Sertai pasukan Dropbox Business

Untuk menyertai pasukan Dropbox Business, anda perlu menerima jemputan dari pentadbir pasukan tersebut. Jika anda masih belum menerima jemputan, anda boleh minta untuk menyertai pasukan Dropbox Business.

Cara untuk menerima jemputan Dropbox Business

Pentadbir boleh menjemput anda ke pasukan Dropbox Business mereka melalui e-mel atau pautan jemputan pasukan. Ikut arahan di bawah untuk jenis jemputan yang diterima.

Sekiranya anda menerima jemputan e-mel

Untuk menerima jemputan yang diterima melalui e-mel, buka e-mel tersebut dan klik Sertai pasukan anda. Ikut arahan untuk mencipta akaun Dropbox baru atau, sekiranya syarikat anda telah membolehkan single-sign on (SSO), daftar masuk ke pembekal SSO anda.

Perhatian: Sekiranya anda diminta untuk mendaftar masuk ke akaun peribadi anda apabila anda mengklik Sertai pasukan anda, minta pentadbir anda untuk membatalkan dan menghantar semula jemputan ke alamat e-mel kerja anda.

Sekiranya anda menerima pautan jemputan pasukan

  1. Klik pautan.
  2. Daftar masuk dengan akaun Dropbox sedia ada, atau cipta akaun baru.
  3. Klik Terima Jemputan.

Mohon untuk menyertai pasukan Dropbox Business

Sesiapa dengan alamat e-mel dalam domain syarikat boleh meminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business. Pentadbir pasukan kemudian boleh menerima atau menolak permohonan anda.

Jika anda telah mempunyai akaun Dropbox menggunakan alamat e-mel kerja anda

Layari dropbox.com/team untuk melihat senarai pasukan yang anda boleh sertai.

Jika anda belum mempunyai akaun Dropbox menggunakan alamat e-mel kerja anda

Cipta akaun baru menggunakan alamat e-mel kerja anda. Selepas anda mencipta akaun anda, anda akan nampak senarai pasukan yang anda boleh sertai.

Perhatian: Anda hanya boleh menyertai satu pasukan, walaupun terdapat lebih dari satu pasukan dalam domain syarikat anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan