Dalam papan pemuka statistik, anda boleh mendapatkan maklumat tentang cara pasukan anda menggunakan Dropbox, termasuk:
- Ahli aktif: Bilangan ahli pasukan yang telah mengambil tindakan sejak 28 hari yang lalu, seperti mengakses akaun, menambah fail, menyunting fail, melihat fail dan berkongsi fail
- Penyimpanan: Jumlah amaun ruang simpanan yang digunakan oleh pasukan anda
- Pautan dicipta: Bilangan pautan kongsian yang dicipta oleh pasukan anda
- Folder kongsian aktif: Bilangan folder kongsian yang mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli dan mempunyai aktiviti sejak 28 hari yang lalu
- Peranti aktif: Bilangan komputer dan peranti mudah alih yang digunakan ahli pasukan anda untuk mendaftar masuk ke Dropbox dan mempunyai aktiviti sejak 28 hari yang lalu
- Nombor untuk dipantau: Maklumat mengenai pautan yang dicipta oleh pasukan anda sejak 7 hari yang lalu
Lihat aktiviti pasukan
Untuk melihat aktiviti pasukan anda:
- Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir.
- Klik Aktiviti.
- Tapis hasil untuk melihat aktiviti yang ingin dilihat. Anda boleh tapis mengikut Julat tarikh, Orang, Kandungan atau Aktiviti.
- Untuk menapis mengikut aktiviti, klik Tambah aktiviti di sebelah Aktiviti
- Untuk melihat aktiviti yang berlaku sepanjang tempoh masa tertentu, masukkan tarikh mula dan tamat di sebelah Julat tarikh
- Untuk melihat aktiviti terbaru bagi ahli pasukan tertentu atau beberapa ahli pasukan, klik Ahli, kemudian masukkan nama
- Untuk mengimbas fail, folder atau dokumen Paper, tambah kata kunci kepada medan di sebelah Kandungan
Perhatian tentang aktiviti pasukan:
- Data penggunaan disediakan mulai bulan Januari 2017 atau apabila pasukan anda mula menggunakan Dropbox
- Anda mungkin akan nampak mesej "memproses" semasa cuba melihat tarikh yang kami masih sedang proses datanya
- Jika pasukan Dropbox Business anda baru, carta anda akan kosong kerana tiada data untuk dipaparkan
- Jika anda ingin melihat aktiviti yang lebih terperinci tentang pasukan anda, anda juga boleh melihat aktiviti perkongsian pasukan.
Cipta dan eksport laporan aktiviti
Untuk mencipta dan mengeksport laporan aktiviti:
- Daftar masuk ke dropbox.com menggunakan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir.
- Klik tab Aktiviti.
- Gunakan penapis untuk memilih jenis data dan tempoh masa yang ingin dieksport.
- Klik Cipta laporan.
Laporan ini akan disimpan sebagai CSV di dalam folder yang bernama Laporan Dropbox Business. Anda akan menerima e-mel apabila laporan ini siap.
Apa yang boleh saya lihat dalam laporan aktiviti?
Setiap entri dalam laporan aktiviti akan menunjukkan:
- Tarikh dan masa: Tarikh dan masa tepat sesuatu tindakan diambil
- Ahli: Ahli yang melaksanakan tindakan itu
- Aktiviti: Butiran acara
- Lokasi: Lokasi di mana pengguna melaksanakan tindakan itu, dan alamat IP peranti yang mereka gunakan
Secara am, tindakan ahli pasukan muncul dalam log aktiviti dalam beberapa jam. Paling lewat sekali, tindakan akan muncul dalam masa dua puluh empat jam.
Pentadbir mempunyai acara berikut dalam laporan aktiviti pasukan mereka:
- Apl
- Komen
- Peranti
- Domain
- Operasi fail (Advanced dan Enterprise sahaja)
- Permintaan fail
- Kumpulan
- Log masuk
- Ahli
- Paper
- Kata laluan
- Laporan
- Perkongsian
- SSO
- Folder Pasukan
- Dasar pasukan
- Profil pasukan
- Pengesahan dua faktor
Jika anda pentadbir pasukan dalam pelan Dropbox Business Advanced atau Enterprise, anda boleh melihat semua tindakan berkaitan fail dalam pasukan anda. Aktiviti peringkat fail termasuklah menambah, menyunting, mengalihkan dan menghapuskan fail. Anda boleh menggunakan acara ini untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah, seperti penghapusan fail secara tidak sengaja, fail atau folder yang hilang, atau audit keselamatan maklumat.
Urus aktiviti pasukan dari halaman Aktiviti
Jika anda pentadbir pasukan, anda boleh mengambil beberapa tindakan dari halaman Aktiviti, termasuk yang berikut.