Cara memapar pratonton fail dalam Dropbox Paper

Pratonton membenarkan anda untuk melihat petikan fail atau pautan tanpa membukanya. Anda akan nampak pratonton fail jika Dropbox menyokong jenis fail anda dan:

  • Anda menampal pautan ke fail ke dalam dokumen Paper 
  • Anda menyeret dan melepaskan fail ke dalam dokumen Paper 
  • Anda menyisipkan fail secara manual 

Cara menyesuaikan pratonton dalam dokumen Paper

Jika anda telah menambah fail Illustrator, PDF, atau PowerPoint ke dalam dokumen Paper, anda boleh menyesuaikan bagaimana fail itu akan dipratonton dalam Paper.

Untuk menyesuaikan pratonton fail Illustrator, PDF, atau PowerPoint yang telah disisipkan:

  1. Klik pratonton sedia ada fail itu
  2. Satu bar alat akan muncul di atas pratonton. Klik ikon empat segi empat di sebelah kiri.
  3. Dari galeri, pilih apa yang ingin dipaparkan dalam pratonton anda.
  4. Klik Tambah kepada dokumen.
  5. Untuk memilih bahagian fail mana untuk dipaparkan, klik pratonton baru. 
  6. Daripada bar alat penyuntingan yang muncul di atas pratonton, pilih ikon Pilih kawasan paparan.
  7. Klik dan seret untuk memilih kawasan yang ingin dipaparkan. 
  8. Klik Pilih.

Bagaimana untuk menambah kapsyen kepada pratonton dalam dokumen Paper

Untuk menambah kapsyen kepada pratonton:

  1. Klik imej pratonton untuk memilihnya.
  2. Klik Tulis kapsyen di bawah imej.
  3. Taipkan kapsyen anda.

Apa yang boleh dipratonton dalam dokumen Paper

Paper menyokong semua jenis fail yang anda boleh pratonton dalam Dropbox, dan:

  • Adobe XD
  • Airtable (jika anda tampalkan pautan benaman Airtable, kami akan memaparkan pratonton base atau view Airtable)
  • Facebook
  • Figma
  • Framer
  • Gist
  • Isu Github dalam repositori awam
  • Google Calendar
  • Dokumen Google
  • Google Drive
  • Google Maps
  • Google Sheets
  • Google Slides
  • Instagram
  • Invision
  • Lucidchart
  • Marvel
  • Pastebin
  • Pinterest
  • Prezi
  • Slideshare
  • Soundcloud
  • Speaker Deck
  • Spotify
  • Trello
  • Twitter
  • URL
  • Vimeo
  • XKCD
  • YouTube
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan