Cara menghidupkan single sign-on untuk pasukan anda

Jika anda pentadbir pasukan Dropbox Business dalam pelan Advanced atau Enterprise, anda boleh menghidupkan single sign-on (SSO) untuk pasukan anda. Single sign-on membolehkan ahli pasukan untuk mengakses Dropbox dengan mendaftar masuk ke pembekal identiti berpusat. Ini bermakna pasukan anda boleh mengakses Dropbox tanpa perlu mengingati kata laluan.

Cara memhidupkan single sign-on

  1. Pergi ke laman pembekal identiti anda dan ikut arahan untuk mengkonfigurasi single sign-on.
  2. Muat turun satu salinan sijil X.509 dan catatkan URL daftar masuk—anda akan perlukan ini dalam langkah 8.
  3. Daftar masuk ke Dropbox menggunakan kelayakan pentadbir anda.
  4. Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi.
  5. Klik Tetapan dalam bar sisi.
  6. Di bawah Pentauliahan, klik Single sign-on.
  7. Togol tetapan Single sign-on daripada Mati kepada Tidak wajib ataupun Wajib.
    • Jika anda memilih Wajib, pasukan anda mesti mendaftar masuk ke Dropbox dengan SSO—kata laluan Dropbox mereka tidak lagi akan berfungsi
    • Jika anda memilih Tidak wajib, pasukan anda boleh mendaftar masuk ke Dropbox menggunakan SSO atau kata laluan Dropbox mereka
  8. Klik Tambah URL daftar masuk dan masukkan URL yang anda catatkan dalam langkah 2. 
    • Tidak wajib: anda boleh klik Tambah URL daftar keluar untuk menambah URL daftar keluar.
  9. Klik Muat naik sijil untuk memuat naik fail .pem sijil X.509 yang anda muat turun sebentar tadi.
  10. Klik Guna perubahan.
  11. Maklumkan pasukan anda.
    • Jika anda memilih untuk mewajibkan single sign-on, Dropbox akan memaklumkan ahli pasukan melalui e-mel
    • Jika anda menjadikan single sign-on tidak wajib, anda akan perlu memaklumkan pasukan anda dengan sendiri

Selepas anda menghidupkan single sign-on, anda boleh berkongsi arahan ini untuk seluruh pasukan anda.

Semua peranti yang dipautkan ke akaun Dropbox akan terus berfungsi. Pentadbir tidak akan dapat menetapkan kata laluan melalui Dropbox atau mewajibkan verifikasi dua langkah kerana kata laluan dan keselamatan berkaitan daftar masuk kini dikawal oleh pembekal identiti anda.

Cara menemui URL daftar masuk SSO tersuai pasukan anda

Jika ahli pasukan sudah mendaftar masuk ke pembekal identiti anda, mereka boleh pergi terus ke akaun Dropbox mereka menggunakan pautan tersuai. Untuk menemui URL daftar masuk SSO tersuai pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke Dropbox menggunakan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan
  4. Klik Single sign-on.
  5. Dalam bahagian URL daftar masuk SSO, klik Salin pautan

Nampak ralat penyataan SAML semasa anda log masuk?

Ketahui bagaimana untuk menyelesaikan mesej ralat: “Tidak dapat mengesahkan penyataan SAML.”

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan