Ubah suai pautan kongsian dengan logo syarikat dan penjenamaan anda

Ciri ini hanya tersedia kepada pelanggan dalam pelan Dropbox Professional dan Business.
Ketahui lebih lanjut tentang pelan-pelan Dropbox Business.

Sebagai pentadbir pasukan Dropbox Business, anda boleh menggunakan perkongsian berjenama untuk menambah logo organisasi anda dan imej latar belakang kepada pautan yang dikongsi di luar pasukan anda. Apabila ahli pasukan anda menghantar pautan kongsian atau jemputan perkongsian langsung, penerima akan melihat elemen penjenamaan yang anda tambah ke tetapan akaun anda. 

Sediakan perkongsian berjenama

Untuk memuat naik logo dan imej latar belakang dalam konsol pentadbir:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi di sebelah kiri.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Profil Pasukan dan tatal ke Perkongsian berjenama.
  5. Klik Tambah logo di sebelah Logo syarikat untuk memuat naik logo organisasi anda.
  6. Klik Pilih imej di sebelah Imej latar belakang.Imej yang anda muat naik akan muncul pada skrin percikan yang muncul apabila penerima membuka pautan ke fail kongsian anda. 
    • Perhatian: Walaupun secara teknikal tidak terdapat had saiz, imej yang lebih kecil daripada 4 MB akan dimuat naik dengan lebih cepat. Selain itu, kami mengesyorkan supaya anda memformatkan imej sebagai fail .jpeg atau .png.

Sunting perkongsian berjenama

Pentadbir boleh membuang atau mengubah tetapan penjenamaan pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi di sebelah kiri.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Profil Pasukan dan tatal ke Perkongsian berjenama.
  5. Klik Sunting atau Buang di sebelah Logo syarikat untuk menukar atau membuang logo syarikat anda.
  6. Klik Sunting atau Buang di sebelah Imej latar belakang untuk menukar atau membuang imej yang akan muncul pada skrin percikan anda.

Benarkan ahli pasukan untuk menetapkan penjenamaan

Pentadbir dalam pasukan Dropbox Business Advanced dan Enterprise boleh membenarkan ahli pasukan untuk menyesuaikan tetapan perkongsian berjenama pada fail dan folder mereka sendiri. Jika pentadbir membenarkan ahli pasukan untuk menyesuaikan tetapan mereka, penjenamaan yang ditetapkan oleh pentadbir tidak akan dipaparkan. 

Untuk membenarkan ahli pasukan untuk menetapkan penjenamaan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi di sebelah kiri.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Profil Pasukan dan tatal ke Perkongsian berjenama.
  5. Togol Ahli boleh menetapkan penjenamaan mereka sendiri kepada Hidup. Ahli pasukan boleh menguruskan perkongsian berjenama dalam tetapan akaun mereka.

Perhatian: Jika pentadbir membenarkan ahli pasukan untuk menyesuaikan penjenamaan dan ahli pasukan tidak menambah logo atau imej latar belakang dalam tetapan mereka sendiri, tiada penjenamaan akan dipaparkan pada pautan kongsian mereka.

Soalan-soalan Lazim

Bagaimanakah penjenamaan syarikat saya akan kelihatan kepada penerima?
Apabila ahli pasukan berkongsi fail atau folder dengan jemputan langsung, penerima akan melihat penjenamaan syarikat anda dalam pemberitahuan e-mel mereka. Jika anda telah menetapkan imej latar belakang dengan penjenamaan anda, satu skrin percikan juga akan dipaparkan apabila penerima membuka pautan ke fail kongsian anda. Jika anda melihat pautan anda sendiri, anda akan nampak logo anda dalam tetingkap pratonton tetapi tidak akan nampak skrin percikan.

Bagaimana jika bukan ahli pasukan mencipta pautan dari folder kongsian milik pasukan?
Logo dan imej latar belakang yang dilampirkan kepada pautan kongsian adalah berdasarkan tetapan orang yang mencipta pautan itu. Jika bukan ahli pasukan menyalin pautan yang telah dicipta oleh ahli pasukan anda, pautan itu akan memaparkan penjenamaan pasukan anda. Jika bukan ahli pasukan mencipta pautan baru ke fail atau folder yang asalnya dikongsi oleh pasukan anda, pautan ini akan memaparkan penjenamaan bukan ahli pasukan, jika berkenaan.

Adakah penjenamaan tersuai akan menjejaskan pautan kongsian dalam akaun peribadi saya?
Jika anda telah menyambungkan akaun Dropbox kerja dan peribadi anda, penjenamaan tersuai hanya akan terpakai kepada pautan kongsian pada fail kerja anda. Pautan kongsian dari akaun Dropbox peribadi anda tidak akan dipengaruhi oleh ciri ini.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan