Menyunting fail dan dokumen Microsoft Office dari apl mudah alih Dropbox

Dikemas kini Nov 18, 2024

Ketahui cara menyunting video dalam Dropbox. Anda boleh membuka dan menyunting fail Microsoft Office terus dari apl mudah alih Dropbox. Selagi fail disimpan dalam Dropbox, anda boleh membuka fail itu dari apl Dropbox terus ke dalam apl Microsoft Office. Anda boleh menyunting dokumen, buku kerja dan pembentangan, semuanya dalam akaun Dropbox anda.

Menyunting fail dalam Dropbox

Untuk membuka dan menyunting fail Microsoft Office:

  1. Buka apl mudah alih Dropbox.
  2. Navigasi ke fail.
  3. Tekan untuk membuka fail.
  4. Tekan butang sunting (ikon pensel dan kertas). Fail akan dibuka dalam apl Microsoft Office yang sesuai.
  5. Sunting fail dalam apl Microsoft Office, kemudian simpan fail dalam Dropbox.

Memasang apl Microsoft Office buat kali pertama

Anda memerlukan versi terkini apl Dropbox dan Office yang dipasangkan pada peranti mudah alih anda untuk menggunakan ciri ini. ikuti langkah di bawah untuk bermula.

  1. Buka fail Office yang disimpan dalam Dropbox anda dan tekan ikon Sunting. Selain itu, anda juga boleh menekan butang menu di sebelah fail tertentu dari tab Fail untuk membukanya dengan apl lain. Perhatian: Buat masa ini, penyuntingan hanya tersedia untuk fail yang disimpan dalam format Office 2007 atau lebih baru (.docx; .xlsx; .pptx). Fail Office yang lama hanya akan boleh dibaca.
    • Perhatian: Buat masa ini, penyuntingan hanya tersedia untuk fail yang disimpan dalam format Office 2007 atau lebih baharu (.docx; .xlsx; .pptx). Fail Office yang lama hanya akan boleh dibaca sahaja.
  2. Anda akan diminta untuk memasang apl Office Mobile yang sesuai untuk peranti anda. Kemudian, anda akan dibawa terus ke Google Play Store.
  3. Pilih Pasang dan benarkan apl untuk memuat turun.
  4. Setelah dipasang, kembali ke apl Dropbox anda dan sama ada tekan Seterusnya pada skrin yang menandakan pemasangan telah selesai atau, jika anda tidak melihat skrin, hanya tekan butang Sunting sekali lagi. Kemudian anda akan diminta untuk mentauliahkan apl Microsoft Office untuk mengakses Dropbox anda.
    • Perhatian: Menyunting fail dalam akaun Dropbox Business memerlukan salah satu akaun Office 365 yang berikut: Business, Business Premium, ProPlus, E3, atau E4. Untuk tablet Andorid dengan skrin yang lebih besar daripada 10.1", langganan Office 365 juga diperlukan untuk menyunting fail Office yang disimpan dalam akaun Dropbox Basic, Plus dan Professional.
    • Perhatian: Anda mungkin diminta untuk mendaftar masuk ke akaun Microsoft untuk menyunting fail anda (ini boleh jadi sebarang akaun Microsoft yang anda sudah ada, cth. akaun Hotmail atau Outlook.com).
  5. Fail anda akan dibuka dalam aplikasi Office Mudah Alih, dan anda bersedia untuk mula menyunting.
  6. Setelah selesai dengan suntingan anda, tekan anak panah kembali untuk menyimpan. Anda akan dibawa kembali ke Dropbox anda untuk melihat fail yang dikemas kini.
  1. Buka fail Office yang disimpan dalam Dropbox anda.
  2. Tekan ikon Sunting. Anda akan diminta untuk memasang apl Office yang berkenaan (Word, Excel atau PowerPoint), dan akan dibawa terus ke App Store.
  3. Pilih Pasang dan benarkan apl untuk memuat turun.
  4. Sebaik dipasang, kembali ke apl Dropbox anda dan tekan Seterusnya pada skrin yang menunjukkan pemasangan telah selesai atau, jika anda tidak melihat skrin itu, hanya tekan butang Sunting sekali lagi. Anda akan dibawa ke dalam aplikasi Office dan diminta untuk mendaftar masuk ke akaun Microsoft untuk menyunting fail anda (ini boleh jadi sebarang akaun Microsoft yang anda sudah ada, cth. akaun Hotmail atau Outlook.com).
    • Perhatian: Menyunting fail dalam akaun Dropbox Business memerlukan salah satu akaun Office 365 berikut: Business, Business Premium, ProPlus, E3 atau E4.
  5. Sebaik sahaja mendaftar masuk, anda akan diminta untuk mentauliahkan apl Microsoft Office akses ke Dropbox anda.
  6. Fail anda akan dibuka dalam aplikasi Office yang berkenaan, dan anda bersedia untuk mula menyunting.
  7. Setelah selesai dengan suntingan anda, tekan anak panah kembali untuk menyimpan. Anda akan dibawa kembali ke Dropbox anda untuk melihat fail yang dikemas kini.

Memasang apl Office pada peranti anda

Jika anda belum memuat turun apl Office pada peranti Android atau iOS anda, ikut pautan pintas ini untuk bermula:

Adakah artikel ini berguna?

Let us know how why it didn't help:

Thanks for letting us know!

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan