Cara menyunting fail dalam aplikasi lain dengan Sambungan Dropbox

Sambungan Dropbox membolehkan anda untuk membuka dan menyunting fail menggunakan aplikasi rakan niaga pihak ketiga, terus dari akaun Dropbox anda. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas fail yang ingin dibuka.
  3. Klik Buka dengan untuk melihat menu pilihan aplikasi yang ada.
  4. Klik aplikasi pihak ketiga yang ingin digunakan untuk membuka fail itu.
    • Jika ini kali pertama anda menyambungkan aplikasi ke Dropbox, aplikasi itu mungkin akan meminta kebenaran daripada anda
  5. Setelah anda menyunting atau mengambil tindakan dalam fail, simpan atau gunakan perubahan itu (langkah ini boleh berbeza-beza, bergantung pada aplikasi).
  6. Fail disunting yang baru akan disimpan bersama-sama fail asal anda, tetapi nama fail yang disunting akan mempunyai maklumat tambahan mengenai keadaan dan pembekal fail itu. Sebagai contoh, jika nama fail asal itu ialah "Kontrak Saya.pdf", fail disunting yang baru boleh jadi bertajuk "Kontrak Saya (ditandatangani-AdobeSign).pdf".

Perhatian: Pentadbir pasukan Dropbox Business boleh memilih untuk melumpuhkan kefungsian Sambungan jika mahu. Jika anda ingin menghidupkan Sambungan untuk pasukan anda, hubungi pentadbir pasukan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang membuka fail dalam Dropbox.

 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan