Ruang: 100 GB
  • Tempoh: 12 bulan
  • Ketersediaan: Pengguna Dropbox baru atau sedia ada

Jika anda membeli peranti HP anda selepas 23 Oktober 2015 tetapi sebelum 1 September 2020:

  • Ruang: 25 GB
  • Tempoh: 12 bulan
  • Ketersediaan: Pengguna Dropbox baru atau sedia ada

Jika anda membeli peranti HP anda sebelum 23 Oktober 2015:

  • Ruang: 25 GB
  • Tempoh: 6 bulan
  • Ketersediaan: Pengguna Dropbox baru atau sedia ada

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus jenis tawaran yang sama sekali sahaja.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal peranti yang layak.

Mengapa saya tidak layak untuk menebus ruang promosi?

Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi HP lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti HP yang layak.
  • Apl Dropbox tidak dipra-muatkan pada peranti anda.
  • Anda membeli peranti terpakai atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu. Setiap peranti hanya boleh memperolehi ruang promosi sekali sahaja.
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan pengecualian sesetengah negara dan peruncit.
  • Sesetengah promosi HP mungkin dikenakan kepada pengguna Dropbox baru sahaja.

Terma promosi Dropbox untuk peranti HP

Untuk komputer peribadi dan tablet HP yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam jadual di bawah, dan (b) melengkapkan langkah-langkah penebusan. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima ruang storan tambahan selama satu tempoh tetap (jumlah dan tempoh masa yang tepat ditunjukkan dalam jadual di bawah) selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan HP sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria, rantau Crimea, atau mana-mana negara lain yang dilarang oleh undang-undang.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan