Cara menebus promosi 100 GB MSI + Dropbox
Jika anda telah membeli peranti MSI baru-baru ini, anda mungkin layak mendapat 100 GB ruang simpanan tambahan Dropbox.
Untuk menebus promosi ini:
- Klik ikon pintasan Dropbox pada desktop anda untuk membuka Dropbox pada peranti MSI anda. Kemudian, anda boleh sama ada mendaftar diri untuk akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini, atau, jika anda sudah mempunyai akaun Dropbox, klik daftar masuk.
- Anda juga boleh menggunakan pautan unik yang disediakan oleh MSI dengan peranti baru anda untuk memuat turun Dropbox. Pautan ini akan mengenali promosi tersebut secara automatik.
Soalan-soalan lazim
Berapa lamakah tempoh sah promosi ini?
Promosi ini sah selama 90 hari untuk semua pengguna yang membeli dan mendaftar peranti MSI yang baru dan layak.
Peranti MSI manakah yang layak untuk promosi 100GB Dropbox?
Peranti yang layak ialah komputer, papan ibu, kad grafik dan persisian lain.
Jika saya membeli beberapa peranti yang layak untuk promosi, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?
Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus promosi yang sama sekali sahaja.
Bolehkah saya memindahkan ruang promosi saya ke akaun Dropbox yang lain?
Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindah milik setelah ditebus.
Bolehkah saya mendapatkan promosi pada peranti yang dibaik pulih atau terpakai?
Tidak. Ruang promosi hanya tersedia kepada pembeli asal peranti yang layak.
Mengapakah saya tidak layak untuk menebus ruang promosi?
Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:
- Anda layak menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja.
- Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi MSI lebih daripada sekali untuk akaun Dropbox yang sama, walaupun anda membeli beberapa peranti MSI yang layak.
- Apl Dropbox tidak dipra-muatkan pada peranti anda.
- Anda membeli peranti terpakai atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu.
- Setiap peranti hanya boleh memperolehi ruang promosi sekali sahaja.
- Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan pengecualian sesetengah negara dan peruncit.
Terma promosi Dropbox untuk peranti MSI
Untuk peranti MSI yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang memenuhi kriteria yang ditentukan di atas. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima ruang storan tambahan selama satu tempoh masa tetap (jumlah dan tempoh yang tepat di atas) selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan MSI sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dikembalikan kepada kuota anda secara automatik. Ketahui cara anda boleh mendapat lebih banyak ruang untuk anda akaun.
Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria, rantau Crimea, atau mana-mana negara lain yang dilarang oleh undang-undang.
Jawapan komuniti
-
Dikirim oleh: CVB2 175 hari yang lalu168250
-
Dikirim oleh: JohanSk 176 hari yang lalu95030
-
Dikirim oleh: vrovera 207 hari yang lalu6474121