Beberapa negara menyekat syarikat-syarikat seperti Dropbox daripada mengecualikan atau membataskan tanggungjawab mereka ke atas pengguna sekiranya syarikat tidak melaksanakan, atau tidak melaksanakan secukupnya obligasi kontraktual mereka. Ini bermaksud bahawa dalam beberapa kes, misalnya di Itali, had kewangan ke atas kerosakan yang terdapat dalam bahagian "Pembatasan Liabiliti" Terma Perkhidmatan kami tidak terpakai untuk anda.