Ciri ini hanya tersedia pada fail dalam akaun Dropbox Professional, Business Advanced, Enterprise, atau Education.
Anda boleh meninggalkan komen pada masa tertentu dalam fail video atau audio di dropbox.com. Untuk berbuat demikian:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik pada nama fail video atau audio yang ingin dikomen.
- Klik Komen dalam bar sisi kanan.
- Jika bar sisi kanan tidak dibuka, klik anak panah atau butang Komen di sebelah kanan skrin.
- Klik ikon jam dalam tetingkap komen.
- Sebaik sahaja video mula dimainkan, komen anda akan diberikan cap masa kirimannya.
- Klik Kirim. Komen akan muncul mengikut turutan masa tertentu mereka dikirim.
Semua jenis fail video dan audio yang boleh dipratonton dalam Dropbox membenarkan komen pada masa tertentu.
Baru dengan Dropbox? Lihat bagaimana anda boleh menambah anotasi kepada kerja kolaboratif anda dengan mudah.
Siapakah yang boleh menulis komen pada masa tertentu dalam fail video dan audio?
Jika fail dimiliki oleh seseorang yang mempunyai akaun Dropbox Professional, Business Advanced, Enterprise, atau Education, orang lain dengan jenis akaun tersebut akan dapat menulis komen pada masa tertentu.
Jika fail itu dimiliki oleh seseorang yang mempunyai akaun Dropbox Basic, Plus, Family, atau Business Standard, komen hanya boleh ditinggalkan pada :00 dan masa akan dikaburkan.
Ahli pasukan Dropbox Business yang telah membeli Penambahan Alat Kreatif juga boleh menulis komen pada bingkai tertentu fail video.