Gambaran Umum: Kawalan Sesi Web

Perhatian: Kawalan sesi web tidak diintegrasi sepenuhnya dengan sesi web Paper.

  • Apabila ahli pasukan didaftar keluar melalui kawalan sesi web, sesi web Paper mereka boleh mengambil masa enam jam untuk luput.
  • Apabila sesi dibiarkan, ahli pasukan yang berinteraksi dengan Paper masih akan didaftar keluar dari dropbox.com.

Kawalan sesi web membantu melindungi akses kepada data organisasi dengan membenarkan pentadbir mengawal berapa lama ahli pasukan boleh mendaftar masuk ke dropbox.com. Terdapat dua pilihan berbeza untuk kawalan sesi web:

  • Tempoh sesi tetap: Membenarkan pentadbir mengawal selang masa ahli pasukan boleh mendaftar masuk ke dropbox.com (sebagai contoh, satu minggu atau satu bulan).
  • Tempoh sesi tanpa aktiviti Membenarkan pentadbir mengawal berapa lama ahli pasukan boleh kekal mendaftar masuk tanpa berinteraksi dengan dropbox.com (sebagai contoh, 48 jam ketiadaan aktiviti)

Pentadbir boleh menggunakan kawalan ini secara berasingan, atau bersama-sama.

Perhatian: Kawalan sesi web hanya akan melibatkan akses ahli pasukan ke dropbox.com. Ia tidak akan menjejaskan akses kepada apl mudah alih atau desktop Dropbox.

Apabila ahli pasukan mencapai had limit yang ditetapkan oleh pentadbir, sesi web mereka akan tamat. Apabila mereka cuba untuk mengambil apa-apa tindakan di dropbox.com, mereka akan didaftar keluar dan diminta untuk mendaftar masuk semula. Mencapai had akhir sesi web tidak akan menjejaskan sebarang muat turun fail yang sedang berjalan.

Apabila pentadbir menetapkan tempoh sesi tetap, sesi dikira dari waktu ahli pasukan mendaftar masuk dan sesi dikira sebagai bilangan hari. Sebagai contoh, jika pentadbir memilih satu minggu, sesi tetap akan bertahan selama tujuh hari dari waktu ahli pasukan mendaftar masuk.

Untuk mengubah suai tetapan ini, layari ke bahagian kawalan sesi web konsol pentadbir:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Tatal ke bawah ke Kawalan sesi web untuk menetapkan tempoh sesi tetap dan tempoh sesi tanpa aktiviti. Pentadbir boleh menetapkan satu atau kedua-dua ciri.

Perhatian: Mengurangkan tempoh sesi tetap akan mendaftar keluar semua ahli pasukan. Pentadbir boleh membuat perubahan ini pada masa yang tidak mengganggu pasukan mereka.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan