Terma promosi Dropbox untuk peranti ASUS
Untuk komputer ASUS yang dipramuatkan aplikasi Dropbox, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang memenuhi kriteria yang ditentukan di atas.
Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama enam bulan dari tarikh penebusan, 500 GB ruang simpanan tambahan sebagai tambahan kepada 2 GB ruang simpanan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna yang mempunyai akaun percuma. Promosi ini juga adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima diskaun 25% bagi pembelian pelan Dropbox Plus baru.
Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan ASUS sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dibuang secara automatik.
Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria, rantau Crimea, atau mana-mana negara lain yang dilarang oleh undang-undang.