Apakah ahli cadangan?

Artikel ini merujuk kepada ciri yang hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business. Secara khususnya, pentadbir pasukan akan melihat tetingkap timbul pada tab Papan pemuka konsol pentadbir, di mana Dropbox mencadangkan ahli-ahli baru untuk ditambah kepada pasukan.

Sebagai pentadbir pasukan Dropbox Business, ahli pasukan anda juga boleh mencadangkan ahli baru untuk ditambah kepada pasukan melalui tab Pasukan dalam akaun mereka. 

Jika anda seorang pentadbir pasukan Dropbox Business atau pasukan percuma, anda juga boleh menerima permintaan daripada bukan ahli untuk menyertai pasukan anda. 

Ciri Ahli cadangan mencadangkan orang lain untuk ditambah ke pasukan Dropbox Business anda. Lihat di bawah untuk jawapan kepada soalan-soalan tertentu mengenai ciri ini.

Bahagian dalam artikel ini:

Bagaimana Dropbox menentukan ahli cadangan untuk pasukan saya?

Ahli pasukan cadangan akan memenuhi ketiga-tiga kriteria berikut:

  1. Ahli cadangan akan berkongsi domain e-mel yang sama dengan pentadbir Dropbox Business
  2. Ahli cadangan akan menjadi ahli folder kongsian semasa dalam akaun pasukan Dropbox Business
  3. Ahli cadangan bukan ahli pasukan Dropbox Business semasa

Bagaimana saya boleh lihat semua ahli cadangan untuk pasukan saya?

Senarai ahli cadangan boleh diakses dari halaman Papan Pemuka Konsol Pentadbir. Pada halaman Papan Pemuka, tatal ke bawah untuk melihat cadangan. Anda juga boleh menjemput ahli terus dari halaman ini.

  • Perhatian: Bahagian Papan Pemuka ini hanya akan muncul jika terdapat ahli cadangan untuk pasukan Dropbox Business.

Folder kongsian mana yang boleh diakses oleh ahli cadangan?

Untuk menyemak status perkongsian ahli cadangan, pentadbir pasukan Dropbox Business boleh melihat aktiviti perkongsian dengan melihat log audit perkongsian dari halaman Aktiviti Konsol Pentadbir. Log audit perkongsian menyimpan maklumat tentang folder kongsian dan pautan kongsian. Untuk kebanyakan acara-acara ini, log ini juga akan menunjukkan sama ada tindakan melibatkan seseorang di luar pasukan anda.

Sesetengah tindakan tidak ditunjukkan dalam Konsol Pentadbir tetapi boleh dilihat sebaik sahaja laporan dicipta. Ini termasuk menambah fail daripada pautan kongsian ke Dropbox dan mengakses pautan kongsian.

Pentadbir akaun Dropbox Business boleh menetapkan keizinan untuk seluruh pasukan, menentukan sama ada ahli boleh berkongsi pautan dan/atau folder di luar akaun Dropbox Business.

Mengapa saya harus menambah ahli cadangan ke pasukan Dropbox Business saya?

Kami syorkan anda menambah ahli cadangan ke pasukan anda atas beberapa sebab:

  1. Anda akan mendapat kawalan ke atas data, dengan keupayaan penghapusan jarak jauh dan pemindahan akaun dengan sebarang ahli Dropbox Business
  2. Ahli pasukan akan mendapat lebih banyak ruang, ciri-ciri kerjasama dipertingkat, dan sejarah versi lanjutan
  3. Anda akan meningkatkan produktiviti dalam pasukan anda dan mempunyai lebih kawalan ke atas data

Bagaimana saya menambah ahli cadangan ke pasukan Dropbox Business saya?

Anda boleh menjemput ahli cadangan ke pasukan Dropbox Business anda dalam dua cara:

  • Pergi ke Papan Pemuka untuk melihat ahli cadangan dan menjemput mereka ke pasukan anda
  • Pergi ke tab Ahli dalam Konsol Pentadbir dan klik Jemput ahli
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan