Apakah keadaan terkunci?

Pasukan anda boleh berada dalam keadaan terkunci jika tempoh percubaan anda luput atau jika anda menurun taraf pelan anda. Jika pasukan anda memasuki keadaan terkunci, anda akan dapat melihat tetapi tidak dapat menyunting fail dan folder dalam akaun Dropbox anda. Secara khususnya:

  • Fail anda tidak lagi akan diselaraskan
  • Anda tidak akan dapat mencipta atau memuat naik sebarang fail dan folder baru
  • Ciri-ciri seperti menjemput ahli baru, menggantung ahli dan menguruskan kumpulan akan dilumpuhkan

Cara keluar daripada keadaan terkunci

Jika anda seorang ahli pasukan, anda ada dua pilihan:

Jika anda seorang pentadbir, anda boleh menaik taraf langganan anda ataupun membubarkan pasukan anda.

Naik taraf langganan anda daripada keadaan terkunci

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Lihat langkah seterusnya dalam sepanduk merah di bahagian atas skrin anda.
  3. Klik butang Kekalkan Dropbox Business berwarna biru.
  4. Isikan maklumat pembayaran anda.
    • Perhatian: Sebelum menaik taraf, anda mungkin mahu membuang pengguna yang tidak memerlukan akses kepada kandungan pasukan untuk mengelakkan daripada membayar lesen yang tidak digunakan. Anda juga mungkin mahu membatalkan jemputan menunggu yang tidak penting.
  5. Klik Beli.

Perhatian: Selepas menaik taraf, anda perlu menjemput semula mana-mana ahli yang mungkin telah meninggalkan pasukan anda semasa pasukan berada dalam keadaan terkunci. Ahli-ahli ini perlu menerima jemputan anda untuk menyertai semula pasukan.

Membubarkan pasukan anda

Apabila anda membubarkan pasukan, semua akaun ahli pasukan akan menjadi akaun Dropbox berasingan. Pentadbir akan menerima satu salinan semua kandungan pasukan. Mana-mana ahli pasukan yang bukan pentadbir akan kehilangan akses kepada kandungan pasukan. Ahli pasukan akan mengekalkan akses kepada fail dan folder mereka sendiri.

Selain itu, setelah pasukan dibubarkan, perkara berikut akan berlaku:

  • Struktur pasukan akan dihapuskan
  • Folder kongsian di luar ruang pasukan akan mengekalkan perhubungan perkongsian mereka
  • Jemputan menunggu akan dihapuskan
  • Pengguna yang digantung akan dihapuskan
  • Pautan kongsian ke kandungan milik pasukan akan terputus; pautan untuk folder/fail kongsian akan kekal
  • Kandungan pasukan yang dicipta oleh ahli pasukan yang terhapus akan hilang buat selama-lamanya
  • Folder yang diarkib akan dihapuskan
  • Fail dan folder yang dihapuskan tidak boleh dipulihkan

Untuk membubarkan pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan. 
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Lihat langkah seterusnya dalam sepanduk merah di bahagian atas skrin anda.
  5. Klik Batalkan Dropbox Business dan bubarkan pasukan saya.
  6. Tandakan kotak yang menyatakan "Saya faham bahawa pembubaran pasukan adalah kekal dan ahli boleh mengekalkan data pasukan." 
  7. Klik Bubarkan pasukan dan log keluar. Pasukan anda akan dilog keluar setelah pembubaran selesai.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan