Akaun Dropbox Business saya "penuh" atau "hampir penuh." Kenapa, dan apakah yang harus saya lakukan?

Sekiranya anda melihat mesej bahawa akaun Dropbox Business anda "penuh" atau "hampir penuh", itu kerana anda berada pada atau hampir dengan had ruang yang ditetapkan oleh pentadbir pasukan anda. Setelah akaun penuh, penyelarasan berhenti dan fail tidak lagi dapat dimuat naik.

Pentadbir pasukan boleh menetapkan had ruang untuk ahli pasukan individu dan pasukan. Untuk melihat had dan penggunaan semasa untuk diri sendiri dan pasukan anda, kunjungi halaman akaun anda.

Pentadbir pasukan juga boleh menetapkan had yang lebih ketat untuk ahli pasukan yang melebihi had. Dropbox kemudian berkelakuan berbeza untuk ahli-ahli ini. Khususnya:

  • Fail tidak lagi diselaraskan, termasuk perubahan yang dibuat pada fail di akaun Dropbox mereka, atau perubahan yang dibuat pada fail dalam folder kongsian yang mereka menjadi ahlinya.
  • Mereka tidak lagi dapat memuat naik fail ke akaun Dropbox mereka sendiri. Namun, mereka dapat memuat naik fail ke folder pasukan atau ke folder kongsian yang dimiliki oleh orang lain dalam pasukan.

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya akaun saya "penuh" atau "hampir penuh"?

Sekiranya anda menerima satu daripada mesej amaran ini, terdapat dua perkara yang boleh anda lakukan:

  • Buang fail untuk menjadikan akaun anda di bawah had ruang.
  • Hubungi pentadbir anda untuk meminta lebih banyak ruang.

Setelah anda membuang fail — atau diberikan lebih banyak ruang — anda seharusnya tidak lagi melihat mesej amaran.

Bagaimanakah saya membuang fail daripada Dropbox?

Terdapat beberapa cara untuk anda membuang fail daripada Dropbox:

Bagaimanakah saya melihat saiz fail, folder atau folder kongsian di Dropbox?

Terdapat dua cara anda boleh melihat saiz fail dan folder di Dropbox:

  • Di dropbox.com.
  • Dalam folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  • Catatan: Anda mungkin perlu klik kanan atau klik control dan pilih Sifat (Windows) atau Dapatkan Maklumat (Mac) untuk melihat saiz fail atau folder.

Bagaimanakah saya melihat berapa banyak ruang simpanan yang sedang saya gunakan?

Periksa baki ruang dalam akaun Dropbox anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan