Cara menambah pentadbir daripada pasukan lain untuk menguruskan pasukan anda

Pasukan Dropbox Business boleh menambah pentadbir daripada pasukan lain untuk menguruskan pasukan mereka. Pentadbir baru ini akan menjadi "pentadbir multipasukan".

  • Perhatian: Pasukan pentadbir lain itu mestilah dalam pelan Enterprise untuk Dropbox Business

Pentadbir baru, ataupun "pentadbir multipasukan", akan mempunyai semua keupayaan pentadbir daripada pasukan anda, kecuali:

  • Mereka tidak boleh mengakses halaman Pengebilan atau Bantuan dalam Konsol pentadbir
  • Mereka tidak boleh mendaftar masuk ke akaun ahli pasukan

Ingin berikan keizinan pentadbir kepada seseorang dalam pasukan anda pula? Ketahui caranya.

Cara menambah (atau membuang) pentadbir daripada pasukan lain

Jika anda seorang pentadbir pasukan, anda boleh menghantar permintaan pentadbir kepada seseorang dalam pasukan lain. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir di lajur sebelah kiri.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pasukan bertauliah.
  5. Klik Tambah pasukan.
  6. Di bawah Tambah pentadbir pasukan daripada pasukan bertauliah, masukkan alamat e-mel pentadbir yang ingin ditambah.
  7. Klik Benarkan pasukan bertauliah untuk mengakses konsol pentadbir saya.
  8. Klik Teruskan.
  9. Persetujui terma dengan menanda rait kotak.
  10. Klik Hantar permintaan.

Pentadbir lain tersebut akan menerima pemberitahuan dalam e-mel mereka, yang menghalakan mereka ke halaman Pasukan bertauliah di mana mereka boleh menerima permintaan ini.

Untuk membuang pentadbir daripada pasukan anda, pergi ke halaman Pasukan bertauliah dan klik Tarik balik akses di sebelah nama pasukan mereka.

Cara menambah (atau membuang) diri sendiri sebagai pentadbir untuk pasukan lain

Bagi tujuan keselamatan, anda tidak boleh menambah diri sendiri sebagai pentadbir untuk pasukan lain. Hubungi pentadbir pasukan lain itu dan minta mereka untuk mengikut langkah-langkah ini untuk menambah anda. 

Jika anda ingin membuang diri sendiri daripada menjadi pentadbir pasukan lain:

  1. Daftar masuk ke konsol pentadbir pasukan lain tersebut.
  2. Klik Tetapan.
  3. Klik Pasukan bertauliah.
  4. Di sebelah nama pasukan anda ingin membuang diri sendiri, klik Buang pasukan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan