Cara Menggunakan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan

Penambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan tersedia kepada pelanggan Dropbox Business Advanced dan Dropbox Business Enterprise melalui pasukan jualan Dropbox. Jika anda seorang pentadbir pasukan Dropbox Business dan anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penambahan ini, hubungi Pengurus Kejayaan Pelanggan anda.

Penambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan, dikuasakan oleh BetterCloud, membolehkan pentadbir pasukan melaksanakan, menguruskan dan mentadbir urus pasukan Dropbox Business mereka dengan selamat menggunakan satu alat pengurusan operasi.

Contohnya, pentadbir pasukan boleh menggunakan penambahan ini untuk:

  • Melindungi data mereka dengan mengimbas kandungan sensitif 
  • Mengautomasikan pematuhan dengan standard keselamatan khusus syarikat secara terperinci.
  • Mendapatkan penglihatan ke dalam aktiviti pasukan dan mencipta laporan menyeluruh
  • Melancarkan aliran kerja boleh suai serta pengambilan dan pembuangan kakitangan

Artikel ini akan membimbing pentadbir melalui langkah untuk memasang dan menggunakan penambahan untuk pasukan Dropbox Business mereka.

Pasang dan integrasikan penambahan

Untuk memasang penambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan dan mengintegrasinya dengan Dropbox, ikut langkah-langkah log masuk dan pemasangan dalam Pusat Bantuan BetterCloud.

Sediakan amaran

Dengan amaran, pentadbir boleh memantau perihal keselamatan pada masa nyata dan mengelakkan kerentanan data. Layari pautan berikut untuk mendapatkan gambaran penuh tentang cara menyediakan amaran:

Layari artikel ini untuk melihat semua amaran Dropbox yang tersedia.

Amaran “Fail Dikongsi Dengan Orang Luar”

Amaran “Fail Dikongsi Dengan Orang Luar” dan “Folder Dikongsi Dengan Orang Luar” akan memaklumkan anda apabila mana-mana fail atau folder Dropbox dikongsi secara langsung dengan pengguna di luar pasukan Dropbox anda. Pentadbir juga boleh mengimbas fail yang dikongsi dengan orang luar untuk kandungan sensitif. Ketahui cara menyediakan amaran “FailDikongsi Dengan Orang Luar”.

Amaran “Data Sensitif Diimbas”

Amaran “Data Sensitif Diimbas”akan memaklumkan anda apabila fail domain anda mengandungi data sensitif dan boleh mencetus aliran kerja pemulihan automatik. Ketahui cara menyediakan amaran“Data Sensitif Diimbas”.

Perhatian: Amaran ini hanya akan mengimbas kandungan yang dicipta selepas penambahan disediakan. Pentadbir boleh menggunakan “Pilih Imbasan” dan “Audit Fail” untuk mengimbas kandungan lama.

Bina aliran kerja automatik

Aliran kerja membenarkan pentadbir untuk mengautomasikan tindakan ke seluruh pasukan Dropbox Business menggunakan logik “if, then”. Dalam “Pengurus Aliran Kerja”, pentadbir boleh melihat dan mengawal semua aliran kerja di satu tempat. Layari pautan berikut untuk mendapatkan gambaran penuh tentang cara membina aliran kerja:

Aliran kerja Penawanan Akaun

Pentadbir boleh menerima amaran bila ahli pasukan telah dipilih untuk memindahkan akaun Dropbox bebas mereka ke dalam pasukan Dropbox Business mereka. Amaran ini boleh digunakan untuk memastikan tetapan ahli pasukan selaras dengan dasar keselamatan. Ketahui bagaimana untuk membina aliran kerja “Penawanan Akaun”.

Perhatian: Ciri “Penawanan Akaun” atau “Semua Penawanan Pengguna” hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business Enterprise.

Ambil dan buang kakitangan

Aliran kerja pengambilan kakitangan boleh menambah ahli pasukan baru secara automatik kepada semua kumpulan dan folder yang diperlukan. Aliran kerja pembuangan kakitangan boleh mengehadkan pengguna daripada mengakses data sensitif dan menghapuskan mereka daripada peranti bersambung apabila seseorang meninggalkan pasukan Dropbox Business atau menukar peranan. Layari pautan berikut untuk mengetahui cara membina aliran kerja pengambilan dan pembuangan kakitangan:

Imbas kandungan

Pentadbir boleh mengimbas kandungan baru dan sedia ada dalam pasukan Dropbox Business mereka untuk mencari dan mengelakkan kerentanan data dan menyemak kepatuhan keselamatan. Layari artikel ini untuk mengetahui cara mengimbas kandungan dalam pasukan Dropbox Business anda.

Perhatian: Pentadbir juga boleh menyediakan amaran “Data Sensitif Diimbas”.

Audit hasil

Pentadbir boleh melakukan audit daripada imbasan kandungan mereka menggunakan syarat tersuai. Layari artikel ini untuk mengetahui cara mengaudit hasil imbasan kandungan anda.

Cetus aliran kerja daripada dasar “Go Forward”

Setelah amaran mengimbas kandungan disiarkan, ia boleh digunakan sebagai acara aliran kerja. Layari artikel ini untuk mengetahui cara mencetus aliran kerja daripada dasar “Go Forward”.

Ambil tindakan pada fail yang melanggar dasar imbasan

Pentadbir boleh mengambil tindakan tersuai ke atas fail yang melanggar dasar yang mereka tetapkan. Layari pautan berikut untuk mengetahui cara untuk mengambil tindakan terhadap pelanggaran fail:

Ciri-ciri untuk penambahan Kawalan Pasukan & Kandungan Lanjutan

Perlindungan data                                                                

  • Cipta amaran untuk ancaman luar dan dalam                                    
  • Kesan dan lindungi maklumat sensitif sebaik sahaja ia dimuat naik                         
  • Cari dan lindungi maklumat sensitif dalam kandungan sedia ada                   
  • Cegah perkongsian tanpa kebenaran untuk fail dan folder                                  
  • Cipta aliran kerja pemulihan tersuai                                                

Penglihatan dan kawalan                                                               

  • Cari dan audit semua kandungan dan keizinan dalam satu paparan                      
  • Ambil tindakan pukal ke atas fail dan folder dalam seluruh pasukan                      

Pengurusan kitaran hidup pengguna                                                          

  • Kuat kuasakan proses permintaan perkhidmatan dengan pemberitahuan dan aliran kerja Penawanan Akaun 
  • Benarkan akses pengguna kepada kandungan relevan berdasarkan kumpulan, hierarki dan peranan          
  • Sediakan aliran kerja pembuangan kakitangan tersuai yang mencerminkan proses anda                     
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan